Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, March 23, 2015

NadiaWanJalanJalan : Pantai Balok , Kuantan

Assalamualaikum & Hello.

Asal balik Kuantan je mesti time sepupu sepapat aku kahwin , nak tunggu balik Kuantan tanpa kenduri kahwin ni entah bilalah gamaknya. Hahahaha. Dan setiap kali balik Kuantan je , mesti mood jakun nak pergi pantai tu sentiasa membuak buak. Mihmihmih.

Dan kali ni memandangkan ktorg stay dekat De Rhu Beach Resort , memang belakang hotel tu je pantai. Memang kalau tak dapat juga pergi pantai - memang - memang - memang aku mogok. Ehek. Gila apa pantai belakang hotel je pastu tak dapat pergi. Memang cari nahas. Muahahaha.

Maka dengan itu , lepas selesai makan kenduri ktorg pun check in. Lelap dalam sejam lepas tu terus turun pergi pantai. Hahaha. Takut esok pagi tak sempat nak jalan jalan pantai. So , kena puaskan hati aku dulu baru boleh gerak ke tempat lain. Lalalala.



Selfie selfie sikit lepas tu gerak cari makan. Wakakakaka ! Aku kalau bangun tido je memang kalau boleh kena ada hidangan makanan depan mata. Lol. Bak kata ayah 'Asal buka mata je - makan'. Yelah , mana ada orang makan sambil tutup mata keeennn. Ekekekee.

Esok paginya , seawal morning lagi dah bangun nak pergi pantai. Pantai punya pasal , kugagahi juga mandi and bangun pagi pagi. Kononnya nak tengok matahari terbit. Fefeeling sangat nak tengok matahari terbit kan. Nak tengok matahari terbenam semalamnya tak sempat pula sebab meroyan pergi cari Mango Cheesecake Lila Wadi.



Matahari terbit. Air laut pun surut lagi time ni , bolehlah takat nak rendam rendam kaki dalam air. Nak mandi laut pula malas. Hahahaha. Aku sangatlah tak kuasa nak tukar tukar baju , rimas rimas. So , rendam kaki je cukup. Tak payah lebih lebih. Ekekeke.



Masa sedap layan perasaan tengok matahari terbit , tetiba nampak a few orang lelaki duk tarik jaring ni dari dalam laut. Jaring ke pukat ? Lantak ! Hahahahaha. Mula mula ingatkan takde ikan , sekali wahhhh ada ikan - udang. Eksaited tengok. Muahahaha. Padahal masa kecik dulu lagi aku dah tengok benda macam ni. Tapi biasalah , ada laki kat sebelah mestilah cam over sikit. Wakakakaka. :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : gambar hotel semua takde , malas nak snap.


30 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih. Eh ! Hahahaha. Memang cantik matahari terbit. :)

      Delete
  2. Replies
    1. Duduk KL ni seronoklah jumpa pantai. Hehehe. Sweet amendenya , masam je tengok. :P

      Delete
  3. Rindunya alahai kuantan tempat remaja mengemis ilmu! hehee nice picture

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi mengemis ilmu terus terms dia. Hehehe. Thank you Farah !

      Delete
  4. Replies
    1. Sekali sekala kak , tu yang lupa diri tu. Ekekeke. :D

      Delete
  5. hekelehhh baru nak tgk gmbr hotel sebab minggu ni nak ke kuantan..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ! Ala akak g la google , under lkpp kot hotel tu tak silap kita. Maaflah memang malas tahap tenuk punya nak snap. Tapi kolam renang dia best !

      Delete
  6. Ni nak tanya sikit... Kuantan tu hometown Nadia ke? Awat balik kampung tidur kat hotel pulak? Akak is confused sekejap. Akak baru je berangan nak tidur hotel bila balik kampung, dah nak kena kejar dengan my sister kat kampung. Gediks katanya.... *_*

    Alololo...manjanya nak tengok matahari terbitlah, matahari terbenamlah. Masa matahari mencanak tinggi atas kepala tak ajak Wan pi tengok ke? Hahaha....

    Eh, abah Nadia dah salah statement tu. Memang takda orang makan sambil tutup mata kecuali orang tu tengah mengigau cari makanan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab rumah yang selalu jadi port ktorg tido tu yang tengah buat majlis. Malaslah nak tolong sepahkan rumah lagi. So , bawalah diri. Hahahaha. Tido hotel pun senang , tak susahkan tuan rumah. Makcik makcik kita dah tua da. Gitu. Hahaha.

      Matahari mencanak atas kepala ni kita tengok dekat KL jela. Lol ! Tengok berkuap tak berkuap dengan peluh pastu. Ekekekeke. :P

      Delete
  7. Assalamualaikum nad, alahaiii sweet je tengok gambar korang berdua. happy ever! sengih2 sokmo okeyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sheila. Alahaiii mane ade sweet Sheila oi. Sengih tu memang poreber and eber kate org. :P

      Delete
  8. apesallll lah xde gmb hotel..isy isy..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kemalasan yang membuak buak. Hahaha. Tengok kat website dia jela eh. :P

      Delete
  9. makanan dengan nurie harus seiring. kalau tak bukan nurie lah namanya tu. haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn ? Mana mungkin seorang Nurie akan tinggalkan makanan. Wakakaka. :P

      Delete
  10. Ehhh kita pun sama asal nampak pantai je nak pegi. Hahahaha. jakun mengalahkan budak budak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh ingat kita sorang je , sep sikittt ! Hahahaha. :P

      Delete
  11. jlesnyaaa yatt dah lama tak pi pantaiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi weekend ni terbanglah ke pantai terdekat. Ekekeke. :D

      Delete
  12. weh! ikan fresh! ek elehhh...kome mmg gedik lelebih nak ke pantai kak...

    (budak jeles)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa memang freshlah weh ! Hahaha. Eleh jeles teruk tu bunyinyaaaa. :P

      Delete
  13. berseri seri tau muka dia sekarang... Wink wink :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan nak berseri sangat makcik , awak tu yang kemain lap lip lap lip lap serinya. :D

      Delete
  14. Kita boleh gang...akak suka pantai...tp kan Nad.. akak nampak ikan je x nampsk udang ponnnn.....hihihihi. ...larikkkk......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay ! Sep sikit kak !! Udang , udang dah jadi cucur udang. Ekekekeke. :P

      Delete
  15. Nadia..awak guna kamera apa ni?gmbar lawa lah :)

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah