Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, August 26, 2015

Pregnancy Diary : Songsang !

Assalamualaikum & Hello.

Alhamdulillah , now usia kandungan aku pun dah masuk 37 minggu 5 hari. Hanya menunggu detik dan waktu je untuk sesi Meet & Greet dengan Little One. Hehehe. Pejam celik pejam celik dah nak sampai end of pregnancy journey. Huhu.

Rasanya macam baru lagi tengok UPT ada double line , rasanya macam baru lagi kena paksa minum air gula. Rasanya macam baru lagi dapat rasa Little One tendang tendang dalam perut. Tup tap tup tap dah nak keluar dah dia , tup tap tup tap dah nak ada junior dah hoii. Hohoho !!


Tapi


Yang tak berapa bestnya ialah bila aku pergi checkup dekat O&G Hospital Putrajaya last week and bila doctor scan -- baby songsang !! Huwaaaa. Masa tu pun da 36 weeks plus , supposed baby dah pusing bawah and engaged tapi lain pula ceritanya dengan Little One. Hohoho.

Kemain enjoy agaknya placing kepala dia dekat dekat dengan uri sampai tak mau langsung pusing bawah ye. Hahaha. Seronok sangat agaknya tutup jalan keluar dengan bontot dia , alahaii anak. Hahaha. Ke awak ni bam bam sangat sampai nak uturn balik pun tak boleh haaaa. ^_^

 

Dan memandangkan masa semakin suntuk - dah nak masuk 38 minggu. So , esok aku ada satu lagi appointment dekat O&G. Huhuhu. Nak scan lagi sekali and tengok kot kot Little One buat magic pula kepala dekat bawah. Hahaha. And if not , kemungkinan untuk czer tu adalah sangattttt tinggi. Since , specialist tak suggest untuk aku buat proses ECV - External Cephalic Version (teknik pusingkan baby songsang) atas sebab sebab tertentu. 

Maka dengan itu , dekat sini aku minta korang semua doakan supaya semuanya baik baik aje dan semoga semuanya selamat untuk aku and Little One. Since aku sendiri pun dah habis usaha nak pusingkan Little One tapi kalau Little One taknak pusing juga - aku redha. Nak buat macam mana kalau Little One dah pilih nak keluar cara sama macam Daddy dia. Beheeee. ^_^

 

Ampun maaf aku pinta dari hujung rambut sampai hujung kaki andai ada yang pernah terguris hati dan perasaan dengan apa yang pernah aku tulis dalam blog ni ye. Doakan semuanya selamat ye untuk aku and Little One. So that , nanti aku boleh munculkan diri balik dekat blog and jadi parenting blogger pula. Lol !! :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : nak lari appointment esok boleh tak ? mihmihmih.


12 comments:

  1. Akak doakan semoga dipermudahkan yer untuk adik akak nih... Akak dulu pun czer... Jangan risau...doa dan zikir banyak-banyak...Tawakal pada Allah SWT.... In Shaa Allah segalanya akan dipermudahkan... Amin... Tak sabar nak tengok your Little One...Mesti comel nih...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..semua nya ok nanti..tak sabar dah ni nak tengok baby..banyak kan berdoa dan berzikir.

    ReplyDelete
  3. semoga urusan dipermudahkan...insyaAllah baby pusing tu nanti. macam adik i yg last dulu....dah sampai hari..doktor dah nak csec my mom...tetiba masa scan last baby berpusing masa scan...so bersalin la normal. my mom pun ada amalkan potongan ayat Quran jugak...tapi potongan ayat tu ada dalam kitab surah Ya'asin yg lama...

    ReplyDelete
  4. semoga allah permudahkan buat Nad..keep strong dik...semoga semuanya berjalan lancar..berdebar plak rasa ha...

    ReplyDelete
  5. InshaAllah moga dipermudahkan. Awak banyakkan sujud. Sujud lama2, usap baby pujuk dia n buat teknik torch light tu. Cer awak google. Saya doakan awak smoga selamat melahirkan, AMin,

    ReplyDelete
  6. As Salam, sama seperti saya menunggu hari saja ni. Saya doakan awak selamat bersalin, inshaAllah dipermudahkan semuanya. Boleh saya tanya, di putrajaya, ambil FPP ke. saya bercadang nak bersalin di serdang, tapi doktor kata hosp tengah renovate T_T

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan nad n baby !

    ReplyDelete
  8. biasanyer dah nak dekat2 hari nak bersalin, dia akan pusing ke bawah dengan sendirinya sebab dia pun pandai tak sabar nak kuar.. hehehe.. berdasarkan pengalaman neyh.. semoga segalanya berjalan dengan baik2 sajer, insyaallah dengan izinNya.. amin..

    ReplyDelete
  9. In Shaa Allah semua selamat. semoga dipermudahkan semua urusan. amin

    ReplyDelete
  10. Bertambah nak tahu ni Nad, baby akhirnya lahir secara normal or 'jalan pintas' ni? Apa-apa pun akak lega sebab dah baca entri yang terbaru dari awak. Kiranya semuanya dah selamat. Baby boy pun dah keluar melihat duniakan.... ^_^

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah