Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, July 22, 2015

SHRAMZB !

Assalamualaikum & Hello.

Sepanjang raya baru baru ni alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Hehehe. Almaklumlah , bila raya dalam keadaan sarat sarat ni memang semua benda pun kena prepare. Itu yang nak balik kampung pun sampai angkut beg baby sekali. Hahaha. Campak dalam bonet siap siap - manalah tahu nak terberanak ke ape kaaannn. Hehehe.

Tapi.

Alhamdulillah. Little One behave sangat , memang kasi chance Mommy & Daddy dia makan makan and jalan jalan raya dulu puas puas. Almaklumlah , tahun ni pun tahun pertama aku dengan Wan beraya bersama as husband and wife. Tahun lepas tak beraya sakan sangat sebab sibuk dengan wedding preparation. Kehkehkeh.

Pagi raya tahun ni lain sikit dengan tahun lepas. Hehehe. Tahun ni ada suami yang aku nak kena siapkan. Kalau tahun tahun sebelum ni asyik siapkan diri sendiri je kan. Tahun ni , nak kena tolong pakaikan sampin la. Nak betulkan itulah inilah , nak roller bulu bulu kucing atas songkok Wan la. Hahaha.

Salam raya.

Kalau tahun tahun sebelum ni , memang Mama yang akan start salam Ayah dan diikuti oleh aku dan adik adik aku. Tapi tahun ni lain sikit sebab ada Wan , hahahaha. Dah jadi awkward moment pula bila aku kena salam Wan depan Mama Ayah and Adik Adik aku. Hahahaha. Langsung gagap gagap tak tahu nak minta maaf macam mane weh. Lulz.

Pengalaman beraya sebagai isteri orang ?

Nothing much kot , sebab muatan berat kaannn sampaikan baju melayu Wan pun dia yang gosok sendiri hoi. Hahaha. Mak buyong tak rela nak berdiri lelama dekat iron board tu , kang ada iron board tu aku terlangkupkan. Sorrylah ye suami , tahun depan ai janji ai gosokkan baju pakej dengan baju anak sekali inshaAllah. Ehek. Ehek !

Raya mana ?

Raya pertama aku tahun ni tetap dekat KL dulu. Hehehe. Settlekan rumah sedara mara aku yang dah masuk dalam itinerary untuk lawatan. Lepas tu malam raya pertama , terus gerak balik kampung Wan. Hohoho. Gigih. Naseb baik juga gerak malam raya pertama , kalau gerak raya kedua. Alamatnyaaaaa ada bernanah bontot aku - jalan jem. Balik malam raya pertama tu aku ----- tido dengan senang hati ! Wakakakaka.

 Balik kampung !

Kalau sebelum sebelum ni aku selalu kene bahan sebab takde kampung , asyik asyik Kg Pandan. Wakakaka. Bak kata kawan kawan aku 'Tak sempat satu lagu raya nak habes , dah sampai kampung kau'. Lol ! Tapi , sekarang tidak lagi !! Tahun ni aku ada tambahan kampung okay. Jauh lagi - kat sempadan Perak - Penang tau. Hahahaha.


Tahun depan kami akan beraya bertiga pula , inshaAllah.
Tahun depan juga ingat nak challenge Che Ta punya preparation raya. Bahahahahaha !


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN 


Thanks for your time , love ya people.


p.s : sorry sesangat sebab lamaaaaa tak blogwalk korang. T_T

18 comments:

  1. selamat hari raya juga nad..bila agaknya baby keluar ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari rayaaaa , inshaAllah september. :)

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri! :D

    Bila due ni kakak...take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya kakak sayang , inshaAllah september. Kumpul duit eh beli hadiah. :P

      Delete
  3. Replies
    1. Selamat hari raya Nani ! ^_^

      p.s : thanks tau kad raya tu.

      Delete
  4. raya kat utara nih??seronok kan???hehe

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya awak. Semoga selamat melahirkan

    ReplyDelete
  6. Kelamat Hari Raya kak Nurie!! Tahun depan meriahlah rayanya. ;)

    ReplyDelete
  7. Samalah dengan akak 'nasib' Nad ni tau. Raya pertama dengan suami, raya kedua dah dengan anak. Kita tahun ni siap terlupa lagi nak cium tangan suami dek kerana sibuk bersalam beramai-ramai adik beradik. Selalunya kita bersalam dalam bilik lepas acara salam besar-besaran di rumah emak. Anak-anak pun kita angkut masuk bilik nak bersalam sesama sendiri :) Itu yang terlupa nak bersalam tahun ni ^_^

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah