Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, November 24, 2015

Little NS Journey : Preparation for Majlis Aqiqah Nadeem Syadeed

Assalamualaikum & Hello.

Actually tak pernah plan pun nak buat aqiqah Nadeem bila. Sebab yela , nak buat aqiqah bukannya makan belanja yang sikitkan. Tapi alhamdulillah , rezeki untuk Nadeem ada. So , bolehlah kita buat majlis aqiqah Nadeem awal. Syukur. Hehehe. Lagipun elok juga buat awal , aku pun belum start kerja lagi. Maka dengan itu , banyaklah masa aku untuk handle preparation. Mihmihmih. Rasa macam tengah buat preparation kahwin pun ada juga. Ekekeke.

Mulanya nak buat on 30th November 2015 , sekali celebrate birthday aku. Lol ! Nak juga tu menumpang majlis anak. Kahkahkah. Tapi apakan daya 30th tu jatuh pada hari Isnin. So , tak boleh tak boleh. Kita awalkan on 28th since 29th kezen aku da cop untuk buat birthday celebration anak dia. Huhuhu. Tak kesahlah mana mana tarikh pun janji dapat setelkan majlis aqiqah Nadeem ni sebelum aku masuk kerja Disember nanti. Huhu.

Dan sudah menjadi lumrah seorang blogger dan juga seorang Mommy yang tengah bercuti macam aku ni dengan menghabiskan masa untuk online. Maka dengan itu daripada pelamin - kambing golek - photographer - baju Nadeem - doorgift semua aku book online. Kahkahkah. Senang kerja aku. Hahaha. And alhamdulillah semua preparation pun sudah hampir siap. Tinggal nak packing goodies untuk team marhaban je. Hehehe.


Minta maaf sangat sangat sebab terpaksa xxxxxxxxx venue majlis aqiqah Nadeem. Sebagai langkah berjaga jaga kata orang. Ehek. But to those yang rajin baca entry aku , yang rajin komen entry aku , yang ada dalam radius KL - Putrajaya , yang takde nombor telefon aku. Bolehlah dropkan email cakap nak datang , nanti aku emailkan kad yang ada venue. Okay ? Hehehe. Bukan apa , takut majlis kena serbu kang tak cukup makanan ada pula jari gatal tu menaip umpatan , cercaan dan hinaan. Gituuuuu. :)

Thanks for your time , love ya people.

p.s : kejap je dah nak habis cuti 3 bulan , hurm.


7 comments:

  1. Semoga dipermudahkan semua urusan Nad :D Baru ingat nak pm emel tapi tarikh tu ada hal pulak. Lain kali lah kita dating Nadeem. Hahaha :p

    ReplyDelete
  2. semoga berjalan lancer dan dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Wahhhh...tu pun dah comel..mesti majlis lagi comel...semoga lancar majlisnya

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum nad, thanks jemput. Nak pergi suami lak kerja sabtu. Sob3.. semoga majlis berjalan dengan lancar ye 😀

    ReplyDelete
  5. tak pe..tunjuk gambar pun jadi la..hhheeh

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah