Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, May 28, 2015

Pregnancy Diary : First scan and I saw you !

Assalamualaikum & Hello.

Seperti yang semua orang tahu aku pernah mengalami spotting masa awal awal pregnancy dulu. Tak payah cakaplah pasal risau , takut , cemas semua tu kan. Memang perasaan aku masa tu bercampur baur. Yelah , benda dalam badan kita bukan kita nampak ye tak. Hanya doa je yang ada supaya kandungan aku baik baik saja.

26 February 2015

Ini second checkup aku dekat KK Putrajaya. First checkup dulu tak buat scan pun sebab nurse tu kata baby kecik lagi , perut pun tak nampak lagi. So , aku pun pikir maybe second checkup baru scan kot. Tapi , malangnya bila aku masuk jumpa nurse and nurse tu cakap perut tak nampak lagi. Sedih. Takkan tak dapat scan lagi. Sobssss. Padahal boleh je pergi scan dekat klinik swasta kaannnn. Lol.


Tapi


Tapi


Since result hemoglobin (hb) aku rendah from first checkup and aku ada thalassemia treat. Maka dengan itu , nurse tu terus refer aku jumpa doktor haritu juga. Hahahahaha. Even memang hb aku rendah tapi aku rasa macam biasa je takde pun simptom simptom macam nak pitam ke apa ke. Aku siap boleh gelak gelak besar lagi dengan Wan while waiting nombor aku naik.

Bila jumpa doctor tu , mula mula seramlah juga. Buatnya dia suruh aku transfuse darah ke apa ke. Pergh. Tak pernah seumur hidup aku sebagai thalassemia treat ni kena transfuse darah weh. Seram. Tapi , bila dah jumpa doctor. Doctor just advise pasal makanan yang banyak zat besi and check ada thiroid ke idok. Ehek. Punyalah menyeleweng kepala otak sampai ke transfuse darah. Bahahahahaha.


And


And


Yang paling best bila doctor cakap 'Puan baring kejap , saya nak scan'. OMG !! Nervous mak jah. Dahla Wan tak dapat nak masuk sekali , memang hadap sorang sorang jela kan. Sambil baring tu sempat doa lagi minta minta semuanya baik baik jela. Fuhh. Jantung punya dup dap dup dap tayah cakaplah kan. Takut weh nak pandang monitor scan tu. 


Alhamdulillah , Alhamdulillah , Allhamdulillah



Kandungan aku baik baik aje. Syukur alhamdulillah. Doctor siap tunjuk lagi kepala , jantung and kaki dekat mana. Speechless. Bila doctor tanya aku 'Puan nampak tak yang berkelip tu , itu jantung dia'. Allahuakbar. Rasa nak menitis air mata hoi. Mujurlah ahkak memang tak cengeng. Beheh. Padahal aku tahan , cuba kalau Wan ada sebelah - wajib gugur air mata iolls. Ekekekeke.

Aku punya curious nak tahu tu sampaikan boleh tanya doctor tu lagi baby dalam rahim ke tak. Pfftt. Padahal kalau baby luar rahim mana nak nampak dalam scan kan. Nadia oo Nadia. Bila doctor cakap 'Everything is fine'. Lagilah lega sesangat hati ni weh. Mahunya tak lega , aku dengan hb rendah dan juga ada thallasemia trait ni macam macam boleh jadi and aku sendiri notice dengan semua risks yang ada.

Maka dengan itu , aku minta jasa baik korang korang yang membaca entry aku ni dengan lapang dan besar hatinya doakan kesihatan aku dan juga kandungan aku ye. Aku tahu korang pun tak sabar nak jadi aunties kan. Behe. Moga semua urusan pregnancy aku yang pertama ni permudahkan olehNya. Amiinn Ya Rab Bal Alamin. ^_^


Thanks for your time , love ya people.


p.s : maaf , kalau tak suka please jangan baca dan cerca. 


18 comments:

  1. Alhamdulillah.. Nampak si comel cinonet dalam Rahim.. take care...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah baby sihat.semoga semuanya dipermudahkan untuk awak ye...

    ReplyDelete
  3. yeaaa......best kan nmpk baby dlm tu hehe..nt bila buat 3d lagi lah excited hehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...semoga dipermudahkan Amin...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Think positive je Dik so semua benda Insha Allah, akan baik-baik saja.
    =)

    ReplyDelete
  6. AlhamduLILLAH.. dan tahniah! Jaga diri dan kesihatan yea.. :))

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..moga kandungan baik2 je ye

    ReplyDelete
  8. Semoga semuanya baik-baik shj. Amin. Btw, congratulation:))

    ReplyDelete
  9. mesti teruja kan kak. Good Luck untuk bulan-bulan yg lain. Insyallah semua baik-baik :)

    ReplyDelete
  10. Alahai excited nak tgk baby haa hehe. semoga semuanya selamat k dear.. update lagi banyak-banyak pasal preganancy tau, nak baca haha..

    ps: siapa yg tak suka dan cerca tu? tak patut T__T

    ReplyDelete
  11. hoi kakak! cepat la beranak...nak baby kita tu balik...asyik simpan dlm perut dia je...hikhik

    May Allah ease everything for you...love you kakak!

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Macam saya dulu memula scan tak nampak hehe. G hospital jumpa pakar, baru nampak. Rupanya scanner memasing tak dapat tembus perut saya ni. Hampir di suspect luar rahim juga :)

    ReplyDelete
  13. tak sabar nak tggu baby lahir.. moga mummy n baby sihat

    ReplyDelete
  14. hopefully semua baik2 aje ye.. hehehe..

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah