Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, June 17, 2015

Pregnancy Diary : First Time Minum Air Gula !!!

Assalamualaikum & Hello.

There you go , benda yang paling aku tak suka dengar since sebelum pregnant lagi which is - Minum Air Gula atau nama lainnya ialah Meal Glucose Tolerance Test (MGTT). Dah nama pun minum air gula , kau ingat rasa dia masin ? Dah tentulah kita boleh bayangkan betapa manissssssnya air gula tu kan. Fuhh.


And sedang elok aku masuk 20 weeks.
Aku dah merasa minum air gula sebab berat badan naik mendadak.


T_T


Sehari sebelum pergi klinik untuk minum air gula kita memang akan dikehendaki untuk berpuasa. As one of the prosedure la nak minum air gula ni. Bak kata nurse , kalau takat nak minum air kosong sikit sikit tu bolehla. Tapi , challenge yourself. Puasa. Esok pagi - menggelupur haus , lapar. Hahahaha.

Sesampai je klinik esoknya , aku terus letak buku pink dekat dalam bakul MGTT and tunggu nurse bagitahu next prosedure. Huhuhu. Masa nak tunggu turn ni pun jantung aku kemain laju oi. Neves. Nurse suruh aku pergi makmal untuk ambil darah dan terus minum air gula. And aku rasa memang mana mana klinik kesihatan pun prosedure dia sama. Huhu.

Masuk dalam makmal tu , selain daripada jarum ambil darah - aku dah nampak dah air gula yang bakal aku minum tu. Haih. Nasib aku baik sebab klinik kesihatan yang aku pergi ni provide air gula yang dah ada perisa - bukan yang kosong tu. Perghhh legaaaaaaa.


Warna - Purple pekat gilaaaaaaa. 
Rasa - Blackcurrant.
Teruk - Tak teruk mana pun ! Sedap je. Hahahaha.
Cawan tinggi mana - Setengah cawan air dekat pasar malam.
Manis - Ehhh ! Tentulah , air gulaaaa kot.


Tips Minum Air Gula :

  • Jangan minum sikit sikit sebab tu la punca loya , so tarik nafas dalam dalam and teguk dalam satu kali teguk je. Don't stop and pandang pandang orang sebelah !! (Aku buat ni).
  • Minum sambil tahan nafas , sebab kalau korang bau. Confirm loya oi. Kuat okay bau !! (Aku buat ni juga).
  • Jangan ambil masa terlalu lama. Buat je macam korang haus air sejuk ! (Aku buat ni juga oi)
  • Minum air gula yang dalam keadaan suam suam sebab gula tak likat sangat time tu. Taklah muak. (Mujur memang suam , hehehe).

And alhamdulillah , aku hadap sesi minum air gula dengan sangat senang. Syukur. Dipermudahkan semua urusan aku. Lepas 2 jam minum air gula , korang kena ambil darah lagi sekali. Nak tau pula bacaan darah selepas minum air gula. Huhuhu. Dah selesai ambil darah kali kedua tu barulah korang boleh buka puasa. Makanlah macam biasa. Gitu. Hehehehe.

Alhamdulillah , badan aku tak buat hal. Dapat hadam air gula dengan baik , takde muntah muntah. Kalau muntah nanti kena repeat balik hoiii. Memanglah air gula blackcurrant tu sedap tapi -- sanggupkah ?? Alhamdulillah sampai ke habis badan aku sangat sangat tolerate. Syukur. Makan pun tak keluar balik , makan makin selera adalah. Ekekekeke. :P

Around 4 pm macam tu , nurse call untuk bagitahu result MGTT.



Alhamdulillah , NORMAL !! 



Normal Range Fasting < 5.6 mmol/L
2HPP < 7.8 mmol/L

Thanks for your time , love ya people.


p.s : balik minum air gula , pergi 2D details scan baby dekat Klinik As Salam Bangi.



14 comments:

  1. Untungg ahh puasa tahun ni takyah ganti :P ehh. Hahahah. Selamat menyambut Ramadhan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Selamat menyambut Ramadhan juga Nani. ^_^

      Delete
  2. Alhamdulillah berjaya laluinya...cik.mah pun dulu mcm tu...okeylah lagi boleh terima tekak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula cik mah , ingatkan akan trauma lepas tu. Tapi alhamdulillah semuanya baik baik aje. Hehehehe. :D

      Delete
  3. sedap la air gulaaaaaaa.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. akak minum air gula sbb berat turun mdadak

    ReplyDelete
  5. mai gambar terbaru satu..nak tengok pipi bulat nad..menggeram kan ke tidak...eheheheh

    ReplyDelete
  6. Untung la air gula berkaler! Haha.

    Selamat berpuasa Nad ;)

    ReplyDelete
  7. errr. slalu dgr psal air gula, seramnyerr

    ReplyDelete
  8. Okeylah tu perisa blackcurrant walaupun rasanya walla weyh, nak pengsan kalau diingat-ingat. Kalau kita ni budak, boleh juga sembunyi celah mana tak mau minumkan, ni nak jadi mak budak dah... Hahaha!

    ReplyDelete
  9. Wife saya hari ni buat MGTT, kandungan 9 minggu. Dah selesai MGTT, result tak dapat lagi. Hopefully normal.

    ReplyDelete
  10. esok mnum air gula .
    hope la lepas ..hahaha




    JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
    https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

    JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah