Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, February 27, 2015

Don't forget to say Alhamdulillah !

Assalamualaikum & Hello.



Alhamdulillah !


Thanks for your time , love ya people.


p.s : entry panjang tergendala sebab smartphone tinggal kat rumah. tahniah.

Wednesday, February 25, 2015

Food Review : Aji Mentarang Bakar , Sekinchan

Assalamualaikum & Hello.

Selepas mengalas perut dengan karipap gergasi berinti daging , akhirnya ktorg sekeluarga pun selamat sampai dekat Sekinchan. Dan sebenarnya , sebelum pergi Sekinchan ni lagi aku dah tahu betapa popularnya Mentarang dekat Sekinchan. Pendek kata , memang bersepah kau nampak orang jual Mentarang dekat tepi jalan.

Dan untuk mengelakkan aku kempunan di kemudian hari , marilah kita mulakan operasi bodek ayah.


Actually plan asal nak pergi try Mentarang Bakar Faridah tapi serious ramai orang. Ayah pula sama macam aku bukan pesen gigih menunggu. Hahaha. So , kita lintas jalan pergi Aji Mentarang Bakar. 




Memang daripada keadaan gerai Aji Mentarang Bakar ni nampak sendu. Tapi don't judge a book by its cover okay. Asam Pedas Ikan Sembilang dia sodap oii. Terngiang ngiang lagi kat tekak aku kepedasan dan kemasaman asam pedas tu. Pergh. Plus , bila kita order baru tukang masak tu masak. 





Mentarang

Mentarang bakar dekat Aji Mentarang Bakar ni dibakar menggunakan sabut kelapa. Mentarang ni hidup dekat dalam lumpur. Dan mentarang ni memang dorang tangkap hidup hidup , kalau da tak hidup tu tak boleh makan. Bak kata orang yang bakar mentarang tu la , aku ulang taip je dekat blog. Hahahaha.


Sedap ke tak ?


Bagi aku sedap , lebih kurang macam kau makan kupang campur pepahat. Hahaha. Aku tak reti nak explain tapi for sure kalau orang yang tak suka makan kerang , kupang yang lembik lembik tu dinasihatkan jangan makanlah ye. Membazir je , mentarang ni sekilo pun boleh dapat berapa ketul je. Macam ktorg haritu , ktorg beli 1/2kg je sebab ayah bukan boleh makan - gout. Ehek.


Remis 

Tapi ayah tak order pun , plus remis macam dah biasa je dengar. Hahahaha.


Berani berani takut namanyaaaaa ! Hahahaha.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : siapa pernah makan mentarang ?


Wordless Wednesday : Geram !!!

Assalamualaikum & Hello.


Aku tumbuk muka kau kangggggg !!! 


Thanks for your time , love ya people.


p.s : esok cuti , lusa kerja. pffttt !


Tuesday, February 24, 2015

Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman.

Salam Buku!

Eh, ada ke Salam Buku..? Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman ni Sally adakan sempena dengan kehadiran entri Vintage Book Marker yang Sally pernah tulis beberapa minggu yang lepas dan sebagai pendorong supaya anda semua rajin membaca macam Sally (ihikkss), Sally nak bagi Vintage Book Marker ni kepada mereka yang bertuah.

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2015/02/vintage-book-marker-giveaway-by-sally.html


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Tangan Ajaib Sally (manual) untuk pilih 6 orang blogger (3 Vintage Book Mark + 3 Regular Book Mark)...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 23rd February - 28th February 2015 (11.59 pm waktu Malaysia) 
(Jika anda tiada mana-mana medium sosial media diatas, anda masih lagi boleh menyertainya)

Vintage Book Mark
Regular Book Mark
Thanks for your time , love ya people.


p.s : kakak ! i want this kalau tak , taknak bawa makan makan dah (ugut). hahahahaa.


Food Review : Karipap Gergasi , Taman Belibis Bukit Rotan

Assalamualaikum & Hello.

Sempena Chinese New Year haritu , family besar Mama as usual la buat family gathering. Dan kali ni location yang dipilih ialah Sekinchan. Nak dijadikan cerita , perjalanan ktorg nak sampai Sekinchan tu terasa sangatlah lama hoi. Mau taknya , jalan jem macam apa. Tu yang sampai boleh ternampak gerai jual Karipap Gergasi. Ekekekeke.


Karipap Gergasi ni ada 2 gerai - satu berdekatan dengan Cendol Bakar dan satu lagi dekat depan taman perumahan. Tapi ktorg tak pergi yang dekat Cendol Bakar since gerai tu located on our right. Nak pusing pun satu hal lagi kang. So , ktorg pilih untuk stop dekat gerai yang berdepan taman perumahan.



Siap masuk JJCM lagi okay ! Nampak tak betapa gedabaknya karipap tu ? Memang layaklah nama dia Karipap Gergasi. Selain ada jual karipap gergasi , ada juga jual jelly kelapa. Masa aku sampai tu pun orang dah queue. Campur dengan aku , lagi panjanglah queue lepas tu. 



Karipap Gergasi - RM 3.50

Bagi aku sama je macam karipap biasa , bezanya yang ni sebiji makan dua orang. Kalau makan sorang , memang tak lalu weh. Hahahaha. Ada dua jenis inti - Daging & Ayam. Inti karipap dia sedap !! Tak tipu. 

Tips : tolong sejukkan karipap dulu sebelum mencekik , aku sempat menggelupur inti panas dalam mulut.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : agak panjang entry harini , eh ! hahahaha.


Monday, February 23, 2015

Lirik Lagu : Siti Nurhaliza - Terbaik Bagimu

Assalamualaikum & Hello.

Siti Nurhaliza – Terbaik Bagimu

Rasaku kamu ada
Di setiap sedih juga senangku
Rasanya kamu sudah
Menjadi bintang terang hidupku

* Chorus :

Masih kurang rasaku
Mencintai hatimu
Ingin aku jadi terbaik bagimu

Masih kurangkah aku
Menyayangi hatimu
Mahu aku mengganti setiap
Sukar mu dengan tenang

Rasaku kamu ada
Di saat senyum juga tangisku
Rasanya kamu sudah jadi yang
Terbaik bagi aku

* Ulang Chorus

Masih kurangkah aku
Menyayangi hatimu
Mahu aku mengganti setiap
Sukar mu

* Ulang Chorus


Entah kenapa lagu ni pula yang aku repeat dengar dari semalam. Hurm.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : semoga aku menjadi yang terbaik bagimu , gitu.


Wednesday, February 18, 2015

Nurul Hidayah & Megat Indera Putera Shah Wedding

Assalamualaikum & Hello.

Hampir seminggu dah budak 2 orang ni jadi husband and wife , baru harini aku nak cerita pasal dorang. Hahahaha. Gila lembab kau ni Nadia. Ekekeke. Eh. Mujur aku tak tunggu sampai si Dayah tu bunting pelamin okay. Hahahaha.

Date : 14 February 2015
Location : Dewan Banquet MBSA

Actually Dayah ni aku kenal masa sama sama belajar dan ponteng kelas dekat UiTM Seri Iskandar. Throwback 8 tahun lepas. Pergh gila tua. Hahahaha. Dayah ni la partner in crime aku selain daripada Piqa (baju kurung merah). Dan bila trio ni bergabung selalunya memang meletop. Wakakakaka.

Dan Megat ni pula aku kenal daripada zaman sekolah. Hahahaha. Macam mana pula Dayah kenal Megat dan Megat kenal Dayah ? Dah tentulah sebab UiTM dihatiku. Lol. Relationship dorang ni sikit lagi nak masuk slot sinetron tahu tak , sabar jela aku. Tapi. Alhamdulillah. Jodoh dorang dua ni kuat. Kahwin pun akhirnya. Legaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Phew.



Yang best bila attend wedding ni ialah bila dapat jumpa kawan kawan lama. Lol. Macam lama sangat aku tak jumpa si Husna tu , memang lama sangat tak jumpa Husna tu. Hahahaha. By the way , yang baju kurung merah ni la Piqa. Dia la yang selalu menyamar jadi lelaki time ktorg keluar bertiga. Hahahaha.


Nah muka budak budak sekolah aku. Budak budak kelas aku to be exact. Dulu masing masing perangai memang mengucap cikgu masing masing. Kalau tak kena sumpah seranah tu macam tak sah. Now semua dah besar , dah nak tunang nak kahwin dah pun masing masing. Lepas ni beranak pinak pula sorang sorang. Perghh. Masa berlalu dengan pantas.




Dan dah tentulah aku datang wedding dengan my other half , nak harap aku bawa kereta ? Start enjin jela yang aku reti. Hahahahaha. Tu pun mengigil tangan takut kereta tak start. Ngok. Padahal time ni Wan sepatutnya kerja , tapi biasalah kuasa si isteri ialah membodek suami untuk ambil cuti. My bestfriend kahwin kottttt.


Aku nak selfie dengan bini kau jela Megat oiii. Aku taknak kau masuk dalam gambar. Eeeee. Tak faham faham. Hahahaha. Lepas tu boleh pula cakap 'Sorry , aku masuk dalam gambar'. Eh kau ni. Mujur kau tu pengantin tahu , kalau tak ? Macam biasalah. Gadoh.


Okay selfie tanpa gangguan entiti. Hahaha. Puas hati aku.


Dear Dayah , pergh ! Gila betullah. Rasa macam tak boleh terima pula kau dah jadi bini orang. Rasa macam kau tu budak budak lagi. Rasa macam kau tu very naive lagi weh. Macam tak sesuai je nak jadi bini orang lagi. Kakakakaka. Moga moga jadi isteri yang solehah , dengar cakap suami , pergi masak sedap sedap , jangan bangun tengahari , jangan nak whatsapp aku 24 jam ajak gosip. Muahahahaa. Weh serious rindu nak gossip. Lol ! Moga bahagia hingga ke Jannah.

Dear Megat , kau jaga jela kawan aku ni elok elok. Ni bukan macam kapel eh , boleh putus boleh sambuing. Kau buat hal , matiklah kau aku kerjakan. Hahahaha. Semoga bahagia selalu. Ameen.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : aku tengah tunggu turn Piqa pula ni , lepas tu group trio - expired.

Wordless Wednesday : Gong Xi Fa Cai , Angpow Lai Lai

Assalamualaikum & Hello.


Bayang angpow pun tak nampak lagi ni , hurm.


GONG XI FA CAI !!!


Thanks for your time , love ya people.


p.s : aku tahun ular , korang tahun apa ?

Tuesday, February 17, 2015

Perihal seorang manusia bernama Wanita , ^^

Assalamualaikum & Hello.


Sesungguhnya hati seorang manusia bernama wanita ni , rapuh. Tak gitu ?


Thanks for your time , love ya people.


p.s : aku taula bukan wordless wednesday , tapi takde mood. hahaha.


Monday, February 16, 2015

2 Saluran Baru Astro Untuk Si Penggila Korea - Oh!K HD & Channel M HD

Assalamualaikum & Hello.

Untuk penggila penggila Korea macam aku - macam aku - macam aku dan aku lagi. Ahaks. Ada good news untuk golongan golongan macam kita ni , which is Astro telah memperkenalkan dua lagi saluran baru untuk penggila Korea. Iaitu saluran Oh!K HD dan Channel M HD.


Bermula daripada 16 February hingga 28 February , kesemua pelanggan yang mengambil pakej Beyond boleh menikmati pratonton saluran ini secara percuma. OMG !! Okaylah balik ni juga aku nak try tengok saluran ni. Kalau takde , esok juga aku bakar Astro tu. Wakakakaka !

Oh dan seperti biasa , bila Astro dah kenalkan saluran baru ni. Mestilah akan ada juga bayaran pakej baru untuk terus menikmati Korean pack tersebut. Dan untuk Korean Pack ini akan dicaj RM 10 sebulan. 

Maka dengan itu , malam ni juga aku nak sign agreement dengan Wan yang aku akan bayar RM 10 sebulan demi saluran Korean Pack ni. Hahahahaha. Asalkan aku boleh tengok oppa , namja yang flawless tu. Ekeke. Minta minta Wan agree dengan cadangan aku ni , kalau tak aku suruh dia potong pakej sports tu pula. Harharhar. 


Thanks for your time , love ya people.


p.s : demimu Korea , hahahaha aku cubalah pejam mata untuk RM 10 tu. Ekekeke.


Friday, February 13, 2015

Skin Food ? Makanan untuk kulit.

Assalamualaikum & Hello.

Selain daripada gilakan drama Korea , gilakan chopstick dan sudu Korea , gilakan pelakon dan penyanyi Korea. Aku juga seorang yang gilakan bahasa Korea. Kalau boleh nak cakap bahasa Korea je kat rumah. Ko mampu. Hahahaha. Ok tipu.


Aku juga adalah seorang yang gilakan barangan kecantikan daripada Korea. 


Kenapa ? Kenapa ? Kenapa mesti Korea ?


1. Sebab comel
2. Sebab comel
3. Sebab comel
4. Sebab ambassador yang comel


Lol !


Actually banyak gila kot produk kecantikan yang berasal daripada Korea. Daripada Skin FoodNature Republic , Innisfree , Etude House , Face Shop dan sebagainya. Sampaikan memang korang takkan tahu brand mana satu yang best , brand mana satu yang elok. 

Produk kecantikan daripada Korea ni pun dah mula mendapat sambutan dalam Malaysia ni. Terutama golongan golongan mudah terpengaruh macam aku. Ekekeke. So , tak payahlah aku risau nak ke Korea semata mata nak membeli produk kecantikan. Tapi itulah. Kalau beli dekat dalam Malaysia ni , poket memang wajib tebal la. Mihmihmih.


Kulit pun ada makanan tahu , korang ingat korang je reti makan ?


Dalam banyak banyak brand barangan kecantikan Korea yang berada di pasaran sekarang ni. Brand Skin Food ni je yang macam berjaya menambat hati aku selepas aku google sana sini. Brand ni pun aku dapat recommendation daripada pakar Korea - Sally. Hahahahaha. 



Selepas juling juling biji mata aku membaca setiap description product dekat website Skin Food. Akhirnya aku memutuskan untuk beli product yang berasaskan Avocado. Hehehe. Tak dapat nak makan avocado original , aku nak beli skin care Avocado. Kakakakaka.


Yang lagi membuatkan aku rasa nak beli product Skin Food dengan lebih cepat adalah kerana



Kau ghase ?

Semua salah cerita Pinocchio , semua salah cerita Doctor Stranger. Tetiba.



Thanks for your time , love ya people.


p.s : ada sesiapa nak ke Korea , mehla kasi aku kirim Skin Food ni. pleaseeee. ehek.


Thursday, February 12, 2015

Khamis Yang Malas - Quote Laki Bini !

Assalamualaikum & Hello.


Lets grow old together husband , love !


Thanks for your time , love ya people.


p.s : hari hari pun mood wordless , hang pasaipa. hahaha.

Wednesday, February 11, 2015

Wordless Wednesday : Nah ! Pergi tikam nombor. Eh.

Assalamualaikum & Hello.


Ala pecah pula gambar ! Hahaha.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : kalau nombor korang kena tu , kita cutting dua eh. kakakakaka.


Friday, February 6, 2015

D'Laila Claypot , MMA Santai Corner Nilai

Assalamualaikum & Hello.

Last year aku sempat pergi makan Mee Ketam dekat D'Laila Mee Udang. Now , dah ada penambahan menu pula bila owner D'Laila buka satu lagi stall yang jual Asam Pedas , Lemak Cili Api , Asam Tempoyak dan juga Kari.

So , apa lagi kita kasi serbu la masa cuti haritu.


Nasi Putih & Ikan Merah Asam Tempoyak : RM 19

Pedas menyengat habaq hang ! Menitik nitik peluh jantan aku masa menjamu selera , bengkak bengkak bibir. Tapi sedap. Puas hati aku bila dapat makan pedas pedas - masam masam macam ni. Fuhh ! Next time aku rasa nak pergi try Asam Pedas dia pula. Kita tengok sejauh mana terjuih bibir aku nanti.


D’LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Contact : 017-2253337

Thanks for your time , love ya people.


p.s : nak order telur ikan masak asam tempoyak tapi amek ikan merah , kau dah kenapaaa nadia.


Thursday, February 5, 2015

Upppsss , terlambat sudah - Happy 3rd Anniversary !

Assalamualaikum & Hello.

1st February 2015

Bayangkanlah dengan perasaan yang malas gila nak menaip semenjak dua menjak ni. Sampaikan nak update entry pasal 3rd anniversary pun dah terlambat gila. Nak wish pun dah basi tahap susu basi berbuih buih. Hahahaha. Sabar jela. Oh ini 3rd anniversary in a relationship la. Bukan 3rd anniversary kawen , kita kan baru kawen. Ehek.


Tapi tahun ni punya anniversary celebration dekat - Emergency Department Hospital Ampang. Hahaha. Semua gara gara Wan yang kena ambil darah hari hari dekat sana. Huish. Nak buat macam mana , nyamuk suka gigit dia. Tak pasal pasal jadi suspect denggi. Tsskkk. Memang cuti panjang aku haritu habis dekat hospital dan tengok laki sendiri tak sihat je. Kesian.

Alhamdulillah now Wan dah kembali normal. Itu pun setelah aku paksa dia telan berbotol botol 100 plus - Mama masakkan dia Sup Ketam - aku paksa telan supplement Shaklee (Vitalea , Vitamin C & ESP) bagi naik platelet balik. Fuh ! Akhirnya kebah pun demam dia. Dan barulah boleh nak layan kerenah aku pula. Heheheheee.


Happy Anniversary Boyfriend Halal.
May our marriage lasts forever until Jannah inshaAllah.
Semoga dapat anak anak yang comel - cerdik - pandai setiap tahun. Lol !
Semoga sentiasa gembira , tersenyum , tersengih dengan adanya isteri yang separa mental ini. Hiks.
Semoga apa lagi ? Semoga cepat kaya. Boleh kita pergi Korea. Wakakakaka.
I love you to the moon and back , always love you husband.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : ini je panjang entry yang mampu aku taip. hahahaha. mujur taip juga.

Wednesday, February 4, 2015

GiveAway L'Oreal Paris by Ayue Idris


Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


instagram id : Nuriesyanadia


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah