Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, March 20, 2015

Kenapa tak pergi event dah sekarang ?

Assalamualaikum & Hello.

Haritu ada sekali Halim Brothers PM aku dekat Facebook , dia tanya aku kenapa tak pergi event dah ? Rindu la tu kan nak tengok muka aku and nak dengar mulut aku memekak dekat event event yang Hai Blogger anjurkan tu. Miahahaha. 


Kenapa ?


Kenapa aku tak pergi event dah ?


Bukan sebab aku retire - bukan sebab aku dah bosan - bukan sebab aku taknak jumpa Halim. Hahahaha. Tapi memang tahun ni aku banyak tolak event. Hahahaha. Rasanya tahun ni satu event pun aku tak attend lagi. Melampau. Dah rasa famous sangatlah tu kan sampai tolak tolak event. Miahahaha.


Bukan 


Bukan 


Bukan itu sebabnya. Sebetul betulnya sekarang ni , masa yang menjadi punca kepada setiap pergerakan aku yang terbatas. Kalau dulu pergi event time time bujang trang tang tang. Sekarang ni , dah ada laki oi mestilah nak duduk celah ketiak laki je. Mihmihmih.

Kawan kawan aku pun tahun ni nampak sangat dah gatal sorang demi sorang. Sibuk masing masing nak kahwin keeennn. Hahahaha. Event yang weekend memang selalulah aku reject sebab kawan kawan aku kahwin - kawan kawan Wan kahwin. Belum campur dengan family gathering lagi. Pergh. Cukup pack. Campur dengan malas lagi. Meriah.

Event yang weekdays pun kena tolak juga , sebab yelah hari kerja kot. Sayang annual leave satu hal lagi. Hahahaha. Almaklumlah dah kahwin ni , kang tetiba terbuncit - nak kena simpan cuti beranak sikit walaupun maternity leave ada. Tapi mana nak cukup , tak gitu ? Mihmihmih. So , itulah dia antara punca punca kenapa aku dah tak pergi event sekarang ni. Sobsss.


Rindu ?


Rindu ?


Tipulah kalau aku cakap aku tak rindu nak pergi event. Tipu. Tipu. Tipu. Kadang kadang sampai rasa nak kerat tigabelas je badan ni. So , semua event aku boleh sapu bersih. Gitu. Hahahaha. Tapi apakan daya , aku hanya manusia biasa. Yang ada banyak komitmen lain , yang ada banyak kepentingan lain. Maafkanlah aku ye andai kata korang invite aku pergi event tapi aku tak dapat nak attend. Sorry !!! Sobsobsob.

Aku insan yang lemah , hanya mampu berserah. Tetiba. Kahkahkah.









RINDU !!!


Thanks for your time , love ya people.


p.s : siapa rasa muka dia dalam gambar , sila say hi ! hahahaha. :D


26 comments:

  1. Assalamualaikum nad, hehehe padanlah lama menghilangkan. betullah, dah kawin.. utamakan keluarga dulu. ahhaha teringin nak jumpa nad ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sheila. Itulah dia , memang lama dah hilang. Bila nak buat comeback pun tak tau. Hahaha. Eh nak jumpa Sheila juga. Adam pun sampai da besar panjang dah. Hahaha. :D

      Delete
  2. hana utamakan family dulu, pastu kerja Full time hana, pastu business, baru blog. Haha.. Bnyk gak tolak event. Sobs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann ? Gitulah gaya pemikiran makcik makcik yang dah kawen. Hahahaha. Sedih !

      Delete
  3. Faktor umur kot, ke faktor tittle wifey yang tak pergi dah. Haha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua kot kak ! Hahahaha. Teruk dah sekarang ni. T_T

      Delete
  4. Betul tu...bnyk lagi hal2 lain perlukan kita cuma klau ada masa terluang mmg best kan dpt g..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cik mah , tapi nak harap masa terluang tu. Cukuplah susah. :D

      Delete
  5. Hi Hahahaha. 1 keping je gambar. Rindu la makcik oi. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu Iday juga ! Lama dah tak tengok wayang sesama. Ekekeke.

      Delete
  6. Tak nak la say Hi...xde muka akak...ahaks...akak nak sgt2 jumpa awak kat event...puhhh...puhh...cepat la ada mood pi event...cepat la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala tula , tak berjodoh lagi nak jumpa akak hot ni. Ekekeke. Fuhh fuhhh jampi kuat sikit kak. :P

      Delete
  7. ok ada gambar aku,haha...rindu ah jugakkk,haha... emmm,actually,onie pun sama...tahun ni memang banyak tolak event (bukan bajet retis) sebab family matter + kerja full time + malas + tengok mood,kalau rajin pegi kalau tak,sorry + sebab bulan 2 dan bulan 3 saja dah banyak cuti sebab sakit, p holiday dan sebagainya + bos pun dah start buat muka bila sebut pasal event,haha + ahhhh banyaklah sebabnya....


    tapi bila kita tolak event bukan maksud ke terpikat (eh ternyanyi lak,haha) jangan la sesegan invite lagi,mana tau masa yang di invite tu kena dengan masa,kakahkahkah.. tapi kalau aku tolak event pleaselah janganlah sesembur dekat fb, terasa i tau,kahkahkah... tapi aku tak amik hati pun, syukur sebab masih ada yang ingat kita...

    emmm panjang lak aku komen,k la nak pegi keje dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu diaaaa , kau komen dah macam ceramah dah Onie ! Biasalah faktor usia pun memainkan peranan. Ekekeke. Tula aku haritu pun MC pulun seminggu straight , dah nak minta cuti jadi serba salah. Keje banyak pending kau lagi suka hati nak minta minta cuti. Hahahahaha.

      Betul ! Minta dorang maafkanlah kita yang tak dapat nak attend event event ni dan minta juga supaya dorang tak lupakan kita dah. Lol.

      Delete
  8. yeay gambar kite pun ada lah. hikhik. ha ni sorg lagi yg masuk dlm list gatal nak kawen tuu *sambil angkat tangan*

    Oh. kot la kalau org tu nak pi melancong ke sarawak pulak boleh kite bgtau tarikh siap2. ehem :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah Whatsapp awal awal date tu ye , kot kot nak merasa mee kolok bolehlah terbang ke sana. Ekekekeke. :D

      Delete
  9. rajin ye pi event...akak pulak tak minat nak pi event2 nih..hahahh...maklum la..tak suka bercampur dengan orang..suka buat hal sendiri je..dalam kata lain..sombong..!!;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minat tu minat sebab boleh jumpa macam macam orang. Boleh buat ramai kawan tapi tulah dia , tahun ni malas dia melampau lampau. :D

      Delete
  10. omg!gmb last tu...rindu jugak!rasa mcm nk nangis tgk.. T_T
    apa2 pn tahniah kak nurie..eh?hahahaha..blm lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu kan ? Nanti datang KL tu bagitaulah awal awal !!! Amboi tahniah tu dah kenapa. Lol.

      Delete
  11. sebab kita tak dek dalam gambar ni so nak cakap hoii . Hahahaha :P

    ReplyDelete
  12. sintom ibu nandung memang mcm ni..malas je manjang...kekekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboii kemain sangat akak yang sorang ni. Tahulah laki dah balik. Eh ? Ekekekeke. :P

      Delete
  13. Wah, main tolak pakai hujung jari jerk, memang gila famous amos lah ni, Nadia *_* Yalah, dah ada suami mestilah 'suami didahulukan, keluarga suami diutamakan'. Tak gitu? Apa-apa pun moga tahun depan banyaklah dapat event 'baby-baby' ni, Nadia. Amiinnnnn....

    Hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboii event 'baby baby' tu. Seram je bunyinya kak. Hahahaha. Betullah tu , suami dan keluarganya wajib diutamakan. So , sorrylah kepada penganjur penganjur event. Gitu. Bajet femes sangat ! Hahahaha.

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah