Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, March 20, 2015

Ayat Kursi & Ayat 1000 Dinar

Assalamualaikum & Hello.

AYAT KURSI


Kelebihan Ayat Kursi
  • Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  • Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  • Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  • Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  • Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  • Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  • Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  • Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  • Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  • Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an) 




AYAT 1000 DINAR


Kelebihan Ayat 1000 Dinar



Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali , InshaAllah akan beroleh seribu faedah.

  • Sesiapa yang beramal ayat ini Allah Ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan , Allah Ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya , dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah , terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  • Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum , InshaAllah si pesakit akan sembuh.
  • Jika mengalami masalah berat , seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak , huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu , mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  • Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar , tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT. 
  • Baca ayat ini sesudah solat lima waktu , ketika hendak tidur tiga kali , ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.


Thanks for your time , love ya people.


p.s :  semoga kita sama sama dapat amalkan bacaan ayat kursi & ayat 1000 dinar ni.


18 comments:

  1. Thanks nad, sharing ilmu bermanfaat.. Wawa copy ke blog wawa juga ye..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama Wawa. Kalau boleh copy bagitahu ye. Kalau tak boleh kita kasi email. :)

      Delete
  2. Singgah pagi..
    Salam Jumaat..

    ReplyDelete
  3. Nice sharing...sesungguhnya ini ayat terbaik untuk diamalkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak , mohla amalkan sama sama. :)

      Delete
  4. ayat kursi selalu amalkan before tido je. haha. dah terbiasa kena ajar dari kecik, taknak mimpi hantu nye pasal.

    thnks for sharing and thnks jugak sebab ingatkan bukan before tido je boleh amalkan ayat kursi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Before tido pun boleh baca la , so g baca banyak banyak kali. :D

      Delete
  5. memang banyak sekali manfaat dari ayat kursi ini

    ReplyDelete
  6. in sha allah akan diamalkan selalu ^^ dulu dekat asrama tak penah miss baca sebab takut h***tu mengacau. Hahahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha hantu juga yang dia takutkan. Lol !

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah