Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, February 25, 2015

Food Review : Aji Mentarang Bakar , Sekinchan

Assalamualaikum & Hello.

Selepas mengalas perut dengan karipap gergasi berinti daging , akhirnya ktorg sekeluarga pun selamat sampai dekat Sekinchan. Dan sebenarnya , sebelum pergi Sekinchan ni lagi aku dah tahu betapa popularnya Mentarang dekat Sekinchan. Pendek kata , memang bersepah kau nampak orang jual Mentarang dekat tepi jalan.

Dan untuk mengelakkan aku kempunan di kemudian hari , marilah kita mulakan operasi bodek ayah.


Actually plan asal nak pergi try Mentarang Bakar Faridah tapi serious ramai orang. Ayah pula sama macam aku bukan pesen gigih menunggu. Hahaha. So , kita lintas jalan pergi Aji Mentarang Bakar. 




Memang daripada keadaan gerai Aji Mentarang Bakar ni nampak sendu. Tapi don't judge a book by its cover okay. Asam Pedas Ikan Sembilang dia sodap oii. Terngiang ngiang lagi kat tekak aku kepedasan dan kemasaman asam pedas tu. Pergh. Plus , bila kita order baru tukang masak tu masak. 





Mentarang

Mentarang bakar dekat Aji Mentarang Bakar ni dibakar menggunakan sabut kelapa. Mentarang ni hidup dekat dalam lumpur. Dan mentarang ni memang dorang tangkap hidup hidup , kalau da tak hidup tu tak boleh makan. Bak kata orang yang bakar mentarang tu la , aku ulang taip je dekat blog. Hahahaha.


Sedap ke tak ?


Bagi aku sedap , lebih kurang macam kau makan kupang campur pepahat. Hahaha. Aku tak reti nak explain tapi for sure kalau orang yang tak suka makan kerang , kupang yang lembik lembik tu dinasihatkan jangan makanlah ye. Membazir je , mentarang ni sekilo pun boleh dapat berapa ketul je. Macam ktorg haritu , ktorg beli 1/2kg je sebab ayah bukan boleh makan - gout. Ehek.


Remis 

Tapi ayah tak order pun , plus remis macam dah biasa je dengar. Hahahaha.


Berani berani takut namanyaaaaa ! Hahahaha.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : siapa pernah makan mentarang ?


45 comments:

  1. tak pernah makan & tak reti makannnnnnnnnn!!! hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas beranak jela awak makan. Hahahaha. :P

      Delete
  2. Replies
    1. Memang ! Kalau tengok dia gerak , lagi seram !!

      Delete
  3. Makanan lagi. Lapor wehh tengok. Hahahha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tuan blog ni kerojenya makan makan makan dan makan je. Hahahaha.

      Delete
  4. mentaram? firstime dengar. noobnya hahaha. besarnyaaa.. mcm lala je bentuk dia tapi versi besar punyaa... dia bakar pulak?? adoiyaa mesti rasa dia macam kerang sikit kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mentarang la pakcik hafiz hafizol. Hahahaha. Yup. Besor gilaaaaa !

      Delete
  5. Xpernah makan..tp mcm nk try je juga..sedap pulak tgok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sedap sedap ! Makan dengan sos , lagi umpphhh.

      Delete
  6. tak pandai makan benda alah ni..hahahahaha adik badik dia pun akak tak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha , kalau adik beradik dia tak makan memang janganlah makan bende ni. Buat muntah je kang. :D

      Delete
  7. ooo...yang ini la kat rumah akak ada orang jual tepi jalan je..tak pernah beli sebab tak pernah makan..memang masak dia bakar je ke??kena google je la nampak nya..dah sah2 Nad bukan tau pun mentarang ni boleh masak apa..Tau makan je dia...

    Larikkk!!!


    ekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakakakaka ! Tapi kalau tengok menu dekat Aji ni macam macam boleh masak guna Mentarang ni kak. Trylah lepas tu post sikit dekat kita. Hahahahahaa. :P

      Delete
  8. Mentarang sup pun sedap , kalau teringin memang pesan orang suh belikan . Tapi 1/2kg dapat bape ketul eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh sup pun sedap eh. Kite first time makan , beli yang bakar jela. Hahaha. 1/2kg dapat 6 ekor je YY.

      Delete
  9. 1st time dengar binatang mentarang ni. hari tu baca caption kat ig, nak komen tak reti. sebab tak tau benda alah apa mentarang2 ni. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pula banyak kali jumpa mentarang ni dalam blog la artikel la tapi nak ke Sekinchan tu cam jauh. Tapi bila dah sampai tu wajiblah try kan. Hahahaha.

      Delete
    2. hahaha. hari tu dah tanya pak supir, sekinchan tu kat mana.. sekali dia bagi warning. lepas ni unfollow ig nurie, blog nurie pun jgn masuk.. hahaha! nasib baik tak kawen lagi, kalau tak, tak pasal2 derhaka. kahkah.. padahal dia malas nak melayan kalau kita ajak g mana2. hampeh betul. XD

      Delete
    3. Ismail !!! Hahahahahahaha. Keji laaaaa siap suruh unfollow. Wakakakaka. Comel sangat dia punya warning. Mesti dia stress , ni tak lain dia mesti nampak si Nurie update. Hahahahaha.

      Delete
  10. Mak aihhhh..mentarang? Pes taim dgr ni..sedap ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap untuk orang yang suka seafood kot. Hahahaha.

      Delete
  11. remis! rumah tepi pantai n memang bila musim je mesti pi tangkap remis. hehehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnyaaaa rumah tepi pantai ! Wahhh kalau tangkap tu tangkap lebih sikit Iday. :D

      Delete
  12. mentarang bakar sangat terbaek oooo, suker singgah situ kalau balik dari manjung ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ! Sangatlah terbaik , rasa nak repeat lagi je. Hish.

      Delete
  13. Cantik mentarang hitam tu. Hahaha *larikkkkk

    -Kak korea cuba ceria-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mentarang tu tak pakai skincare la kak. Hahahahaha. Happy happy okay. Jangan sedih sedih. :)

      Delete
  14. tak tau...rasanya macam tak pernah makan...si remis tu melantak sekilo masa kakak beli kat Pantai Remis..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboii kau ! Sampai sekilo Sally ? Melampau tau dia ni. Hahahahaha.

      Delete
  15. Assalamualaikum nad, perghhh tak pernah makan mentarang ni... nak cuba lah nanti ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sheila. Kasi trylah nanti. Hehehe. :D

      Delete
  16. eehhhh sedapnyerrrr mentaranggg! lepas makan garu ramai ramai hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau sorang je spesis menggaru lepas makan Una , orang lain steady je. Hahahahahaha.

      Delete
  17. Akak tengok rupa mentarang pun akak dah seriau nak cuba. Walaupun akak peminat lala dan kerang, mentarang ni tak masuk dalam senarailah nampak gayanya. Eh, Pantai Remis akak tau tapi remis akak tak pernah tengok pun. Lagi 'gempak' rupanya akak ni walaupun dah lapliplaplip kilauan hampir nak emas gitu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lapliplapliplap katanyaaaaa ! Hahaha. Jangan sampai org sambung lirik lagu tu kang. Hahahaha. Remis tu orang tau rupa , rasa tak tahu. Hahaha. Mentarang ni sedap wooo. Tapi tula , rupa paras dia seram sikit. Wakakakaka. :D

      Delete
  18. Replies
    1. Apa lagi pergi cari cepatlah BBL. Hahaha.

      Delete
  19. Sebab post ni lah kita mengidam. Hehe, terus husbanda bawa makan dari Kajang ke Sekinchan hampir 2 jam. Memang jauh, tapi hampa tak dapat beli yang mentah. Kedai banyak tutup. Saya makan di Faridah. Memang rasa seperi kupang, kupang, lokan n tiram. Tapi tak berapa suka bila bakar. Rasa macam masih mentah lagi isk isk. Suka kalau die bakar tu macam kerang. Kering sikit kan. Tak lah rasa tu hanyir. Thanks dear for the post. Goreng tepung dia memang best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak ! Naseb baik husband layankan , kalau tak rasa bersalah kita ni. Hahaha. Aah yang bakar tu dia macam mentah lagi. Yang lain tu belum sempat rasa , memang kena pergi repeat sekali lagi. Ekekeke. :D

      Delete
  20. Salam nak tanya mentarang ni bermusim ke??

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah