Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, March 18, 2015

Khasiat Saffron a.k.a Za'faran

Assalamualaikum & Hello.


Saffron adalah sejenis pokok herba dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Saffron mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Saffron kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Saffron tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Saffron mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.

Filamen Saffron , sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Saffron merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Saffron boleh mencecah dari RM 1,700.00 hingga RM 23,000.00 sekilo.

Khasiat utama Saffron ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.

Saffron adalah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan terkenal kegunaannya dalam bidang perubatan. Malah ianya sebagai bahan campuran semula jadi dalam pelbagai jenis makanan dan minumam serta di bidang kosmetik.

Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan Saffron ini.

Bagi mendapatkan 10 grams stigma (filament) Saffron , ianya memerlukan 1000 kuntum bunga Saffron. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia.

Saffron merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai 'King Of Spices'. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Saffron sangat baik untuk kecerdasan minda.

Khasiat Saffron

  • Membantu menyembuhkan demam kuning bayi yang baru dilahirkan.
  • Mencerdaskan minda , penyakit radang paru-paru , sakit tekak dan tonsil
  • Sebarang masalah kulit , menghindarkan batuk dan selsema
  • Sakit kepala atau migrane dan asma. 
  • Muntah-muntah , penyakit buah pinggang
  • Gila babi atau sawan , sukar tidur malam (insomnia)
  • Demam. 
  • Masalah limpa , pembuka selera makan , penyakit kanser , lumpuh
  • Bengkak hati atau hipatitis A dan B
  • Memudahkan penghadaman , menghilangkan bau mulut
  • Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
  • Menambahkan tenaga zahir dan batin
  • Masalah mati pucuk , sembelit
  • Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
  • Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
  • Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
  • Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
  • Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
  • Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
  • Menyembuhkan sakit perut , pening , sakit gigi , sakit mata dan pelbagai penyakit lain

Keistimewaan Saffron

Saffron adalah salah satu bahan rempah yang termahal didunia. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Timur Tengah seperti India yang menggunakannya sebagai bahan asli untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna dan dianggap bahan terbaik untuk kesihatan.

Dari Segi Perubatan

Dios Cerides - seorang doktor bangsa Greek dari UK menganggap Saffron mempunyai nilai perubatan seperti Hippocrates , Teofaoto , Galeno dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai bahan pembuka selera , membantu mengurangkan masalah ketidak hadaman makanan dan memberi manfaat kepada bayi & kanak-kanak.

Malah pada masa kini di India , ianya digunakan sebagai penyembuh masalah pencernaan. Hasil kajian telah mendapati bahawa Saffron kaya dengan vitamin B2 dan Riboflavin. Kajian oleh Allan Conney (New Jersey) pula bahawa Saffron dapat mengelakkan sistem pencernaan daripada kanser (Le Fiigaro Magazine 23/12/1994).

Di Eropah , Saffron bayak digunakan di farmasi dan homeopathy sebagai bahan penenang kepada masalah jiwa yang tertekan. Kini Saffron digunakan dalam membuat minuman pencernaan dimana warnanya yang keemasan itu di manfaatkan.

Di Mesir , Saffron telah dikenali semenjak 1500 tahun sebelum masihi (1500 BC) sebagai tumbuhan yang berguna untuk kesihatan seperti Hippocrates , Teofaoto , Galeno dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai:

  • Membantu pencernaan makanan
  • Menghindarkan batuk dan radang paru-paru
  • Mengurangkan masalah tidak boleh tidur malam
  • Memberi ketenangan kepada kanak-kanak waktu tumbuh gigi
  • Membantu mengeluarkan angin yang terkumpul di sistem pencernaan perut
  • Air anti spashodic

Saffron telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu oleh therapist dan pengusaha-pengusaha perubatan herba sebagai ramuan ubat seperti:

  • Melancarkan haid yang tidak menentu
  • Awet muda dan menambah tenaga zahir dan batin
  • Baik untuk sakit kepala bila ditampal di kepala
  • Membantu menenangkan jiwa yang tertekan

Di negara-negara Asia larutan Saffron digunakan untuk membuat alat solek yang paling mahal serta kemampuannya merawat jerawat atau penyakit kulit yang lain dengan berkesan.

Pada zaman silam ianya hanya terhad kepada wanita golongan di raja kalangn bangsawan dan saudagar

Saffron bukan sahaja melicinkan kulit malah boleh membuatkan kulit cerah , sebab itulah di India terutamanya , wanita yang mengandung biasanya membubuh dua tiga urat 'filamen' daripada Saffrontersebut ke dalam susu dan di minum.

Cara Menggunakan Saffron

Mengamalkan minum susu kambing dicampur dengan sedikit Saffron 2 cawan sehari , pagi semasa sarapan , malam sebelum tidur (untuk mengelakkan bayi kena demam kuning).

atau

Campur 6 stigma (filament) Saffron untuk 500ml air suam. Boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung. Sekiranya anak-anak masih lagi minum susu botol , campurkan sedikit air rendaman Saffron dalam bancuhan susu botol anak.

atau

Ambil 3 filamen Saffron dimakan bersama satu sudu kecil madu asli 2 kali sehari. 1 sudu waktu pagi dan 1 sudu waktu malam.


sumber : Zafaran4u


Thanks for your time , love ya people.


p.s : nak pergi Mahnaz la , nak tengok ada jual tak Saffron ni.


18 comments:

  1. terima kasih kerana berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  2. benda alah ni mahall kan..ehh pregnancy?wah wah..tahniah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mahal kak oiii. Belanja please. Dah kebaikannya ada untuk pregnant lady , letak jela label pregnancy. Hahahahaa. :P

      Delete
  3. borong banyak2 sikit makcik kat mahnazz.. hihi :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula stock borong haritu pun da habes , ni kena tambah lagi. Ekekeke. :D

      Delete
  4. memang mahal..mak akak beli segenggam berapa puluh entah..dia bagi la sebekas kecik je kat akak..buat bubuh dalam minum anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi itulah kak , harga dia pun sesuaila dengan pelbagai khasiat dan manfaat yang dia kan. Huhuhu.

      Delete
  5. Replies
    1. Cari jangan tak cari , kita usaha and ikhtiar sama sama. Sama sama kakak. Lamb chop satu ikat tepi. :P

      Delete
  6. Ooo..nama lain zafaran..try cari air zafaran..cik mah minum air tu..sngt elok..dr pregnant minum..azwa sngt sihat..mmg payah nk sakit..cik mah pun alhamdulillah..air zafaran tu 1 botol rm4.50 xsilap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Mah minum dari bulan berapa pregnant ? Oh eh murah juga air tu.

      Delete
  7. banyaknyaaa khasiat dia. memang nak cari jugak.

    ReplyDelete
  8. Bolehkah saffron diambil semasa menyusukan badan?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..klu da rendam saffron tuh..bile airnye da di amik..filamen tuh msih ade ato trus dibuang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam, tnggu sampai air berubah kekuningan baru boleh minum. Biarkan filamen dlm air. Kalau air dah habis boleh tambah air menggunakan filamen yang sama. Filamen tu boleh guna sampai kuning dia dah tak keluar dalam air

      Delete
  10. As salam..sis still amalkn lg ke safron ni?bby cmne ade kuning ke x?

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah