Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, July 7, 2015

Pregnancy Diary : First time kena admit hospital hoiii !

Assalamualaikum & Hello.

30 Jun 2015
Klinik Obstetrik & Ginekologi , Hospital Putrajaya

Tujuan asal aku datang ke O&G pun sebab ada appointment nak jumpa doctor je , sebab KK yang refer. Huhu. Aku ni kalau bab pergi hospital - memang menggelabah. Sobsss. Kebetulan pula pagi tu aku cirit birit. Ko ghaseee ? Makin menjadi jadilah kan sakit perut aku sementara menunggu turn nombor aku kena panggil. Huhuhu.

Selesai urusan aku dekat kaunter pendaftaran - aku terus ke kaunter yang disediakan untuk check blood pressure and timbang berat. Masa ni okay lagi , tapi part tunggu nurse panggil untuk jumpa doctor tu yang tak okay. Hahahaha. Lama satu hal la , sakit perut menjadi jadi pulaaaa. Nanges.


Ngam ngam nombor aku kena panggil.


Dup dap dup dap !


Nak berterabur jantung aku keluar daripada badan ni hoi. Tak suka hospital - tak sukaaaaa ! Masuk jumpa doctor , macam biasalah as first timer yang datang O&G - banyaklah juga yang doctor tanya. Huhu. Yelah untuk rekod dekat hospital pula kan. Aku pun jawab jela apa yang dia tanya , sampailah ;

'HB awak rendah , kita masuk darah eh dekat Hospital Bersalin Risiko Rendah Presint 8 ?'


Jeng jeng jeng !!!


Selama aku hidup dengan Talasemia aku ni , tak pernah sekali aku admitted semata nak tambah darah or masukkan ubat ke apa apa jela since Talasemia aku bukan teruk (tak pernah pitam pun). Huwaaaa. Masa ni dah pandang muka Wan dah , alahaiii. Taknak masuk darah - taknak kena admit. Sobsss.


Sekaliiiiiiii


Doctor pakar pula masuk campur dalam kes aku , hahahaha ! Katanya tak payah tambah darah tapi masukkan ubat dekat day care je. Fuhh. Memang seronoklah kan , tak payah admit - tak payah masuk darah. Hehehehe.


Tapiiiiiii


Panas yang ku sangka sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Hahahaha. Doctor pakar tu refer dengan sesama pakar - langsung masuk wad ! Tahniah tahniah. Hahahaha. Elok tujuan datang nak checkup je , terus kena admit untuk monitoring. Lol ! T_T


 Day 1 

First time kena cucuk lubang untuk masukkan darah - masukkan ubat tu. Huish. Sakit weh , sampai harini pun lebam lagi. Sedih. Huhuhu. Dahla siap jadi drama swasta pula tu masa nak masukkan jarum tu. Hahahaha. Boleh pula doctor lupa suruh aku cabut jam - tu dia darah melimpah ruah tumpah ke bumi. Fuhh. Aku ? Pitam ! Kbai. Hahahaha.

Dahla wad ni full house ko tahu , tak memasal aku kena duduk dekat bilik TV. Hurh. Wan pun tak boleh teman , ko ghase ? Tak menitik nitik pula air mata bila malam menjelma. Ekekekee. Nak balik rumaaahhhh ! Rasanya Wan pun muak dengar aku cakap nak balik rumah. Hahahaha.

 

 Day 2

Disebabkan duduk hospital , so - tak boleh puasa. Marilah kita makan ! Hahahaha. Selama aku pergi melawat orang dekat hospital , asyik muka aku jela yang tukang rasa dan habiskan makanan hospital. Tapi. Bila diri sendiri yang masuk hospital - nak makan pun tak lalu habaq hang. Baru kau tahu rasanya duduk hospital kan Nadia kannnnnn.

Hari kedua ni busy sikitlah rutin aku , kena pergi scan liver bagai. Tapi. Alhamdulillah result scan liver pun cantik je. Takde bengkak takde ape. Fuhh. Darah pula sampai 4 kali kena ambil untuk macam macam test but ya , result belum keluar lagi. Huhu. Sebulan daripada sekarang baru dapat tahu result. Doakan baik baiklah semuanya ye kawan kawan. ^_^

Malam hari kedua dekat hospital masih juga sama , masih lagi menitis air mata mengenangkan suami. Ehek. Orang dalam bilik TV tu pun bertukar tukar , aku je yang masih dekat situ. Hahahaha. Melayan suara suara baby newborn menangis. Huhuhu. Melayan kerenah nurse datang pagi pagi buta untuk check blood pressure and heartbeat baby.


Day 3

Dah masuk hari ketiga tapi still no news samada aku boleh discharge ke tak. Makin menggila dah aku dekat dalam ward tu. Hahahaha. Daripada tak sakit rasa macam sakit pula duduk dalam hospital ni hoi. Wan pun hilang sabar dah tengok aku admitted lama lama. Langsung dia yang chase doctor pakar from Medical - O&G and tanya bila aku boleh discharge. Hahahaha.

Maunya tak , Medical tolak O&G - O&G tolak Medical. Yang aku kat tengah tengah ni dah pening. Bila boleh keluarnya tah. Akhirnyaaaaa , selepas Wan kehulur kehilir dengan issue discharge - alhamdulillah petang tu juga aku keluar. Yeyeah !! Tapi keluar bukan keluar kosong ye , aku keluar dengan banyak date appointment dalam buku hospital. Kahkahkah. Tak lawak langsung !


Alhamdulillah !! Tiada drama air mata untuk malam ketiga. Ehek. Sebab malam ketiga dah tido bawah ketiak suami. Lol ! :P

Doakan aku dan baby yang baik baik aje ye , doakan semuanya dipermudahkan untuk aku tau tau tau. Cuak ni hoii. Alhamdulillah now dah 30 weeks plus , 9 weeks plus left untuk deliver baby ! Chaiyok chaiyok Nadia. U can do it girl !! ^_^


Thanks for your time , love ya people.


p.s : esok ada checkup dekat KK , minta mintalah takde apa. amiinn.


30 comments:

  1. semoga semuanya dipermudahkan untuk awak dan baby....take care mommy

    ReplyDelete
  2. kite anak 1st betul2 masuk wad sbb beranak.. anak 2nd masuk wad 4 malam sebab muntah teruk dikala 8 bulan.. tp Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu diaaa sebab muntah teruk. Huhu. Amiinn. InshaAllah. :)

      Delete
  3. take care mommy..sikit je lagi tu...sikit je lagi...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit yang hujung hujung ni yang tak larat kak oi. Hahaha.

      Delete
  4. Samalah kita bila nak kena gi hospital je menggelabah ! Hahah. Semoga dipemrudahkan urusan Nad :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sep sikit ! Amiinn. InshaAllah Nani. :)

      Delete
  5. Semoga semuanya baik-baik je Dik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn. InshaAllah kak , doakan kita tau. :)

      Delete
  6. tp aku rasa anak ko nak keluar bulan 8! selamat selamat nanti dah sakit whatsapp aku hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taknak taknak taknak whatsapp ko ! Hahahaha

      Delete
  7. semoga awak dan baby sehat sentiasa ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn. InshaAllah. Doakan kita tau. :)

      Delete
  8. haaaaiiii mommy nad ! hihi lame xjenguk blog..semga nad dan baby sihat2 je tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn. InshaAllah Fadh , doakan kita pula tauuu. Hehehe. :D

      Delete
  9. Seramm. Belum baca bab bersalin lg nanti huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serammmm ! Bersalin itu triple seraaammm. T_T

      Delete
  10. 9weeks left..xlama dah tu..semoga dipermudahkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn. InshaAllah. Doakan kita tau Faezah. ^_^

      Delete
  11. akak tak de pengalaman gini..tak pe..nanti2 mengandung lagi dah ada pengalaman hahahha//.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak , pengalaman yang tak pernah dialami sebelum ni. Layankan jelaaaa. Hahaha.

      Delete
  12. semoga sihat ibu dan baby...semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn. InshaAllah. Doakan kita tau. :)

      Delete
  13. Aminnnn. Insyaallah semuanya baik2 je ye. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhh ! Cuak hoii. Doakan kita tau Aisyaaa. ^_^

      Delete
  14. begini kisah penghidap talesimia..ingatkan takde kesan apa2..semoga dipermudahkan ye

    ReplyDelete
  15. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah