Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, September 7, 2015

Little NS Journey : Pengalaman Bersalin Caesarean , Fuhh !

Assalamualaikum & Hello.

Seperti entry aku yang sebelum ni , hujung hujung pregnancy baru aku tahu yang Little One dalam ni kemain syiok duduk dalam keadaan songsang. Dan nak dijadikan cerita , last checkup aku dekat O&G Hospital Putrajaya pun kedudukan Little One still sama. Huhuhu. Maka dengan itu , doctor terus book date untuk dewan bedah and terus bagi date untuk admit since aku kene buat blood transfusion dulu sebelum proceed dengan Czer !


Angan angan nak beranak normal -- musnah ditengah jalan. Kahkahkah. 


Tapi takpela , janji aku dengan Little One selamat sudahla kan.


1st September 2015 

Aku dah diminta untuk menyerah diri dekat Hospital Putrajaya sebab nak buat blood transfusion keesokan harinya. Pheeww. Maka bermulalah hari hari yang membosankan untuk aku. Zzzzzz. Tapi alhamdulillah sebab dapat bed yang selesa compared dengan first time aku kene admit haritu tu. Hahahaa. So , tido lenalah sikit. Kuikuikui. Rasa macam tengah vacation ok. Lulz. :P


2nd September 2015

Seawal 05.10 pagi aku dah kena kejut dengan staff nurse untuk blood transfusion session. Huhu. First time weh masuk darah , selama ni asyik kena ambil darah je. Wuhuu. Untuk blood transfusion ni doctor arahkan untuk masukkan 2 bag darah since HB aku memang tak pernah cantik daripada awal pregnancy. Ekekeke. Dan memandangkan aku nak kena czer so reading HB kena cantik. So , nak taknak silalah bertahan untuk dimasukkan darah. Huhu. Alhamdulillah , lepas 2 bag darah dimasukkan HB aku pun naik jadi 11.7 instead of 8.5 sebelum ni. Syukur. Walaupun sakit urat aku sebab masuk darah tapi aku survive. :)


Pukul 12 tengah malam aku dah kena start puasa tapi sebelum tu staff nurse sempat bagi aku ubat gastrik and tahan muntah. Yelah sebab nak kena puasa lama kot. Kalau esoknya turn aku kene operate tu petang , memang berkurunlah aku kena puasa. Huhuhu. Tapi demi nak jumpa Little One , Mommy rela. Hikhikhik.


3rd September 2015

Seawal pagi lagi Wan dah datang hospital nak temankan aku but obviously , kalau bukan waktu melawat memang akan kena halaulah kan. So , bertabahlah seorang Nuriesya Nadia menghadapi detik detik untuk ditolak ke dewan bedah seorang diri. Tapi nasib aku agak baik sebab aku tak kena operate lagi sesi pagi tu sebab ada emergency case. So , nama aku queuelah lagi dan yang paling best bila nama aku adalah nama terakhir untuk dibedah haritu. Sobsss. Dalam hati dah tak sabar dah nak tengok anak sendiri. Huhu. Tapi takut nak kena operate pun tak boleh blah juga. Kahkahkah.

Sedang elok aku bergelak ketawa dengan Mama , Wan , MIL and SIL aku tetiba ada sorang staff nurse datang bagi injection. Aku ingatkan lama lagilah kan turn nak masuk dewan bedah. Aleh aleh tak lama tu datang dua orang staff nurse tolak katil. 


Jyeahhh !


Jantung hampir luruh !


Masa ni memang aku tak prepare apa. Hahaha. Bila dah nampak katil barulah menggelabah tu datang. Hoilah. Bila da kena tolak nak turun ke dewan bedah tu lagilahhhh , memang betul betul rasa nak terkeluar jantung. Cuak. Tapi nasib baik juga even aku tengah cuak nak mampos time tu , aku tak lupa dengan zikir nabi yunus. Mulut ni da terkumat kamit duk mengulang sebut zikit nabi yunus tu. Dengan harapan dipermudahkanlah segala urusan aku time tu. Huhuhu.


Masuk je dewan bedah , aku teruja. Hahaha. 

'Kenapa dewan bedah ni tak scary macam dalam TV'.
'Kenapa dorang semua ni cam relek je'.
'Kenapa aku sorang je yang nampak macam tengah menggelabah'.

Boooo Nadia Boooo. Hahaha. Sempat lagi kot untuk aku pikir sampai ke tahap macam tu. Hahaha. Rasa nak lempang diri sendiri je bila ingat balik. Tssskk. 


First thing yang dorang buat dekat aku masa dalam dewan bedah tu semestinya inject bius. Inject bius dekat lapisan tulang belakang. Tak lama lepas dah kena inject tu , daripada pusat sampailah kaki aku semua dah tak rasa apa. Haha. Sampaikan dorang nak masukkan saluran kencing dekat Miss V pun aku tak rasa apa dah. Just rasa ada orang pegang pegang. Hohoho.

Bila saluran kencing semua dah siap pasang. Masa yang dinanti nanti telah pun tiba. Tirai putih dipasang supaya aku tak nampaklah apa yang berlaku dekat perut aku. Tapii , sebenarnya boleh je nampak thru pantulan lampu dekat mesin bedah tu. Hahaha. But being me , yang penakut ni. Semestinya aku bagitahu dekat doctor yang aku boleh nampak bayang bayang dekat pantulan lampu tu. Maka dengan itu , the doctor helps me. Dia tolong adjust baik punya supaya aku tak nampak apa apa. Hehehe.


Dan


Pembedahan pun bermula !!

Daripada aku rasa macam ada orang gosok gosok perut - gonyoh gonyoh perut - sampailah tetiba aku rasa senak sebab dorang tengah nak keluarkan baby dan uri. Automatically , perut pun rasa kosonggggg. Masa tu tak tau pun lagi yang Little One dah selamat keluar.


Dan


Tak sampai beberapa minit , aku dengar Little One menangis. YaAllah syukur. Alhamdulillah. I'm a mother !


Then staff nurse yang ada dalam dewan bedah tu pun bawa Little One untuk dibersihkan. And aku masih lagi dengar suara Little One yang fresh dari oven tu menangis nangis. Sejuk agaknya. Hehehe. Tak lama lepas tu datang sorang staff nurse ni bawa Little One and tunjuk dekat aku. Siap suruh sebut lagi lelaki ke perempuan. Hahaha. Mestilah lelaki sebab daripada masa scan lagi dia dah tunjuk jantina dia. Hehehe.

Selesai sesi memberi first kolostrum dekat Little One , staff nurse tadi pun bawa Little One keluar jumpa Daddy dia. But aku masa ni dalam dewan bedah lagilah. Tengah kena jahit - tengah kena sedut segala darah dan air ketuban semua. Selesai je jahit , aku pun ditolak ke satu tempat untuk pemantauan sebelum ditolak naik ke wad. Fuhh !

Alhamdulillah masa dekat tempat pemantauan tu dorang tengok aku okay (blood pressure okay , suhu pun okay). Walaupun aku sangat sangatlah mamai masa tu. Pening pun ye juga , semuanya kesan daripada bius tu. Bila tengok semua dah okay , aku pun ditolak naik ke wad. 

Dan bila nampak je muka Wan terus rasa sihat walafiat. Hahaha. Boleh gitu ?


5th September 2015

Alhamdulillah , aku dengan Little One pun dibenarkan discharge. Yeay ! Dah boleh balik rumah Mama , tak payah duduk hospital lama lama. Weehuu !


And


Today , 7th September 2015

Now , dah masuk hari ketiga aku berpantang. Lulz. Baru hari ketiga ooi. Berpuluh puluh hari lagi nak kena berpantang. Luka czer pun nampaknya dah semakin baik walaupun takdela completely baik. Hehe. Jalan pun dah tak bongkok bongkok sangat. Hehehe. Minta minta cepatlah baik luka luar dan dalam ni. Huhu. Doakan aku cepat sembuh dan Little One pun takde masalah kesihatan. Aamiin. :) 


Thanks for your time , love ya people.


p.s : eh baru perasan mood blogging datang balik , ekekeke. :P 





28 comments:

  1. Tahniah dan alhamdulillah semua selamat
    28/8/15 kelmarin adik sy pun czer sbb anaknya sonsang juga..now berpantang dgn set shaklee :)
    Try set pantang shaklee..
    Zinc Complex bantu luka czer cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  2. scarynye rsa bila cete psl operate huhu...tahniah la dh jadi mother :-)

    ReplyDelete
  3. takut jugak laa baca.. hahahahaha...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah awak. Selamat sudah melahirkan. Seronok kan ada baby. hehe berjaga malam pon takpa sbb kita haritu rasa tak nak tidur nak tatap muka baby hahaha

    ReplyDelete
  5. alhamdulillahhh selamat dahhh..tahniahhh again nadd !!

    ReplyDelete
  6. tahniah Nad.. seronok bergelar mommy ni kan.. welcome to motherhood challenge..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah dah selamat. bestnya da jd ibu

    ReplyDelete
  8. masa engah baca ni kan..perut akak yang rasa ngilunya..sabar jer la...

    ReplyDelete
  9. Tahniah nadia...moga cepat2 sihat n baby pun sihat2 selalu..

    ReplyDelete
  10. tahniah..selamat berpantang dan semoga little one membesar dengan sihat dan ceria

    ReplyDelete
  11. tahniah..
    selamat berpantang.

    beranak ceaser kena lebih care la..
    semoga dipermudahkan segala urusan awak. amin

    ReplyDelete
  12. Tahniah..selamat berpantang..semoga cepat sembuh dan baby sihat

    Saya pun pernah czer untuk anak kedua..takde rezeki nak bersalin normal.


    Wahh Menarik: TIPS SUSUKAN ANAK HINGGA DUA TAHUN

    ReplyDelete
  13. Lain orang, lain pengalaman bersalinnya.

    Apapun, even anak dah dua, tetap debar-debar, tetap seriau baca pengalaman orang.

    Tahniah Nad, jadi kuat untuk Little One.

    ReplyDelete
  14. tahniah yunk.. bila teringat czer dulu pun takut.. harap2 anak kedua ni dpt bsalin normal.

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah semua nya selamat.... ^_^

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum nad.. taniah dah jadi mother. Hehehehe semoga berpantang sebaiknya. Enjoy ur parenthood journey... make sure little one jadi bambam tau ;)

    ReplyDelete
  17. tahniah mommy! semoga sihat selalu hendaknya. tak sabau nak tengok baby boy !

    ReplyDelete
  18. Bila baca pengalaman Nad kena czer, terbayang-bayang pengalaman sendiri 4 tahun sudah. Masih segar lagi dalam ingatan *_*

    Betul tu, Nad. Masa nak masuk operation theatre itu aje yang gerun. Lepas tu tak sedar apa berlaku. Akak boleh sempat mamai nak tertidur tau tak sebab ubat bius. Cuma bab senak masa nak tarik keluar baby tu memang rasalah. Macam kena tumbuk kat perut gitu...

    Akakkan balik rumah hari ketiga tangan dah gatal nak pegang penyapu sapu lantai tau. Terlupa pulak baru lepas operation ^_^

    ReplyDelete
  19. tahniah....scarynye boleh nmpk ape yg die buat..nsib doc tlg edjust lmpu tu..

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah..mudah je kan??heheh..tahniah Nad..dah jadi Ibu..

    ReplyDelete
  21. tahniah dah jadi mak budak...slmt berpantang

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah...tahniah...cara kita kena czer hmpir sama...sng ja rs...org 1st gak tp jd org keberapa tah sbb ada emergency case

    ReplyDelete
  23. jom tahun depan mengandung lagi laaaaa.. hahahhaa..

    p/s: matik kena carutsss kejap lagikk.. lariiiiiiii.. Hahahahahha...

    ReplyDelete
  24. Tahniah dan selamat berpantang..saya awal beberapa hari je dari nadia

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah