Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, April 2, 2015

Nad's Kitchin : Asam Rebus Bendi

Assalamualaikum & Hello.

Seriously sangat sangat jarang aku masuk dapur untuk masak kecuali aku ada benda nak makan tapi Mama malas nak layan. Wakakakaka. Nak tak nak silalah masuk dapur dan masak sendiri. Ekekeke. Macam minggu lepas , dan dan lah tekak ni nak makan Asam Rebus Bendi. Biasalah tekak kampung.com. Ehek!

Mama jerit dari depan je bagitahu barang apa yang nak pakai. Hurh. Kita tahulah barang apa nak pakai. Eceh. Sebelum kita masak tu , kita dah google dulula. Wakakaka ! Apa guna ada handphone canggih canggih boleh surf net kalau tak gunakan dengan sebaik mungkin kannnn. ^_^

Bahan Bahan

  • Bendi
  • Tomato 
  • Asam Keping
  • Air Asam Jawa
  • Ikan Bilis - untuk dikisar
  • Bawang Merah - untuk dikisar
  • Bawang Putih - untuk dikisar
  • Cili Merah - untuk dikisar
  • Air 


Cara Cara

  1. Kisar bahan bahan untuk dikisar.
  2. Masukkan bahan yang dah dikisar ke dalam periuk.
  3. Campurkan air.
  4. Masukkan asam keping dan air asam jawa (jika tidak cukup masam).
  5. Biarkan mendidih.
  6. Masukkan tomato dan bendi.
  7. Rasakan dengan garam dan ajinomoto.
  8. SIAP !!


Thanks for your time , love ya people.


p.s : semalam masak Spaghetti Bolognese , tapi resepi dah ada tak kuasa nak letak lagi. hahahaha.

32 comments:

  1. Sedapnyaaaa asam rebus bendi. Spaghetti lamanyaa tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah balik ni pergi masak , jangan malas. Hahaha.

      Delete
  2. Hana suke asam rebus. Tapi husband ohoiii tak suka bnde2 kuah cenggini. Dia kate org tepi laut je suka mkn kuah asam rebus. Haha. Kurg asam kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap peeee asam rebus gini. Hahahaa. Kuajaq je orang tepi laut. Hahaha. Cakap kat dia , kita ni spesies menghargai makanan. Ekekekeke. :D

      Delete
  3. Sedapnyaaaaaaaaaaaa... nak makcik.. buatkan untuk mak buyung ni.. hahahahah :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weiii !! Kau jangan macam macam makcik. Hahahahaha. Tak sempat rasa kang mahu jejeh anak oi. Alahaiiii.

      Delete
  4. nad , kite puasa ni :( ~ hahahaha ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meeya !! Hahahaha. Buka puasa nanti masak ok. :P

      Delete
  5. fadh xmkn bendi, tp dah hujung pregnant ni org paksa mkn bendi..rupenye sedap jgk bendi ni ! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruginyaaaa tak makan bendi ! Hahahaa. Memang sedap kot. Kalau celur gitu cicah dengan sambal belacan ke budu ke power woooo. :D

      Delete
  6. gila ah masak! waaaa tak percayaaaa wooo~ kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oiii , wa handal okay dekat dapur lepas terjebak channel 727 ! Wakakaka.

      Delete
    2. waa tgk 724 je...kisah bunuh orang...hahahaha

      Delete
    3. Tak bestlah bunuh bunuh ! Extreme sangat. Hahahaa

      Delete
  7. Bendi banyak dalam peti! duk pikir nak masak apa lagi, dh buntu dah! nasib baik jumpa resepi kat sini, boleh cuba ni, huhu... tenkiu2!

    ReplyDelete
  8. Huhu sedapnya.. sejak kaweng i tak penah masak. masak air pun tak pernah. apekah hoi T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawen baru bape hari kak oi , hahahaha !

      Delete
  9. memang feveret la bendi ni..... yumm..yummm....!!
    kalau masak rebus macam ni kena pula nasi lembek2 sikit... sambal ikan bilis goreng kering2...

    haiiiihhhhh... mak mertua lalu pun tak toleh dahhh... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ! Memang kalau Juon melintas pun tak sempat nak tengok. Punyalah feeling makan nasi dengan bendi tu. Hahahahaa. :P

      Delete
  10. sis klu buat asam rebus bendi ni sampai lecur bendi tu . jadinya rasa asam rebus tu melekat sungguh kat bendi ... mmg feveret sisi ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu , memang lagi dia resap lagilah melayang perginya. Ekekeke.

      Delete
  11. Aduh kecur air liur. Masa nk beranak aritu. Hari2 mak masakkan bendi. Bendi rebus. Bendi masak kicap. Petua senang bersalin katanya. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun ada baca juga pasal orang lama lama kata senang bersalin. Yang kita semalam ni makan memang sebab suka. Hahahaha.

      Delete
  12. peergh !! bendi masak apa pun sedap.. kalo celur n sambal belacan pun layan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly ! Rebus sampai lembut pastu makan dgn nasi panas. Perghhh.

      Delete
  13. Fobia dah akak dengan bendi ni. Beli bukan untuk dimasak tapi untuk kelas lukisan si Abang. Minggu ni beli, tak jadi melukis. Minggu depan beli, again tak jadi nak main cop-cop. Give up dah. Dahlah kat rumah takda siapa pun yang makan bendi. Haruslah kena sedekah kat my sister. Nak beli satu jerk bendinya, rasa macam kelakar pulak.

    Asam rebus lain mungkinlah boleh buat akak terliur tapi bendi, no, no, no ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh dulu zaman sekolah pun main cop cop guna bendi tu. Ingatkan zaman dah berubah ni dah tak pakai dahla bendi buat cop. Ada lagi eh kak. Hahaha. Kita dulu kentang pun nak kene ukir bagai nak cop semata. Lol.

      Asam rebus bendi la terbaikkkkkk. :D

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah