Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, March 3, 2015

Khasiat Memakan Telur Rebus

Assalamualaikum & Hello.

Kalau pergi kenduri orang kahwin and dapat bunga telur , memang takde muka lain yang akan bantai telur rebus tu kalau bukan aku. Ekekeke. Sampai boleh berebut jugalah dengan mama pasal telur rebus. Padahal boleh je kot rebus telur kat dapur tu. Lol. Tapi konon je telur orang kahwin rasa lain. Behe.

Siapa dekat sini suka makan telur rebus ?


Buat korang yang rasa makan telur ni tak elok untuk kesihatan la - makan telur punca gemuk la. Nah ni aku tampal sikit apa yang aku baca dari Wom.My.

1. Menjaga Kesihatan Mata
Salah satu manfaat dari telur rebus iaitu baik bagi kesihatan mata. Dengan pengambilan telur rebus secara rutin,ia akan memberikan anda banyak ‘karotenoid’ seperti ‘lutein’ dan ‘zeaxanthin’.
‘Karotenoid’ ini memainkan peranan penting dalam melindungi mata dari pada pelbagai masalah kesihatan mata seperti penurunan kemampuan penglihatan yang umumnya terjadi pada orang dewasa.
2.  Kuku Sihat & Kuat
Telur rebus juga mengandung sulfur yang tinggi yang merupakan sumber ideal vitamin D. Mineral, antioksidan dan vitamin D yang terdapat di dalamnya mampu membantu menjaga kesihatan dan kekuatan kuku agar tidak mudah patah. 
3. Meningkatkan Kesihatan Otak
Pengambilan telur secara rutin juga dapat membantu meningkatkan kesihatan otak. Ini adalah kerana telur rebus adalah sumber ‘choline’ yang baik, iaitu zat yang diperlukan untuk menjaga fungsi otak. Dengan pengambilan ‘choline’ yang terdapat di dalam telur juga dapat membantu menurunkan risiko penyakit otak seperti Alzheimer.
4. Turunkan Berat Badan
Masih ramai yang tidak tahu bahawa telur rebus dianggap efektif dalam membantu menurunkan berat badan. Selain itu, telur rebus juga mengandungi 80 kalori dan kaya akan protein yang sangat sesuai diambil bagi anda yang sedang diet. Dengan pengambilan telur, anda pun tidak perlu bimbang kehilangan nutrisi dari makanan.
5. Baik Untuk Tulang
Telur rebus mengandungi vitamin D yang tinggi yang dapat membantu penyerapan kalsium dan mengawal peningkatan kalsium dalam darah.Ambillah telur rebus secara rutin kerana dipercayai dapat membantu tulang menjadi semakin kuat dan terhindar dari penyakit osteoporosis.
6. Elok Untuk Darah
Ada di antara pakar penyelidik mengatakan bahawa telur rebus elok dimakan kerana mampu mencegah pembekuan darah. Pengambilan telur secara rutin juga dipercayai dapat membantu kesihatan jantung. Selain mencegah terjadinya pembekuan darah, secara tak langsung pengambilan telur rebus ini juga dapat mencegah risiko saluran pembuluh darah tersebut serta risiko diserang strok.
7. Cegah Risiko Kanser Payudara
Telur rebus juga boleh menjadi sahabat yang baik buat para gadis atau wanita dalam soal menjaga kesihatan payudara. Ini adalah kerana telur rebus dianggap mampu membantu menurunkan risiko penyakit payudara terutama kanser payudara.
Selain daripada itu , telur rebus juga elok untuk dimakan oleh ibu hamil. Ibu hamil tidak boleh memakan telur separuh masak mahupun telur mentah ya !! Ini adalah demi mengelakkan bakteria salmonella yang boleh mengakibatkan cirit birit , sakit perut , sakit kepala dan suhu badan tinggi. (source : babycenter)
1. Baik untuk perkembangan janin

Telur merupakan sumber kolin , nutrisi penting untuk perkembangan janin dan bayi. Ibu hamil yang mendapatkan cukup kolin dalam menu makanannya boleh membantu mengurangi risiko kecacatan pada bayi , dan memainkan peranan dalam perkembangan otak dan juga memori.

2. Mengandungi vitamin dan mineral

Sebutir telur memiliki 13 jenis vitamin dan mineral penting dalam jumlah yang bervariasi. Sebutir telur juga hanya mengandungi 70 kalori. Jadi selagi tidak makan dengan berlebihan , telur rebus adalah selamat untuk dimakan.

Sebiji telur juga mengandungi :
  • 7 mg zink
  • 1.2 mg besi
  • 5.5 mg magnesium
  • 16 mg inositol
  • 27 mg kalsium
  • 76 mg potassium
  • 253 mg choline
  • 100 mg fosforus
  • 590 unit vitamin A


Tada ! Telur rebus versi aku. Hahahahaha. Kononnya nak buat sandwhich telur , sekali roti nan hado. So , kita ratah macam gitu jela. Dahla semudah ABC je , pastu sedap mak oii. Ekekeke. Nak resepi juga ke ? Behe !

Bahan - Bahan
  • 2 Biji Telur Ayam Direbus
  • Sedikit Black Pepper
  • Sedikit Mayonis

Cara - Cara
  1. Hancurkan telur tersebut.
  2. Campurkan dengan black pepper & mayonis.
  3. Gaul hingga sebati.
  4. Ready to ngap !

Thanks for your time , love ya people.


p.s : esok makan telur lagi , ingatkan aku beli roti eh. ekekeke.


24 comments:

  1. yang penting jangan makan banyak sangat Nad.. I olls lagi suka telur separuh masak. boleh kenyang dari pagi sampai petang (ok, tipu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul , jangan overdose sudah. Hahaha. Tapi kalau ibu hamil tak elok makan separuh masak. So , makan telur rebus better. Gitu.

      Delete
  2. Replies
    1. Sedap kan ? Ratah sedap buat sandwhich pun sodap. :D

      Delete
  3. Resepi paling simple akak pernah baca *_*

    Akak bukan peminat telur rebus tapikan kat Johor selalu juga kalau kerja kahwin bagi telur pindang. Yang itu akak sukalah walaupun bau tak boleh tahan ^_^

    Memandangkan telur rebus banyak khasiat, lepas ni akak breakfast telur rebus sematalah. Tak main dah nasi lemak sambal kerang lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple habes ke malas habes pun tak tahulah kak. Hahahaha. Eh telur pindang tu sedap okay !! Kita suka walaupun bau dia cam tah pape. Tapi bau dia pun kita suka. Hahahaha. Yesss , lepas ni kita ramai ramai makan telur rebus je untuk breakfast. Moh beli satu tray terus.

      Delete
  4. Sebab tu ang kughuih kot Dik sebab suka makan telur. Haha.

    Orang2 diet atkins memang kena makan telur je, maka, lepas ni, boleh lah I cuba resipi you tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kan ! Mungkin juga kan , tapi telur rebus ni memang tak boleh tolak. Sedap wooo ! Perghhh. Selamat mencuba la ye kak. Tak sedap jangan kecam. Hahahaha.

      Delete
  5. akk xsuka sgt telur rebus. tp akak suka telur mata goyang. hahhahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun bolehla kak , asalkan nama dia telur. Hahahaha.

      Delete
  6. Banyak khasiat rupanyaa. Hahaha. selama ni makan telur goreng sokmo :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur goreng berminyak , telur rebus la best ! Hahaha.

      Delete
  7. tak suka makan telur rebus...gggrrrr..ehhh tapi kalao letak kicap layan gak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur rebuslah sedap kak oii ! Hahaha. Aahkan , trylah tukar sikit letak kicap.

      Delete
  8. Menu mlm ni.. kurus!!! eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aja aja fighting ! Chaiyok chaiyok Ty. Hahaha.

      Delete
  9. Akak pun suka..tapi kalau makan banyak kentut busuk..heheh...nak kentut kena masuk hutan ..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kentut busuk tu best ape , kasi aniaya sikit orang sebelah. Muahahahaha. :P

      Delete
  10. Pada saya, goodies paling best adalah telur rebus. Gula-gula, keropok, cokelat or selain tu tak berapa best kalau nak dibandingkan dengan telur rebus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul ! Tapi tula haritu kahwin tak dapat bagi telur rebus. Hahahaha.

      Delete
  11. Biasa makan dengan roti. tapi serius, kalau makan megi takde roti, tak best. lagi2 megi kari berapi. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iday biar benor makan megi dengan roti ? Hahahaha. Lain dari lain sangat ni.

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah