Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, November 6, 2015

Program Transformasi Minda Siri 9/2015

Assalamualaikum & Hello.

26 Oktober - 30 Oktober 2015
Flamingo Hotel by the lake , Kuala Lumpur

Cuti bersalin dan kena pergi kursus betul betul buat aku berfikir banyak kali , nak pergi ke tak - nak pergi ke tak. Pfftt ! Yelah tengah syok cuti kot. Huish. Tapi atas nasihat suami tercinta dan mengenangkan kursus ni wajib untuk pengesahan jawatan , maka dengan itu okay aku pergi. Huhu. Dahla 5 hari pula tu. Naseb baiklah dekat Ampang je , so setiap malam Wan akan amek aku balik. Still boleh jumpa Nadeem walaupun tiap malam aku balik tu dia da tido. Sobssss.


Dah lama gila kot tak attend ceramah and aktiviti berkumpulan macam ni. Last dulu pun masa zaman belajar je. Lepas tu takde dah. Aku ni dala paling weak bab bab nak kene present atas pentas nu ha. Hish. Mulalah longgar lutut , lecak ketiak semua. Wakakaka. Apa pun I had fun selama 5 hari tu walaupun hampir setiap jam tanya Mama - 'Nadeem watpe tu ma ?' and hampir setiap jam juga Mama anta gambar Nadeem. Sengsara jiwa. Huhuhu.




Jadual ktorg 5 hari tu sangat sangatlah pack. Huhu. Pagi je ada 2 slot kelas ceramah 2 jam. Then continue after lunch satu slot ceramah lagi , pun 2 jam juga. Lepas tu ada aktiviti riadah dan diakhiri dengan another slot ceramah 2 jam pukul 8.30 malam. Pheww ! Pengsan. Begitulah routine aku selama 5 hari. Gila. Penat oi. Malam berjaga pula jaga Nadeem. Meriah. Hahahaha. Esoknya datang kelas dengan mata panda. Kihkihkih.






Tu diaaa muka masing masing kemain seronok berzumba. Huhu. Ikutkan hati aku nak je join tapi bila mengenangkan yang aku baru je lepas czer. Hurm. Kita jadi pemerhati jela. Hahaha. Pun best juga jadi pemerhati , boleh gelakkan orang. Kahkahkah.


Apa pun alhamdulillah , aku berjaya habiskan kursus 5 hari tu. Hehe. Legaaa dah hati ni sebab tak payah pening nak pikir kursus lagi. Huhu. Unless kalau exam sebelum habis kursus haritu aku fail , maka dengan itu tahun depan kena repeatlah ! Hoho. Doakan aku lulus tau tau tau. Tak kuasa dah aku nak berkursus lagi , tak sanggup nak tinggal anak lama lama. Amboi. Mak mak sangat statement. Muahahahaa.

Thanks for your time , love ya people.

14 comments:

  1. haha..member-member yang berzumba tu tau ke gambar dah naik kat sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dorang gugel , naseb doranglah kalau ternampak. Kahkahkah.

      Delete
  2. nadia boleh jugak eh ikut ptm wpun msih cuti bsalin?situasi kita samala..tapi haritu saya x d benarkan..hurm..masa tu cuti bsalin tgal lagi sbulan.pastu ptm just dekat sarawak.so beria la nk join. sbb dekat je dgn rmh mertua, jd kiranya nk bawak baby la.skali diorang tak bagi ponn..diorang cakap x boleh attend sbb cuti..huhu..last2 ikut ptm dkt flamingo jugak ngam2 habis cuti tu..sedehh tgalkan baby kn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab boss pujuk suruh pergi , pujuk ke paksa ? Hahaha. Tu yang pergi juga tu. Lagipun sebab dekat. Takutlah kalau extend nanti dia buat jauh jauh. Lagilah sedih nak tinggal anak. Hehe.

      Delete
  3. waaaaaa bestnya u guys look soooo happy huhuhu tahniah kak nadia habis kursus 5 hari tuwww :pp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happpppy sangat Qila. Haha. Rasa nak meraung okay countdown 5 hari tu. Haha.

      Delete
  4. hahaha...rasa kan...selama ni dok rindu kat laki je kan..ha..sekarang rindu anak pulak..rindu anak lagi sakit dari rindu laki tau..ekekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe kak , rindu anak ni lagi marabahaya rupanya. Hahaha.

      Delete
  5. kursus ni sekali ja...lepas tu memang kena pastikan semua exam lulus...

    ReplyDelete
  6. Kesian alahai tak dapat berzumba sama ^_^ Kalau ikutkan hati, memang nak ikutlahkan. Nasib baik sedar diri tu baru kena czer. Biasalah tu Nad, bila dah ada anak ni memang asyik ingat anak aje kalau dia takda depan mata. Suami dah takda dalam ingatan dah! Simpan dalam hati elok-elok je ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak ! Melopong jela tengok orang zumba. Hahaha. Eh yang rindu anak tu memang , laki dah tak bape nak rindu. Ekekeke.

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah