Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, January 29, 2015

Port Dickson lagiiiiiiiii !

Assalamualaikum & Hello.

Actually kan , entry ni supposed aku update lepas entry Sangkaya Coconut Ice Cream tu. Tapi. Biasalah lupa ! Hahaha. Aku teringat pun sebab ternampak adik ipar aku tukar cover photo FB dia gambar budak kenit ni main pasir. Lol. Faktor usia sungguh la kau ni Nadia.

Gerak dari Melaka pun dah pukul 5 lebih. Ikut jalan dalam - ngam ngam sampai PD pukul 6.20 petang. Dari dalam kereta lagi dah tukarkan uniform budak kenit tu. So , turun turun kereta dia terus boleh pergi main air. 

Yang aku pula , baju seluar towel semua bawa tapi tetiba rasa malas nak tukar baju. Hahahaha. Rasa tak puas je nak mandi laut kejap sangat. Hahaha. Paling paling kenalah sampai kulit tu jadi iras iras Accapan. Ehek.



Mula mula sampai - budak ni takut nak main air. Itu yang dia pulun main pasir pantai je. 



Lepas tu kena tanam dalam pasir - menggelabah ! Hahahahaha. Lagi orang kata Bye - lagi menggelabah.


TAPI


TAPI 


Bila dia tengok Wan seronok mandi laut , dia pun tak boleh tidak nak ikut juga. Hahahaha. Tapi time ni aku memang tak snap gambar pun , kang handphone tu bersepuk jatuh dalam air. Satu hal lagi. Mana nak dengar laki bebel - mana nak menangis handphone takde. Hahahaha. So , simpan dalam kotak memori aku jela.

Yang lawak , budak kenit ni takut ombak. Kakakaka. Asal ada ombak je lintang pukang lari naik ke darat. Hahahaha. Kau dah kenapaaaaaa. Tapi bila dah belikan dia pelampung. Okay lupa diri. Kau ingat laut tu macam Hipopo Baby Spa tu ke haaaaa. Hahaha. Bila ajak balik - MENGAMUK. 


Sekian.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : selsema , sakit tekak. again ?


Wednesday, January 28, 2015

Wordless Wednesday : Bonus !!

Assalamualaikum & Hello.


WAKAKAKAKAKAKA !


Thanks for your time , love ya people.


Tuesday, January 27, 2015

Apabila aku mula ketagih dengan Kings Game !

Assalamualaikum & Hello.

Aku bukan kaki main game , tapi lately ni - memang muka aku je yang minta nyawa dekat Facebook tu. Maafkanlah weh. Bukan selalu kot aku main game. Miahahahaha. Ni je pun current activity yang aku rasa enjoy nak buat. Hahaha. Nak update blog pun dah tak rasa enjoy sangat. Engkau dah kenapaaaa Nadia.


Tapi 


Aku hanya ketagih games yang published by Kings ! Hahahahaha.


Ada 5 games kesemuanya :

Bubble Witch 2 Saga
Candy Crush Soda Saga
Pet Rescue Saga
Candy Crush Saga
Diamond Digger Saga


Ni aku tengok ada Pepper Panic by Kings juga. Hish. Naseb baik aku tak jumpa lagi , kalau tak wajiblah aku download dan install cepat cepat. So takdela aku asyik minta korang send lives je dekat aku. Aku boleh isi masa tu dengan game game lain. Kakakakakaka. Yeah ! Now Nadia is talking about games. Lantak.

Siapa yang rasa dia belum install games ni lagi. Pergilah install cepat cepat. Kakakaka.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : maafkanlah diri ini kalau ada yang asik terinvite main game tu. maaflah.


Friday, January 23, 2015

Kerana mulut badan binasa !

Assalamualaikum & Hello.


Kerana mulut badan binasa.
Kadang kadang manusia ni tak tahu apa itu 'Rahsia'.
Mungkin dia pikir , Rahsia dan Bohsia tu benda yang sama. Hahaha.
Biarkan mereka , mungkin mulut mereka itu asyik menganga.
Asyik nak bercerita , tak lupa juga menjaja.
Biarkan mereka.

Itukan mulut mereka.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : mohon jangan cakap dengan aku apa apa - aku masih murka. Miahahahaa.

Nadia Wan Jalan Jalan : Zoo Melaka

Assalamualaikum & Hello.

Akhirnya baru harini mood rajin nak letak watermark dekat gambar - mood nak update entry pasal Zoo Melaka sampai. Pergh. Makan hari juga mood ni nak sampai. Hahaha. Naik apa mood ni , kemain lembab lagi nak sampai. Lulz. 



Sebelum masuk tu , wajiblah beli tiket dulu. Harga tiket adalah seperti yang tertera dekat dalam gambar atas tu. Katanya dekat atas tu kena tunjuk IC bila nak beli tiket , tapi time ktorg nak beli tu dia kata tak payah tunjuk IC. Lol ! Tak tahu ke aku ni orang Korea berwajah Malaysia. Miahahahahaha.

Lepas je gate entrance tu , tadaaaaaaaa !




Terus ternampak burung burung ni. Burung kakak tua ke ? Bantai ! Hahahaha. Aku tengok burung burung ni , tapi nama dia apa memang aku tak tengok langsung. So , kalau korang pandai - burung burung atas ni burung apa. Burung murai  , burung apa ? Burung murai ! Eh. Teringat pula iklan bapak dengan anak tu. Hehe.

Jalan jalan sikit lagi , jumpa binatang lain pula.



Yang belakang aku tu Zirafah , jangan konfius dia memang ada adik beradik dengan manusia - Lee Kwang Soo. Lalalala.


Yang ini pula Tapir , bukan Panda. Korang asal hitam putih je Panda kan. Ni Tapir - hitam kelabu. Hahaha.



Yang lagi dua binatang ni , aku tak tahu. Rusa ke Kancil - Seladang ke Kerbau. Korang jela teka. Hahaha.


Yang ini nama dia Emu. Yang ni aku hafal sebab dia buat aku tanjat gegirl. Mula mula dia duk garu garu kat bawah tetiba masa aku nak blah -- tu diaaaaaa -- dia angkat leher daaaaa. Ekekeke.


Yang ni bukan biskut Tiger - sekuat harimau. Ini memang harimau ! Oh , ada adik beradik manusia juga. Namanya Kim Jong Kook ! Hahahaha.


Yang berkepala serabut ni nama dia Victoria Pigeon. Kenapa aku hafal nama dia ? Sebab aku konfius dia dengan Victoria Beckham. Kakakakaka.


Yang sombong dekat hujung tu , Merak. Biasalah orang cantik - mestilah sombong. Dan dan lah taknak tunjuk cantik. Fake sangat. Lulz.

Actually ada banyak lagi binatang lepas lepas tu , tapi aku dah malas - penat - haus - lapar - rasa nak pengsan semua ada. So , aku tengok jela dari jauh. Jauh bhai nak jalan jalan dalam Zoo Melaka ni. Phewww. Bila teringat balik pun , rasa lecak ketiak tahu. Mihmihmih.




Nah gambar tuan tanah dengan family in law.


Last but not least , dengan budak ketot yang sebok kejar nak pijak daun kering dan tidak terhibur langsung tengok binatang. Maybe sebab dia ketot - dia tak nampak. Maafkan dia. Wakakakaka. Nanti ada masa Aunty bawa pergi Aquaria eh. 

Thanks for your time , love ya people.


p.s : 26 January 2015 , semoga dipermudahkan semuanya. All the best Nadia.



Thursday, January 22, 2015

Kebaikan & Khasiat Susu Kambing !

Assalamualaikum & Hello

Kebaikan Susu Kambing

Susu kambing kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. 

Antara kebaikan lain susu kambing ialah:

  • Tidak menyebabkan alahan.
  • Membantu sistem imunisasi tubuh.
  • Bersifat alkali.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu :
  > Protein 2.1 kali ganda
  > Kalsium 2.2 kali ganda
  > Zat Besi 2.0 kali ganda
  > Potasium 2.1 kali ganda
  > Vitamin A 3.8 kali ganda
  > Garam Galian 2.0 kali ganda
        > Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
  • Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
  • Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.

Khasiat Susu Kambing
 
Khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia. Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.

Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein & beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino penting.

Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh). 

Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat daripada protein).Gabungan Kalsium & Fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.

Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. 

Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:
  • Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
  • Membolehkan penggumpalan darah
  • Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
  • Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
  • Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
  • Mengawal degupan jantung
  • Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
  • Menyingkirkan toksin dalam kolon
  • Menurunkan tekanan darah
  • Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
  • Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan

Trace Mineral - Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.

Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.

Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser kolon.

Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.

Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45.

Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.

Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik.Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dan sebagainya. (sumber : Khasiat Susu Kambing)


And nowadays aku tengok dah banyak dah pun produk susu kambing ni dijual dipasaran. Baik susu kambing yang segar mahupun susu kambing yang perlu dibancuh. Pendek kata , bukan dekat mapley je ada jual sekarang ni. Miahahaha.


Tapi yang aku macam berminat sangat nak try rasa , Nubian Goat Milk. Sebab bila aku baca review , ramai yang kata Nubian ni sedap. Dengan rupa botol susu kambing Nubian yang comel gilaaaa. Lagilah tambah tambah keinginan aku nak try.

Tapi itulah , bila dah terlampau famous pun. Susah juga. Sebab susah nak dapat stock. Lulz. Haritu Wan pergi cari dekat Alamanda pun dia kata - peti ais Nubian tu je yang ada. Susu kambing Nubian tu nan hado - out of stock. But , tadi aku sempat jelajah website Nubian , oh dorang buat home delivery dekat KL , JB and Penang. Mihmihmih. Nanti nak suruh Wan call Nubian delivery terus - senang kerja aku. Lalalalala.


Website Nubian Goat Milk : http://nubiangoatsmilk.com/

Thanks for your time , love ya people.


p.s : awal pagi lagi mood nak balik dah sampai , apa citaaaaaaa.


Wednesday, January 21, 2015

Wordless Wednesday : Pomegranate & Strawberries

Assalamualaikum & Hello.


Breakfast like a king kataaaaa kau. ^_^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : terasa kaya makan stroberi di pagi hari. lulz. :P


Tuesday, January 20, 2015

Food Review : Sangkaya Coconut Ice Cream & Ice Cream Flower Pot Jonker Walk

Assalamualaikum & Hello.

Entry Zoo Melaka yang aku teaser semalam tu , nantilah aku update eh. Banyak sangat gambar campur dengan malas nak letak watermark. Hahahaha. Maka dengan itu , aku postpone dulu entry tu. Boleh kan kan kan kan ? :D


Tetiba je dah sampai Jonker Walk. Wakakaka.


Tujuan asal sebab adik ipar aku nak beli t-shirt nak bagi tunang dia. 
Aku pula just nak jalan jalan cuci mata.


Tapi


Bila dah nampak orang duk ke hulu ke hilir dengan Sangkaya & Ice Cream Flower Pot.


Takkan aku nak biarkan berlalu begitu saja ?


Tidakkkk !!!


Maka


Aku pun terjebak sama !!


Ice Cream Flower Pot Strawberry : RM 5

Ada 5 perisa yang dijual dekat tempat aku beli ni. Kalau tak silap aku ada Chocolate , Rainbow , Strawberry - lagi 2 tak ingat. Hahahaha. Actually takde apa yang special pun ice cream flower pot ni. Tapi disebabkan decoration dia yang macam pasu bunga. Itu yang terus jadi viral tu. Aku pun kalau dah viral - gila apa tak nak cuba. Walaupun eskem milo cup tu lagi sedap. Lulz. Janji dapat upload gambor. Mihmihmih.


Sangkaya Coconut Ice Cream (4 Scoop) : RM 9.90

Sangkaya ni dijual dekat tepi jalan je , takde physical kedai ke apa pun. Tapi ice cream dia memang sedap. Dia ada tester okay - boleh rasa dulu sebelum beli. Hehehe. Tapi bila dah rasa tu tipulah kalau tak beli. Sebab sedap weh ! Boleh pilih berapa scoop korang nak - toppings free ! Taburlah ikut suka hati korang nak banyak mana. Meriah. Btw , aku dengar dekat Ampang Point pun ada. Siapa tahu dekat belah mana ?


Thanks for your time , love ya people.


p.s : maaflah mood malas masih bermaharajalela - alexa pun dah nak naik dah ni. T_T


Monday, January 19, 2015

Teaser : Its Lee Kwang Soo !

Assalamualaikum & Hello.


Seriously mood nak update blog - takde langsung. 
Kusss semangat. Mana pergi tah kerajinan aku tu. 
So , nah ! Teaser je yang mampu aku kasi.
Full entry , korang tunggulah nanti. Hahahaha.
Maafkanlah ye diriku ini.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : tu belakang tu Lee Kwang Soo punya nama samaran. kakakaka. :D


Thursday, January 15, 2015

Apa kata anda semua wahai Bloggers ?

Assalamualaikum & Hello.


Apa kata anda wahai bloggers bloggers yang banyak gila entry boleh update dalam satu hari tu ? Korang keje apa ? Hahahahaha. 

Aku agak macam terperanjat juga bila dapat komen macam ni. Dan komen tak kena pun dengan entry yang aku update. Hahaha ! Plus , aku update pun paling banyak 2 entry satu hari. Paling ciput 1 entry , ataupun yang paling tidak - langsunggggg tak update.

So sila teka pekerjaan aku ! Wakakakakaka.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : nampak nau ke aku macam takde keje ? Lalalalalala.


Wednesday, January 14, 2015

Khasiat Buah Delima / Pati Delima Gulsan

Assalamualaikum & Hello.


Buah Delima / Pati Delima

Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). 

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga sebagaimana firman Allah :

Maksudnya : Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar , manis masam rasanya.

Dalam banyak budaya , delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang cina misalnya menyajikannya sewaktu perkahwinan kerana di anggap lambang kesuburan , kemakmuran dan keturunan besar.

Dalam zaman Nabi Musa as , delima sudah ditanam di Palestin , Syria dan Lebanon. Rimmon , kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini , terkenal kerana pengeluaran delima atau rumman , sempena namanya.

Delima dipercayai berasal dari Iran , kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean , disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter , atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula , pokoknya malar segar. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Nama saintifik bagi delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.

Khasiat Buah Delima / Pati Delima

Menstabilkan Paras Kolestrol

Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
Tahap Antioksidan Yang Tinggi

Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
Melawan Penyakit Jantung

Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi flavonoids dan polyphenols yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

Merangsang Tenaga Batin

Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai natural viagra dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.
Menguatkan Sistem Pertahanan Badan

Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis

Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik : Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.
Menghalang Kemasukan Virus HIV-1 Dan Mocrobicide

Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.
Mengelakkan Kanser Kelenjar Prostat

Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
Melawan Kanser Payudara

Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
Merendahkan Tekanan Darah

Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia muda. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah , faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
Menguatkan Kesihatan Gigi

Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.
Mencegah Penyakit Alzheimer / Nyanyuk

Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.
Mengurangkan Batuk dan Asthma

Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi decitan pada pengidap asthma dan lelah.
Mengandungi Pelbagai Vitamin

Delima mengandungi potassium yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
Khasiat Delima Untuk Ibu Ibu Hamil

  • Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan morning sickness
  • Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan bayi )
  • Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih kuat sesuai dengan pergerakan bayi yang dikandung)
  • Menjadikan kulit bayi sihat , gebu dan cantik
  • Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur

Melindungi Otak Bayi

Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan , kebaikan jus delima adalah mengandungi potassium di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

Kepentingan Delima Untuk Wanita

  • Menegangkan payudara
  • Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
  • Mencerahkan kulit
  • Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
  • Membuang lemak berlebihan terutama di perut
  • Merapat dan mencegah kanser rahim
  • Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
  • Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
  • Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
  • Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse
  • Merawat keputihan dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj
  • Menghalang pembentukan sel barah payudara
  • Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)

sumber : Hannah Sytieh

Haaa nampak tak betapa banyaknya khasiat yang tubuh badan kita boleh dapat daripada sebiji buah delima ataupun dengan hanya memakan sesudu pati delima. Banyak kan. So , apa lagi rajin rajinkanlah diri makan buah delima ni. 

Macam aku , aku makan Pati Delima Gulsan je sebab macam takde masa nak cari buah delima. Hahaha. Tapi takpe , nanti nak kerah tenaga Wan pergi cari buah delima. Ekekeke. Pati Delima Gulsan ni pun aku rembat mama punya. Hahahaha. Siapa suruh buat hiasan. Daripada rosak macam tu je , baiklah anakanda mu ini yang rembat. Miahahahaha.



Kalau korang pergi window shopping - pergi dating - pergi cuci poket tu kalaulah ternampak sebotol Pati Delima Gulsan ni , pergilah beli. Bukan manfaat dan khasiatnya dapat dekat orang lain. Dapat dekat korang juga apa. Hehehehe. Harga pun mampu milik weh ! Kalau guna duit BR1M tu , berbondong bondong korang boleh beli. Miahahahaha.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : dapat message from MOH , ingatkan panggil interview. rupanya. T_T


Wordless Wednesday : Happy Birthday Ibu Mertuaku

Assalamualaikum & Hello.


Kepada orang yang tengah buat peace dekat sebelah aku tu ,

Selamat hari lahir Mama ! Semoga panjang umur , dimurahkan rezeki untuk belanja ktorg selalu. Eh. Hahaha. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan moga moga gembira selalu.

Happy birthday to you , 
Happy birthday to you ,
Happy birthday to Ibu Mertuaku ,
Happy birthday to you !!!


Thanks for your time , love ya people.


p.s : baru masuk kerja dah mengantok , kau dah kenapaaaaaaa.


Tuesday, January 13, 2015

Kebaikan Folic Acid / Asid Folik !

Assalamualaikum & Hello.

Bagi wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil memang akan mula mengambil folic asid sebagai langkah persediaan untuk hamil. Tetapi tahukah korang korang semua akan kepentingan folic asid ini ? Kalau tak tahu meh jemput baca entry ni sampai habis. Ilmu ni ilmu , gitu ! Yang baik kita kongsi , yang tak baik korang nak skip baca pun boleh. Miahahaha.



Inilah dia rupa tablet Folic Asid yang aku beli dekat Watsons haritu. Sepapan (10 biji) : RM 0.85. Actually ada je Folic Asid ni dijual dekat tempat lain dan yang lagi murah. Tapi disebabkan haritu Watson's je yang ada depan mata. So ,  aku sapu jela. Hehehehe.

Apa itu Folic Asid ?

Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa Folic Asid penting ?

  • Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
  • Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia). 
  • Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
  • Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi , antaranya : Sumbing Lelangit (Cleft Palate) , Kecacatan Pada Jantung (Congenital heart disease) , Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (Limb Reduction) dan Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (Urinary System).

Bila Folic Acid perlu diambil?

  • Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. 
  • Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. 

Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

Siapa yang memerlukan Folic Acid ?

  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki

Dos Folic Acid yang diperlukan ?

  • Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari
  • Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari

Sumber makanan yang mengandungi Folic Acid ?

  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Pentingkah Folic Acid untuk kesuburan lelaki dan wanita ?

Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum , akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum , pembentukan placenta dan ketika janin ditanam ke dalam rahim.

Sumber : Dr.Zubaidi

So , korang korang yang dah kahwin tu - yang tengah merancang untuk hamil tu why not korang start makan folic acid ni. Bukan untuk kebaikan orang lain , untuk kebaikan bersama. Gitu. Hehehe. Untuk yang tengah hamil tu pula , jangan gatal gatal skip makan folic acid. Sedap , tak sedap - telan juga ! Pesanan khidmat masyarakat ini khas daripada blogger picisan - Nadia Radzif. Lulz.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : sebenarnya aku takde idea nak update blog , aku share jela apa yang aku baca. ^^


Monday, January 12, 2015

Ketidakselesaan badan ketika hamil !

Assalamualaikum & Hello

Mana mana wanita yang suddah berumah tangga semestinya menunggu detik detik untuk mendapatkan uijan air kencing yang positif hamil. Tetapi , ramai yang tidak tahu tentang ketidakselesaan kepada badan korang apabila korang hamil.

So , nah aku kongsikan dengan korang contoh perubahan badan , ketidakselesaan badan yang biasa timbul ketika hamil , puncanya serta apa yang korang boleh korang lakukan untuk menangani masalah ketidakselesaan ketika hamil yang aku baca sebelum ini. Bukan untuk korang je , tapi untuk aku sekali. Sharing is caring kata orang. Hehehehe.

Sakit belakang

  • Berlaku pada bulan-bulan terkemudian.
  • Hormon-hormon kehamilan mengendurkan ligamen sebagai persediaan untuk kelahiran. Ini menjadikan pelvik tidak stabil dan sakit. Lagipun, uterus yang berat mengubah pusat gravity anda, membuatkan badan anda menyendeng ke belakang dan dengan itu otot belakang anda terpaksa bertindak menahan lebih kuat daripada biasa.
  • Pakailah kasut bertumit rendah. Jangan angkat barang yang berat dan jaga postur anda.


Sembelit

  • Berlaku pada bulan-bulan terkemudian.
  • Progesteron melambatkan fungsi usus. Pengambilan suplemen zat besi turut menyumbang kepada sembelit.
  • Ambillah diet tinggi-serat dalam roti bijian penuh, bran, buah-buahan dan sayur. Minum banyak air dan bersenamlah lebih sedikit.


Pening kepala

  • Berlaku pada bulan-bulan awal dan akhir.
  • Disebabkan tekanan darah rendah akibat pembuluh darah yang mengendur dan tahap rendah zat besi.
  • Ambillah suplemen zat besi. Jangan pakai pakaian ketat dan jangan berdiri terlalu lama. Elakkan daripada keadaan yang panas dan bilik yang pengap.
  • Keinginan dan rasa mual terhadap makanan
  • Boleh berlaku pada mana-mana waktu sewaktu hamil.
  • Hormon memberi kesan kepada deria rasa di lidah.
  • Sentiasa pastikan diet tetap seimbang, tak kira betapa kuatnya keinginan atau rasa mual anda terhadap mana-mana makanan. Pilih hidangan yang kecil-kecil. Alihkan minda anda daripada memikirkan tentang makanan dengan melakukan aktiviti seperti berjalan atau membaca. Jika keinginan timbul terhadap perkara yang pelik-pelik, contohnya mengidam untuk makan tanah, maklumkan kepada doktor.


Kerap kencing

  • Berlaku pada bulan-bulan awal dan akhir.
  • Disebabkan perubahan hormon dan tekanan uterus pada pundi kencing.
  • Elakkan daripada berdiri terlalu lama. Jika anda merasakan sakit perit, beritahu doktor.


Pedih hulu hati atau senak

  • Biasanya berlaku pada bulan-bulan terkemudian.
  • Progesteron dan uterus yang telah membesar menyempitkan perut, yang akibatnya asid gaster tertolak ke atas.
  • Jagalah diet anda dengan mengambil makanan yang sedikit dengan kerap, serta minumlah banyak susu. Elakkan makanan berempah. Tatkala berbaring di atas katil, tinggikan bahagian atas badan anda bagi mengelak asid daripada naik ke dada. Ambil antasid sekiranya perlu.


Gatal

  • Dirasa pada mana-mana peringkat kehamilan.
  • Mungkin disebabkan masalah perubatan seperti jangkitan kandida, trichomoniasis dan diabetes. Kurang penjagaan kebersihan juga boleh mengakibatkan gatal.
  • Maklumkan kepada doktor anda untuk memastikan penyebabnya bukan masalah perubatan.  Mandi dengan air dingin dan pakai pakaian daripada kain kapas. Jaga kebersihan.


Kejang kaki

  • Timbul pada bulan-bulan akhir.
  • Boleh disebabkan tekanan pada pembuluh darah atau pengambilan banyak kalsium oleh bayi.
  • Lenturkan jari-jari kaki ke atas dan urut perlahan-lahan pada otot yang terlibat.


Rasa mual di pagi hari (Morning sickness)

  • Berlaku pada bulan-bulan awal.
  • Akibat tindak balas badan anda kepada hormon.
  • Jaga diet anda dan makan sedikit-sedikit dengan kerap. Anda juga boleh cuba makan makanan yang ringkas, seperti biskut kering atau roti bakar pada waktu pagi, sebelum memulakan hari anda. Jika keadaan bertambah buruk, beritahu doktor anda.


Buasir

  • Terjadi pada bulan-bulan terkemudian.
  • Berat badan hamil dan sembelit meningkatkan tekanan pada rektum.
  • Ambillah langkah untuk mencegah sembelit. Gunakan krim atau supositori preskripsi. Sedikit ais dibalut dengan kain lembut jika diletakkan di bahagian yang terlibat boleh mengurangkan sakit dan bengkak.


Masalah tidur

  • Berlaku pada bulan-bulan awal dan akhir.
  • Penyebabnya banyak, termasuk rasa risau, gatal, kejang, pedih hulu hati, kerap kencing dan pergerakan bayi.
  • Tenangkan diri dengan teknik-teknik menghilangkan stres atau minum susu suam. Anda juga boleh berbincang dengan pasangan anda tentang kerisauan anda.


Inkontinens urin

  • Timbul pada bulan-bulan terkemudian.
  • Disebabkan tekanan uterus pada pundi kencing.
  • Pakailah pelapik pelindung dan lakukan senaman lantai pelvik.
  • Bengkak pada tangan dan kaki atau edema
  • Biasanya berlaku pada bulan-bulan terkemudian.
  • Akibat retensi cecair disebabkan hormon. Mungkin juga disebabkan masalah perubatan seperti praeklamsia.
  • Rehat di atas katil dengan meninggikan kaki anda. Jangan pakai pakaian yang ketat dan pakailah kasut yang selesa.


Lelehan vagina

  • Boleh berlaku pada mana-mana peringkat kehamilan, dan bertambah banyak pada peringkat terkemudian.
  • Disebabkan sekresi yang bertambah banyak daripada dinding uterus dan serviks.
  • Jaga kebersihan diri anda. Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kain kapas. Elakkan daripada memakai pakaian dalam dan seluar yang ketat. Jangan gunakan sabun untuk mencuci bahagian kemaluan. Lelehan boleh jadi disebabkan jangkitan yis, dengan itu rujuklah kepada doktor anda.


Vena varikos

  • Muncul pada bulan-bulan pertengahan hingga hujung.
  • Progesteron mengendurkan pembuluh darah yang mungkin menyebabkan vena menjadi berpecah-pecah. Tambahan pula, uterus yang telah membesar memberi tekanan pada pembuluh darah dan ini membawa kesan rumit yang menular ke vena kaki.
  • Elakkan daripada berdiri lama-lama. Tinggikan kedudukan kaki ketika duduk. Pakai stoking panjang khas yang membantu dalam keadaan ini.


sumber : Mama Baby World


Thanks for your time , love ya people.


p.s : bila baca artikel ni , teringat dekat mama. macam manalah dia mengandungkan aku dulu. sobsss.


Solemnization & Reception of Wan & Yaya

Assalamualaikum & Hello.

Okay lambat bersiaran harini gara gara malas yang melampaui batasan. Serious malas gila ni. Hish. Tapi mengenangkan alexa tu , aku tulis juga sikit. Hahahaha. Apa nak jadi tah dengan budak ni , kemain malas harini. Nak tepek watermark pun malas - melampau. T_T

10 January 2015 - Solemnization

This is our first solemnization to attend untuk tahun 2015. First solemnization yang buat ktorg back to tempat ktorg dinikahkan beberapa bulan yang lepas which is dekat Masjid Besi Putrajaya. Gila mengenang kembali hoii. On the way pergi masjid haritu pun - aku neves. Hiks.


Neves tak neves la kan sebab boleh selfie , ehek!

Dan around 11 lebih , majlis pun bermula. Serious teringat balik betapa nevesnya aku masa duduk dekat atas bantal nikah tu. Rasa macam nak terkeluar jantung weh. Masa tengok dorang nikah haritu , aku yang sakan menyengih. Kau dah kenapaaaaaa Nadia.



Dan dengan sekali lafaz , sahlah dorang menjadi suami isteri. Alhamdulillah.


Jyeah ! Cium dahi satu kali , hahahaha. 

Masa aku haritu , takde cium cium dahi. Ayah tak kasi. Hehehe. Ai pun malu. Lol !


Antara geng geng dorang yang dapat datang masa akad nikah haritu. And yes , aku sorang je perempuan. Takde geng. Hahahaha. Sebab Rina tak dapat datang - Eshat keje. Sarah pun takde sebab pergi Bandung. Maka , ahkak membawa diri bersamaaaaaa tetttttt ! Tetttt sangat , aku kesudahannya berkepit jela dengan laki sendiri. Lulz.


11 January 2015 - Reception

Bagi aku senang buat majlis macam ni. Semalam nikah , esoknya kenduri. Senang. Penat pun sekali je. Lagi pula bila kenduri tu combine belah lelaki dan belah perempuan. Kurang penat , esoknya dah boleh rehat rehat. Macam aku haritu , perghh ! Sampai dah takde mood sebenarnya nak bersanding bertandang bagai. Gap jauh jauh. Sobssss.


Kalau ada kenduri kawan kawan Wan - kawan kawan Eshat. Maka ktorg berdua pun ada small gathering.


Selamat datang Yaya ke Persatuan Bini Bini Duduk Tepi Court Futsal. Wakakakaka !


Pengantin lama yang masih tak jemu nak tumpang pelamin orang. Miahahaha.


Last but not least , geng Putrajaya.
Aku perati gambar ni bukan main ramai lagi yang tido termasuk laki aku sendiri ! Hahahaha.


Selamat Pengantin Baru Wan & Yaya !!


Thanks for your time , love ya people.


p.s : baju tunang muat lagi weh , gilalah ! hahahaha. padahal. T_T


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah