Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, March 24, 2015

Makan Besar Di Senandung Malam , Bagan Lalang

Assalamualaikum & Hello.

Sabtu lepas seperti biasalah kalau dah duduk dalam KL ni mesti ada agenda dengan keluarga besar sebelah mama. Aktiviti yang menjadi pilihan kali ni - makan makan. Hahahaha. Maka dengan itu korang janganlah pelik kenapa aku suka makan. Dah memang darah keturunan aku semua kaki makan. Ekekeke.

Tempat yang menjadi pilihan kali ni - Senandung Malam , Bagan Lalang. Sebab nak ke Aroma Ikan Bakar dekat Jeram tu macam jauh sangat. Nak ke Muara Ikan Bakar dekat Klang pun macam jauh juga and dah banyak kali pergi sana dari kecil. So , kita buka cawangan ke Bagan Lalang pula. 



Memandangkan ktorg ramai , so sehari sebelum pergi lagi ktorg dah buat reservation. Just menu nak makan apa je yang ktorg order on the day. Itu pun cousin aku datang awal untuk order , kalau lambat ? Berjanggut berjambanglah nak tunggu. Biasalah weekend kan , orang ramai tak payah ceritalah. Huhu.






Dorang sampai awal syoklah makan dulu. Aku sampai lambat sebab Wan kerja padahal kalau ikutkan ktorg la yang paling dekat dengan Bagan Lalang. Yelah sebab ktorg dekat Putrajaya je pun. Hahahaha. Lepas Wan balik kerja baru ktorg gerak pergi Bagan Lalang. Tengok tengok dorang sedang elok mencekik , yang tengah berasap pun ada. Sentap. Ekekekeke.


Tapi yang seronoknya datang lambat ni bila semua makanan yang tak laku dah semua dorang passing dekat ktorg. Wakakakaka ! Melambak lauk pauk dekat atas meja aku. Meriah. Makanlah kau sampai keras perut. Ekekeke. Ayah pula siap simpankan siakap stim untuk anak perempuan dia ni. Orang lain sikit pun takleh usik. Sorry. Wakakakaka.

Total Damage : RM 800++ 

Bagi aku murah sebab ktorg makan pun ramai gila. Ada dalam 50 orang kot , so worth every penny. Next time nak ajak ayah datang lagi. Sebab haritu tak sempat nak rasa ikan bakar dia , laju benor dorang makan. Pffttt. Next time nak order Ketam ! Hahahaha. Wait and see. Amboi.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : aku rasa aku nampak gemok dalam gambar atas ni , ke perasaan je ?


25 comments:

  1. bagan lalang sedap makan dan tak berapa mahal plak tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe Kak Lily , boleh repeat lagi ni. Hehehe.

      Delete
  2. Bagan lalang sedap! Wahhh RM800 untk lebih RM50 orang makan, murah sangat tu. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss ! Sangat murah kot , sebab ktorg estimate around thousand plus. Sekali bawah dari tu. Hahahaha.

      Delete
  3. Meriahnyaaaa makan wehhh. Kita pun suka makan dekat sini makanan memang terbaikk ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan ramai ramai , mahunya tak meriah. Hahahaa. Memang sedap kan. Auumm. :D

      Delete
  4. Banyak kali dah plan ke situ tapi plan asyik tak menjadi akibat kesibukan bekerja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu , kena tunggu betul betul free baru boleh pergi. Rush rush pun tak best.

      Delete
  5. Wah...mmg berbaloilah...telan air liur tgok..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi kasi pergilah Cik Mah weekend ni. :D

      Delete
  6. Aritu pg kat sana. Kitorang gi HM seafood. Lpas ni try sini plak lah hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga pergi HM & Seaview kot. Ni kedai ketiga da pergi makan kat Bagan Lalang ni. Hahaha.

      Delete
  7. ramai nya..dah macam kenduri pulak..tapi untung kos tak macam kenduri..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe kak , kalau kos sama macam kenduri memang tak makanlah ramai ramai gini. Ekekeke.

      Delete
  8. Alahai, lama dah tak pi Bagan Lalang. Kita pun suka makan kat senandung malam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa tiru je kita. Eh ! Hahahaha. Pergilah kak bawa budak budak main pasir. :D

      Delete
  9. rasa lamaaa tak ke sini. hehe ok tu je nak gtahu haha

    ReplyDelete
  10. Next time tu bila? Apa kata bawak akak srkali.....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha jom kak ! Kita bawa , akak belanja eh ? Ekekekeke. :D

      Delete
  11. Nadia, ni memang ada masalah dalaman. Macam tu punya kurus katanya gemuk. Anorexia ke apa nih, dik oi?

    Nasib baiklah datang lambat masih berbaki lagi semua makanan. Buatnya datang lambat tinggal pinggan kotor jer, mahu ada yang sentap tak nak balik. Kena dukung masuk kereta pulak *_* Senandung malam ni akak belum pernah cuba. Akak rasa macam pernah makan kat Bagan Lalang ni suatu masa dahulu tapi ingatan ni ingat-ingat lupa pulak. Pernah juga sampai sini di siang hari makanya jangan bermimpi pulaklah nak makan seafood pukul 1,2 petangkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kasi trylah kak , tapi tips. Kalau boleh janganlah pergi time weekend ke public holiday ke. Kang masak pun sambil lewa. Biasalah kedai da ramai orang kan , for sure cincai punyaaaa. Hahahaha. Erk ! Aneroksia tu tak kak , muka je cam pinggan badan cam papan. Pening kita. Hahaha.

      Delete
  12. salam.. ada no contact restoran ni utk reservation tak?

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah