Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, July 28, 2015

Pregnancy Diary : 2D Details Scan di Klinik As-Salam Bangi Seksyen 7

Assalamualaikum & Hello.

Aku tahu pasal Klinik As-Salam Bangi Seksyen 7 ni biasalah through Google. Hahaha. Daripada hasil pembacaan aku dekat blog blog. Dan alhamdulillah , berkesempatan juga untuk merasa service 2D Details Scan dekat As-Salam masa kandungan aku 20 weeks plus haritu. 

Since dekat Klinik Kesihatan yang aku pergi tu tak boleh nak bawa husband masuk setiap kali checkup. Tu yang ktorg consider untuk pergi juga As-Salam ni. Yelah , takkan Wan nak tengok daripada sekeping gambar kan ? Takkan sampai sudah Wan tak dapat nak dengar heartbeat yang melting tu kan. Hehehehe.
29 April 2015

So , aku minta Wan call klinik untuk buat appointment since klinik ni memang macam goreng pisang panas. Laju je oi dah penuh schedule , nak taknak kau kena pilih hari yang available. Example macam aku , sebenarnya nak buat hari lain tapi penuh penuh dan penuh. Maka dengan itu aku pilih 29 April 2015 untuk buat scan.

Sampai sampai klinik , register semua. Tunggu turn. Since sekali buat scan ambil masa around 20-30 minutes , maka dengan itu silalah tabah menunggu. By the way jangan risau , As-Salam ni sangat sangat bersih , selesa dan wangi. Sukaaaaa. Tak bau klinik ! Hehehehe.

Antara pakej yang ada dekat As-Salam. Disebabkan masa aku pergi ni kandungan aku baru 20 weeks , rasa macam rugi pula kalau buat 3D/4D Scan kan. Belum form banyak lagi bak kata orang , so we choose untuk buat 2D Details Scan Package.

Masa sampai turn aku , masuk je bilik rawatan terus nampak screen scan yang besar gila. Okay. To be exact dia guna tv buat screen. Tv flat screen besar gilaaaaa. Memang lobang hidung anak kau boleh nampak clear. Hahahahaha. Ada kerusi untuk suami duduk , bolehla usha berjemaah anak dalam perut tu buat apa bersama sama. Gitu. Mihmihmih.

Doctor yang buat scan pun doctor perempuan (Doctor Rosma). Baik sesangat orangnya , lembut je. Dia explain semua benda dengan sangat sangat details. Aku sangat sangat suka , yela kita bukan tahu nak baca scan macam mana kan , so doctor ni sangat sangat membantu. And alhamdulillah , baby aku dalam keadaan yang baik baik sahaja. Syukur.

Nah belanja sikit. Hahahaha ! 


No 69, Jalan 7/7 C Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor
Tel : 03-8912 9969 / Hp : 019 - 3370969
Email : klinik.assalam24jam@gmail.com

Untuk korang korang yang tengah cari klinik nak buat scan baby area Bangi , Kajang dan Putrajaya tu bolehlah masukkan Klinik As-Salam Bandar Baru Bangi ni dalam list korang. Best. Serious berbaloi servis dorang dengan apa yang aku bayar. Aku puas hati. Alhamdulillah. Nanti da 30 weeks onwards memang aku akan repeat datang As-Salam lagi untuk 3D/4D Scan. Hehehehe ! ^_^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : tengok kaki pun dah rasa comel , cemana ? hahahaha


16 comments:

  1. mane babynyer? hahahah aku plk blur..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    hi singgah sini
    sory hr nie bz x sempat nak BW

    ReplyDelete
  3. heheheeee...tgk tulang belakang pun dah tau comel..lagi canne?

    ReplyDelete
  4. waktu waktu macam ni memang moment yang paling indah dalam kehidupan seorang wanita yang bakal bergelar ibu... #ehhh tiba-tiba ter-throwback pula...he he he....

    ReplyDelete
  5. Klinik kesihatan tak boleh bawk masuk suami ke?/kalau kat klinik kesihatan tempat akak memang digalak kan masuk dengan suami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat saya tak boleh..sebab ramai kot..

      Delete
  6. keep the moment.. ^_^ seronok.. dulu buat 3d 4d je..x tau pulak ada details scan.. nak buat dah over due pulak dah nak masuk 30w..hehe..tggu next baby laa

    ReplyDelete
  7. Wahhh Nad. Semoga dipermudahkan semua urusan nanti :)

    ReplyDelete
  8. Doktor Rosma. Haishhh.
    Nasib baik takde H.

    Haha.

    ReplyDelete
  9. Tak sabar nak tunggu baby nad keluar...

    ReplyDelete
  10. yeay! the baby is here...hopefully semua nya okay nnt...nnt nak suggest kakak g sini jugak laa

    ReplyDelete
  11. Saya buat di Klinik Aisya, Bangi. Ok jugak service. Cuma nak buat 3D/4D dah ter over weeks pulak T_T

    ReplyDelete
  12. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete
  13. Huhuhuu... dah scan 3 kali belum tahu jantina kandungan.. so kami suami isteri decide just lihat pasa hari kelahiran ... hahaha...

    ReplyDelete
  14. Seronok sangat masa ni, kan. Rasa tak sabar-sabar nak tengok anak keluar :)

    ReplyDelete
  15. Best nye scan baby kan? rasa mcm nk scan tetiap mggu..huhu..harga kira OK jga utk 3d/4d..

    Klinik Mesra kanak-Kanak Di Bangi

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah