Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, October 23, 2015

Little NS Journey : Cerita breastfeed dan breastpump

Assalamualaikum & Hello.

Breastfeeding Mommy ! 

Dari masa doctor tengah sibuk jahit perut aku dalam OT , aku memang dah breastfeedkan Nadeem. Alhamdulillah. Ada rezeki untukmu anak. Huhu. Terima kasih banyak banyak dekat nurse yang letakkan Nadeem dekat aku untuk breastfeed masa tu , jasamu akan kukenang sampai bila bila. Gitu. Hehehe.

Seriously masa pregnant dulu aku expect aku takkan ada susu badan. Sobbsss. Bukan apa , sebab aku baca dekat group ibu mengandung mostly ada yang katanya keluar cecair daripada breast while pregnant lagi. Yang aku , nan hado ! Huhuhu. Siap sempat pesan dekat Wan lagi , kalau takde susu badan memang aku nak seludup susu formula masuk wad. Hahahaha. Tapi alhamdulillah , until now aku masih breastfeedkan Nadeem. 

Dahla tak pernah breastfeed , dengan penakut nak pegang newborn , dengan sakit perut sebab czer , dengan pening kepala sebab bius. Kau bayangkan macam mana aku breastfeedkan Nadeem masa tu. Huhu. Memang sampai tahap Mama kena pegang Nadeem untuk aku. Haaa. Nampak tak semangat juang seorang Mommy untuk berikan yang terbaik untuk anaknya. Huhu. Biarlah bersusah , janji anak Mommy dapat yang terbaik. Woah ! Mesti speechless kalau Nadeem baca ni. Kahkahkah.

Dan disebabkan aku breastfeedkan Nadeem , maka dah jadi satu kewajipan untuk aku ada sebiji breastpump. Huhu. Tak kisahlah single pump or double pump , tak kisahlah manual or electric pump. Janji ada sebiji breastpump. Huhu. Bukan apa , senang aku nak buat stock EBM sebelum masuk kerja nanti. Bukan untuk siapa , untuk Nadeem juga. Hehehe.


Breastpump thingy !

First breastpump aku pakai cousin aku punya tapi dia tak pernah pakai. Brand Snowbear (nama sekarang Malish Lifestyle). Dan disebabkan masa cousin aku bagi tu , tube connecting dia hilang - maka aku dengan gigih pergi order dekat website Malish sendiri. Alhamdulillah , dapatlah merasa pakai breastpump. Tapi jodoh aku dengan breastpump ni tak lama. Bayangkanlah bila kau pam hampir 1 jam tapi nak dapat 2oz pun susah sebab suction breastpump tu macam something wrong somewhere. Memang sakit hatilah kan. Hohoho. Nak menyusukan baby ni mana boleh stress , nanti susu pun taknak keluar. Maka , aku bertahan - positifkan diri - paksa juga pakai breastpump tu sampai habis pantang.

Habis je pantang , esoknya aku terus ajak Wan pergi beli breastpump baru dekat PumpOnTheGo Ayer 8 Putrajaya. Hehehe. Alhamdulillah , ada rezeki aku untuk pakai breastpump baru. Hehehe. Second breastpump aku , Malish Mango. 

Alhamdulillah sepanjang aku guna Malish Mango ni daripada beli haritu , semuanya okay ! Suction okay ! Jumlah susu yang aku berjaya pam pun alhamdulillah , boleh tahan. Hehehe. Maka dengan itu bila Mommy gembira , Nadeem pun untung juga. Hehehe.


Doakan aku berjaya breastfeedkan Nadeem sampai umur 2 tahun tau korang ! Or atleast sampai Nadeem 6 bulan. #SupportBreastfeed !

p.s : siapa siapa yang ada idea untuk milkbooster bolehla share dengan aku. Sharing is caring kaaaann. Hehehe.

Thanks for your time , love ya people.



15 comments:

  1. untuk perbanyakkan susu, nad try set milk booster shaklee.. insyaAllah, melimpah ruah.. ")

    ReplyDelete
  2. Nak share la. hihi
    Jaga jadual pam, makan makanan berkhasiat, minum air 3 liter, makan kurma, InsyaAllah tak perlu milk booster :-)

    ReplyDelete
  3. hihi..saya pun tak snagka boleh bf iman... msa peknen takde kuar apapun... now sangatlah berharap agar dapat menyusukan iman sampai 2 tahun...

    ReplyDelete
  4. minum air masak banyak2 makcik.. tu je milk booster kite :)

    ReplyDelete
  5. akak dulu ingat takde susu..yelah, badan skinny ni orang cakap mengandung pun susah, apa lagi nak ada susu. Pastu beli lah manual je, konon takde susu. sekali habis banjir2. padan muka pergi percaya sangat cakap orang dengki. Hahaha. Happy bf Nad!

    ReplyDelete
  6. selalaunya kalau anak lekaki ni bab menyusu memang sampai terlebih 2 tahun..hehehe...

    ReplyDelete
  7. Tahniah! Alhamdulillah pengalaman menyusu yang sangat best. Berlainan dengan saya T_T apa-apa pun masih bersyukur sebab berjaya menjadi seorang ibu :)

    http://wakdingding.blogspot.my/2015/10/pengalaman-pertama-menyusukan-bayi.html

    ReplyDelete
  8. Tahniah sepp skit. Hehe. Bf is enjoy. Kite takde milk booster. Tips dia. Mnum air suam. Jaga jadual pump. Mind set penting. Good luck mommy.

    Kita skang guna pump snow bear. Tapi kite bukak getah bulat kat corong tu. Legaaa. Klu ada benda tu. Rasa tak puas pump

    ReplyDelete
  9. Makan jantung pisang...pernah dgr kaunselor laktasi bagi talk...die ckp xde milk booster yang ade cume energy booster.. yang buat booster ni kite punye jadual pam..jangan stress...minum air masak yang banyak.. gitu la lebih kurang dia cakap hari tu..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum nad. Hahahaha susu kua masa mengandung tu tak menjamin apa2 pun babe. Yg penting positif, minum air masak banyak, jgn stress masa mengepam. Bayangkan muka nadeem comrl tu. Hehehehehe semoga dipermudahkan babe ;)

    Comel mango tu hehehehe

    ReplyDelete
  11. Semoga berjayalah Nad breastfeed Nadeem ni bukan setakat 6 bulan aje; kalau boleh sampai 2 tahunlah ya!

    ReplyDelete
  12. amin semoga dipermudahkan.. nanti minda anak pun jadi bijak amal breast milk

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah