Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, March 17, 2015

Food Review : Kulacakes & Lilawadi Kuantan - Mango Cheesecake

Assalamualaikum & Hello.

Kalau dah kerap sangat dengar cerita orang tentang kesedapan Mango Cheesecake dekat Kulacakes Kuantan ni. Mana mungkin aku tak pergi singgah bila aku ada dekat Kuantan kan. Dapat rasa sikit pun dah cukuplah orang kata. Janji dapat juga rasa kesedapan yang mereka mereka perkatakan tu. Mihmihmih.

Dan memandangkan weekend yang lepas aku balik Kuantan. Maka dengan itu , aku komen dekat Instagram Kulacakes siap siap. Tanya kedai dorang buka ke tak hari Sabtu , bolehla singgah nak beli mango cheesecake kan. Tapi. Malangnya tutup pula , nampaknya takde rezeki aku la tu kot. Huhu. 

Aku sampai minta tolong sepupu aku belikan hari Jumaat tu so that hari Sabtu tu bolehlah aku makan. Hahahahaa. Tapi kau ghase sepupu aku tu nak layan ? Kirim salam !


Takpe 


Takpe


Ada ubi ada batas , ada hari boleh balas. Ekekekeke.


Tapi sepupu aku ni memang baik , comel , gorgeous nak mati. Lol ! Mana mungkin dia nak kecewakan dan lukakan hati aku  yang suci murni ni. Hahahaha. Dia pun bagitahu aku second option nak dapatkan Mango Cheesecake yang sedap tu. Katanya ;

 'Ya , kau pergi Lila Wadi Telok Sisek. Situ ada jual kek. Malam nanti kita pergi eh'.

Tak payah nak tunggu malam ! Lepas setel kenduri kahwin tu , aku lepak lepak kejap. Petang tu juga aku ajak Wan pergi cari Lila Wadi Telok Sisek tu dekat mana. Hahahaha. Ghopenya dekat tepi jalan je (bersebelahan Annexe Taman Gelora). Memang cepat cepat singgah la kan. Siap doa lagi minta minta stock mango cheesecake tu ada. Hahahahahaha. Over jah.


Mango Cheesecake : RM 7 per slice

Alhamdulillah. Ada rezeki aku nak merasa Mango Cheesecake ni. Hehehehe. Balik hotel terus rasa , tak sabar. Padahal perut kenyang lagi tapi tak sabar punya pasal. Kenyang tu kita tolak tepi. Ekekekeke. Dan memang perghhhh !! Sedap habaq hang. Tak tipu oi. Untuk orang yang suka cheesecake bolehlah try. Kalau tak suka cheesecake tu tayahlah gatal. Miahahahaha.

Lila Wadi Telok Sisek
A637 Lorong Selamat 21 Jalan Teluk Sisek 25000 Kuantan Pahang

Kulacakes
A96, Jalan Besar , 25000 Kuantan Pahang


Thanks for your time , love ya people.


p.s : dah kenapa bila petang baru rasa nak update blog !


23 comments:

  1. vahvahvah...ni mcm versi org mengidam terok dah nii..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mane tak teruknya kak , tengok IG je nampak ni. Tension je. Hahahaha.

      Delete
  2. rasa sedap tak? nampak cam sedap je plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ! Seperti yang orang orang agungkan. Gitu.

      Delete
  3. 7 ringgit pun besaq..puas makan kalau gini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak puas kak , sebab sedap benor ! Hahaha.

      Delete
  4. Akhirnya dapat juga U rasa, sedap kanss :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn ! Akhirnyaaaa tercapai impian dan hajat dia hati. :D

      Delete
  5. Wehh tetiba rasa nak jugaaak ! Huwaaa T.T bila ntah nak gi kuantan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak juga ? Pergi je weekend ni. Hahahaha. 2 jam lebih dah sampai. :P

      Delete
  6. Aduhhh dpt tgok gmbo je. Dalam pantang ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah lama tak nampak , dah pantang rupenye. Hehehe. Tahniah !

      Delete
  7. Replies
    1. Sebab kejap je , jadual pun pack. So memang tak sempat nak bagitahu sape sape pun.

      Delete
  8. Suka mangoo je..cheese cake xle masuk.cheese lain okey je..hehe

    ReplyDelete
  9. tak berkesempatan nak pi kuantan, tungguuuuu

    ReplyDelete
  10. Selalu follow Kulacakes ni kat instagram. Memang power lah mango cheese cake dia!

    ReplyDelete
  11. Kalau turun Kuantan wajib datang sini.. memang legend cheese cake ni kt sini!

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah