Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, March 5, 2015

Cerita SPM 9 tahun lepas !

Assalamualaikum & Hello.

Tadi pagi masa on the way pergi office sempat juga dengar Johara punya topik harini. Which is result SPM atau exam yang dibanding bandingkan. Siapa pernah merasa bila result exam korang dibanding bandingkan dengan sepupu sepapat korang. Aku pernah ! Hahahahaha.

Stress okay !

Tapi masa dapat result tu jela yang stress , lepas kau sogok dua tiga suap nasi ayam teruslah lenyap stress tu. Ekekeke. Kalau bolehkan masa tu memang aku taknak receive call daripada sesiapa pun. Rasa macam okay nak tutup telefon. Bye. Hahahaha. Tapi mujur line telefon dekat sekolah aku tu memang takde. Hahahahaha. So , takdelah rasa derhaka sangat. Miahahaha.

Rasa macam sakit jiwa okay bila dapat call and dorang terus tanya ;

 'Result macam mana ?' 

OMG !!

Tumbuk perut nak ? Ekekekeke.

Aku masa tu masuk pintu pagar sekolah pun belum lagi orang dah sibuk sibuk tanya pasal result. Hahahahaha. Lek leklah kan , bagilah chance aku jumpa kawan kawan yang kononnya macam lama sangat tak jumpa. Yelah , sekolah dah habiskan. Time ambil result jela nak reunion. Mihmihmih.

Dan nak dijadikan cerita - hari ambil result SPM tu , masa masuk je pagar sekolah boleh pula aku selisih dengan cikgu perpustakaan aku yang konon gawang , padahal satu kepala. Hahahaha. Boleh pula cikgu tu bocorkan rahsia iollss. Terus rasa nak berlari lari anak keluar pagar sekolah. Tamo amek result , tamo !

'Ha Nuriesya. Saya dah tengok result awak. Okaylah. Semua nombor ada'

WHAT !!!!

Tak kelakar langsung cikgu , serious tak kelakar. Macam nak terkeluar balik Milo Ais yang saya telan dekat ABC Maideen sebelum sampai sekolah tadi cikgu. Huhuhu.

Tapi dalam hati time tu sempat lagi berbisik ;

'Oh semua nombor ada , mestilah nombor 1A ada kan '

Aku tak sempat pikir pula pasal possibility ada 9G dalam result tu. Wakakakakaka ! 9G tak penting , yang penting A kena ada sebelum A habes. Lol ! Orang jarang tengok yang fail tu berapa banyak , tapi yang A tu kena banyak. Baru nampak cerdik. Pfffttt !

Disebabkan cikgu dah bagi hint macam tu , takdelah aku cuak bebenor nak ambil result. Almaklum dah konfiden memang ada A kata kooooo. Miahahahaha. Rasa macam nak call mama laju laju je time tu nak bagitau kita ada A. Soalnya berapa biji A tu kita tolak tepi. Wakakakaka.

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Masa amek je slip result SPM tu , pergh pergh pergh. Memang 9G tu yang aku cari dulu. Wakakakaka. Mujur takde sangkut waima sebiji pun 9G. Legaaaaaa habaq hang. Paling paling teruk dan buruk dalam slip SPM tu pun seketul 5C je. Heh. Ce teka subject apa ?

Bahasa Inggeris !!!

Sebab tu blog aku semuanya dalam Bahasa Melayu. Sorry I don't speak English. Bahahahaha.

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Dengan result SPM aku yang tak seberapa tu dapatlah juga aku menjejakkan kaki ke UiTM Seri Iskandar. 
UiTM Usaha Taqwa Muliaaaaaaa. Ha getu ! Mihmihmih.

Dengan result SPM aku yang tak seberapa tu memang wajiblah untuk aku masuk ke course Accountancy. I hate Accounts by the way. I tak rela jah belajar Accounts ! Ekekeke.

Dengan result SPM aku yang tak seberapa tu jugalah yang membuatkan aku belajar tentang hidup , belajar tentang erti persahabatan dan berfikir menggunakan otak (sometimes). Hahahahahaha.


So , don't be upset bila korang rasa result korang teruk. Jangan rasa down bila result SPM tu kita dibanding bandingkan. Anggap je tu satu persaingan yang sihat. Okeh. Tak bermaksud result SPM korang hancur , korang dah takde masa depan. Result SPM korang tak menjanjikan apa apa pun , its just a beginning of an adventurous life ! Maka dengan itu , lepak lepak chill. Jangan nak melalak sampai bengkak mata and menyesal tak belajar betul betul dulu. Tumbuk karang.

And

Dalam pada aku cerita pasal result SPM ni , aku nak minta korang sedekahkan Al-Fatihah untuk Cikgu Bahasa Melayu aku yang tersayang. Yang dah pun kembali ke rahmatullah pada CNY yang lepas. Semoga roh Puan Ramlah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amiinn. ^_^


Entry ni ditulis sebenarnya , sebab aku teringatkan arwah.

Seorang cikgu yang sangat sangat aku kagum. Dalam kelembutan dia pun ada ketegasan dia. And ya , everyone in the class memang respect her very much. Memang semua student sayangkan dia. Memang semua student takkan mungkin lupakan semua nasihat nasihat dia. She's just like a mom to me masa sekolah dulu.

We do share a lots of thing dengan Puan Ramlah. Sampaikan cerita sakit bersalin pun masuk dalam carta. Sampaikan setiap kali ada spotcheck cikgu ni yang akan hulurkan bantuan nak sorokkan handphone dekat drawer dia. YaAllah. I just missed her much. Semoga cikgu tenang di sana. Kami di sini semua sayangkan cikgu sampai bila bila. Jasamu sentiasa dikenang. Al-Fatihah.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : sorrylah meleret leret pula panjangnya entry harini. 


32 comments:

  1. makcik makcik dalam family selalunya suka membandingkan masa zaman-zaman akak dulu... hik hik hik... akak jawab OK jer... kalau sibuk sangat nak tau...akak bagi tau jer... ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn !! Samalah kita akak oii. Nak sangat tahu , kita bagitahu jela. Nak bandingkan , kesudahannya buat pekak juga. Ekekekeke. :D

      Delete
  2. Ehh entri kitaa sama hari ni throwback zaman spm dulu dulu sebab dengar kat era pagi tadi. Hahahaha. spm bukan penentu segalanyaa pun :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha itulah sempat baca entry Nani tadi tapi tak sempat komen , keje masuk berlambak terus. Ternganga je kat new tab ni. Ekekeke. :D

      Delete
  3. alahaii sedih pulak baca bab cikgu tu..baik nyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih kan , bergenang genang air mato den. Huhu. Memang sangat sangat baik kak.

      Delete
  4. al-fatihah untuk cikgu.

    zaman spm dedulu memang memori. rasa macam baru semalam ja lalui :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah.

      Betul tu , rupa rupanya dah berkurun lamaaaaa ku rasakaaaann. Hahahaha.

      Delete
  5. sometimes bila nak update entry ada 2 cerita.. 1 kisah sedih, 1kisah best..mana satu nak letak dulu.. i dah gelak2 baca entry atas part beza bezakan sepupu sepapat anak2 jiran nihh.. btw..takziah atas pemergian cikgu nad.. kadang walau x rapat skalipon, tapi kalau dah kenal, memang akan terkesan jugak .. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha entry ni memang kasi gelak dulu lepas tu kasi tangkap syahdu sikit. Wakakaka ! Thank you dear. Tula , even tak rapat pun terasa yang rapat lagilah kan. :)

      Delete
  6. innalillah, semoga roh cikgu di cucuri rahmat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inalillah.

      p.s : dah lama tak gosip. T_T

      Delete
  7. Alfatihah utk cikgu awak..

    Cikgu BM kita jugak yang buatkan kita berjaya dapat A1 masa SPM dulu.. Alhamdullilah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alfatihah.

      Eh samelah ! Cikgu ni yang ajar kita sampai dapat A1. Hehehee. :D

      Delete
  8. errr...wa ada 9G masa SPM..Add Math...hahahaha..kat sekolah tu boleh kira berapa yg lulus..LOL...

    Salam takziah buat keluarga beliau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakakakaka! Lagi cukup nombor kalau tu. Lol !

      Al-Fatihah.

      Delete
  9. betul Nad, zaman kita dedolu ada je makcik2 kita yang suka compare results exam ni.. hihi... sabo jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jadi macam tradisi bila time result exam keluar je mesti feeling feeling artis. Hahahaha. Ramai sangat orang call. :D

      Delete
  10. Alfatihah buat bekas cikgu BM tersayang Nadia ni.... Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

    Wah, imbau kisah SPM! Akak punya cerita of course bukan 9 tahun lepas tapi dah bertahun-tahun sampai nak kira dengan 10 jari ni pun tak mampu ^_^ Tapi, tapi, tapi.... akak zaman sekolah jangan dibanding-bandingkan. Mahu mu tak terbandingkan... Malu akak nak cerita tapi sebab akak ni bongkak, takpalah akak habaq juga kat sini. Keh3x... Akak nyer UPSR 5A, akak punya PMR 8A, akak punya SPM pun semua A, sayang oiii....

    Hahaha...nasib baik Nadia buka topik ni, dapat akak berbongkak sekali lagi *_*

    Haipppp....jangan ngumpat kata akak bangga diri. Akak boleh dengar dari kejauhan ni tau tak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn Ya Rab Bal Alamin.

      Erk ! Tersedak roti bun yang kita makan ni kak. Hahahahaha. Seramnya dengan pelajar pintar ni. OMG !! Ni kalah genius yang dah lari dari Malaysia dan tak kembali da tu. Ekekekeke. :P

      Delete
  11. Haha takmo ingat dah result spm. rasa paling bengap je bila tengok result. alhamdulillah jadi jugak kakak gomen. Kakakakakaka.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ni takde rezeki lagi nak jadi kakak gomen , teringin juga nak pakai baju batik hari khamis. Ekekekekeke. :D

      Delete
  12. ada A tu maknanya pandai jugak Nad ni ye..ingatkan tak...ekekekekk....

    Alfatihah untuk cikgu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eeee keji ! Hahahaha. Pandai okay tapi malas berlagak pandai. Muahahaha.

      Al-Fatihah.

      Delete
  13. sy tak keluar rumah lg dh dapat result dah. berapa bijik huruf yg ada. dah nama bapa cikgu sekolah yg sama, ikut sedap je call kawan nak tau result anak dia. tapi sy dapat2 slip tu tengok paper biologi dulu.. yg lain tak peduli dah. nasib baik memberangsangkan. hikhik

    Al-fatihah buat cikgu Nurie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ! Ayah dia teacher la. Mesti bijaksana anak cikgu ni. Ekekeke.

      Delete
  14. Result SPM? Takpe tolak tepi. Simpan dalam fail. Hehe! =)

    Bagi yang ingin memohon bagi sesi Julai 2015 kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM) seluruh Malaysia, permohonan kini dibuka secara online hingga 14 April 2015 ini! =)

    Jemput singgah =)

    http://syahmizaludin.blogspot.com/2015/03/offer-kemasukan-ke-kolej-profesional.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolak tepi dan jangan pandang lagi. Hahaha.

      Delete
  15. Seronok bc cerita spm..takziah buat cikgu nadia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPM dah lama berlalu , seronok nak ingat. Tapi masa amek SPM , taknak ingat. :D

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah