Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, March 27, 2015

Mr Os Meninggal , Ini Semua Khabar Angin !!!

Assalamualaikum & Hello.


Kau faham tak perasaan kau mamai bangun tido dan terbaca post daripada kawan baik kau yang mengatakan ada khabar angin mengenai pemergian ayahandanya. Kau faham tak perasaan terkejut aku , perasaan terperanjat aku dan terkilan aku dengan khabar angin tu  ?

Aku yang setiap hari without fail tanya Una tentang kesihatan abah dia sangat sangat tak sangka dengan khabar angin yang orang gatal tangan ni buat. Soal hidup mati bukan soal main main , tapi boleh dorang permainkan hidup mati ayah kepada besfriend aku ? What !! Dah lama hidup ye. 

Mentang mentanglah ayah Una ni artis , laju jela korang buat cerita orang tu dah takde. Sama macam kes artis artis yang sebelum ni. Sebab apa family Una taknak bagitahu pasal masalah kesihatan abah dekat wartawan ataupun orang luar ? Haaa untuk elak daripada benda benda macam ni jadilah. Sekarang ni bukan perlukan lesen nak tulis apa apa. Tulis - post - viral. Semudah ABC. 

Tapi yang nak kena melalui setiap detik itu ? Family ! Alhamdulillah family Una semua kuat kuat orangnya. Abah tu sendiri pun positive orangnya , tapi bila jadi macam ni. Tak kesian ke ? Daripada elok abah tu nak rehat , nak elakkan sebarang soal jawab terus tak memasal kena menjawab semua. Tolonglah ada hati dan perasaan sikit.

Apa pun sebagai orang yang terapat dengan Una. Aku harap family dia akan terus kuat untuk menghadapi semua ni. Biarlah orang buat kita , jangan kita buat orang. Aku akan ada always dengan kau kakak. Macam biasa. Apa apa kau just let me know ! Nak aku tumbuk dorang pun boleh. Hahahahaha. Love you !

Semoga Mr Os diberi kesihatan yang baik dan semoga Mr Os cepat sembuh. 

Amiinn Ya Rab Bal Alamin.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : kau suka kalau aku suka hati kata mak apak ko dah mati ? tak kan ? 


Wednesday, March 25, 2015

Wordless Wednesday : Jealousy !

Assalamualaikum & Hello.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : abnormal feelings !


Tuesday, March 24, 2015

Makan Besar Di Senandung Malam , Bagan Lalang

Assalamualaikum & Hello.

Sabtu lepas seperti biasalah kalau dah duduk dalam KL ni mesti ada agenda dengan keluarga besar sebelah mama. Aktiviti yang menjadi pilihan kali ni - makan makan. Hahahaha. Maka dengan itu korang janganlah pelik kenapa aku suka makan. Dah memang darah keturunan aku semua kaki makan. Ekekeke.

Tempat yang menjadi pilihan kali ni - Senandung Malam , Bagan Lalang. Sebab nak ke Aroma Ikan Bakar dekat Jeram tu macam jauh sangat. Nak ke Muara Ikan Bakar dekat Klang pun macam jauh juga and dah banyak kali pergi sana dari kecil. So , kita buka cawangan ke Bagan Lalang pula. 



Memandangkan ktorg ramai , so sehari sebelum pergi lagi ktorg dah buat reservation. Just menu nak makan apa je yang ktorg order on the day. Itu pun cousin aku datang awal untuk order , kalau lambat ? Berjanggut berjambanglah nak tunggu. Biasalah weekend kan , orang ramai tak payah ceritalah. Huhu.






Dorang sampai awal syoklah makan dulu. Aku sampai lambat sebab Wan kerja padahal kalau ikutkan ktorg la yang paling dekat dengan Bagan Lalang. Yelah sebab ktorg dekat Putrajaya je pun. Hahahaha. Lepas Wan balik kerja baru ktorg gerak pergi Bagan Lalang. Tengok tengok dorang sedang elok mencekik , yang tengah berasap pun ada. Sentap. Ekekekeke.


Tapi yang seronoknya datang lambat ni bila semua makanan yang tak laku dah semua dorang passing dekat ktorg. Wakakakaka ! Melambak lauk pauk dekat atas meja aku. Meriah. Makanlah kau sampai keras perut. Ekekeke. Ayah pula siap simpankan siakap stim untuk anak perempuan dia ni. Orang lain sikit pun takleh usik. Sorry. Wakakakaka.

Total Damage : RM 800++ 

Bagi aku murah sebab ktorg makan pun ramai gila. Ada dalam 50 orang kot , so worth every penny. Next time nak ajak ayah datang lagi. Sebab haritu tak sempat nak rasa ikan bakar dia , laju benor dorang makan. Pffttt. Next time nak order Ketam ! Hahahaha. Wait and see. Amboi.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : aku rasa aku nampak gemok dalam gambar atas ni , ke perasaan je ?


Monday, March 23, 2015

NadiaWanJalanJalan : Pantai Balok , Kuantan

Assalamualaikum & Hello.

Asal balik Kuantan je mesti time sepupu sepapat aku kahwin , nak tunggu balik Kuantan tanpa kenduri kahwin ni entah bilalah gamaknya. Hahahaha. Dan setiap kali balik Kuantan je , mesti mood jakun nak pergi pantai tu sentiasa membuak buak. Mihmihmih.

Dan kali ni memandangkan ktorg stay dekat De Rhu Beach Resort , memang belakang hotel tu je pantai. Memang kalau tak dapat juga pergi pantai - memang - memang - memang aku mogok. Ehek. Gila apa pantai belakang hotel je pastu tak dapat pergi. Memang cari nahas. Muahahaha.

Maka dengan itu , lepas selesai makan kenduri ktorg pun check in. Lelap dalam sejam lepas tu terus turun pergi pantai. Hahaha. Takut esok pagi tak sempat nak jalan jalan pantai. So , kena puaskan hati aku dulu baru boleh gerak ke tempat lain. Lalalala.



Selfie selfie sikit lepas tu gerak cari makan. Wakakakaka ! Aku kalau bangun tido je memang kalau boleh kena ada hidangan makanan depan mata. Lol. Bak kata ayah 'Asal buka mata je - makan'. Yelah , mana ada orang makan sambil tutup mata keeennn. Ekekekee.

Esok paginya , seawal morning lagi dah bangun nak pergi pantai. Pantai punya pasal , kugagahi juga mandi and bangun pagi pagi. Kononnya nak tengok matahari terbit. Fefeeling sangat nak tengok matahari terbit kan. Nak tengok matahari terbenam semalamnya tak sempat pula sebab meroyan pergi cari Mango Cheesecake Lila Wadi.



Matahari terbit. Air laut pun surut lagi time ni , bolehlah takat nak rendam rendam kaki dalam air. Nak mandi laut pula malas. Hahahaha. Aku sangatlah tak kuasa nak tukar tukar baju , rimas rimas. So , rendam kaki je cukup. Tak payah lebih lebih. Ekekeke.



Masa sedap layan perasaan tengok matahari terbit , tetiba nampak a few orang lelaki duk tarik jaring ni dari dalam laut. Jaring ke pukat ? Lantak ! Hahahahaha. Mula mula ingatkan takde ikan , sekali wahhhh ada ikan - udang. Eksaited tengok. Muahahaha. Padahal masa kecik dulu lagi aku dah tengok benda macam ni. Tapi biasalah , ada laki kat sebelah mestilah cam over sikit. Wakakakaka. :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : gambar hotel semua takde , malas nak snap.


Friday, March 20, 2015

Kenapa tak pergi event dah sekarang ?

Assalamualaikum & Hello.

Haritu ada sekali Halim Brothers PM aku dekat Facebook , dia tanya aku kenapa tak pergi event dah ? Rindu la tu kan nak tengok muka aku and nak dengar mulut aku memekak dekat event event yang Hai Blogger anjurkan tu. Miahahaha. 


Kenapa ?


Kenapa aku tak pergi event dah ?


Bukan sebab aku retire - bukan sebab aku dah bosan - bukan sebab aku taknak jumpa Halim. Hahahaha. Tapi memang tahun ni aku banyak tolak event. Hahahaha. Rasanya tahun ni satu event pun aku tak attend lagi. Melampau. Dah rasa famous sangatlah tu kan sampai tolak tolak event. Miahahaha.


Bukan 


Bukan 


Bukan itu sebabnya. Sebetul betulnya sekarang ni , masa yang menjadi punca kepada setiap pergerakan aku yang terbatas. Kalau dulu pergi event time time bujang trang tang tang. Sekarang ni , dah ada laki oi mestilah nak duduk celah ketiak laki je. Mihmihmih.

Kawan kawan aku pun tahun ni nampak sangat dah gatal sorang demi sorang. Sibuk masing masing nak kahwin keeennn. Hahahaha. Event yang weekend memang selalulah aku reject sebab kawan kawan aku kahwin - kawan kawan Wan kahwin. Belum campur dengan family gathering lagi. Pergh. Cukup pack. Campur dengan malas lagi. Meriah.

Event yang weekdays pun kena tolak juga , sebab yelah hari kerja kot. Sayang annual leave satu hal lagi. Hahahaha. Almaklumlah dah kahwin ni , kang tetiba terbuncit - nak kena simpan cuti beranak sikit walaupun maternity leave ada. Tapi mana nak cukup , tak gitu ? Mihmihmih. So , itulah dia antara punca punca kenapa aku dah tak pergi event sekarang ni. Sobsss.


Rindu ?


Rindu ?


Tipulah kalau aku cakap aku tak rindu nak pergi event. Tipu. Tipu. Tipu. Kadang kadang sampai rasa nak kerat tigabelas je badan ni. So , semua event aku boleh sapu bersih. Gitu. Hahahaha. Tapi apakan daya , aku hanya manusia biasa. Yang ada banyak komitmen lain , yang ada banyak kepentingan lain. Maafkanlah aku ye andai kata korang invite aku pergi event tapi aku tak dapat nak attend. Sorry !!! Sobsobsob.

Aku insan yang lemah , hanya mampu berserah. Tetiba. Kahkahkah.









RINDU !!!


Thanks for your time , love ya people.


p.s : siapa rasa muka dia dalam gambar , sila say hi ! hahahaha. :D


Ayat Kursi & Ayat 1000 Dinar

Assalamualaikum & Hello.

AYAT KURSI


Kelebihan Ayat Kursi
  • Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  • Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  • Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  • Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  • Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  • Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  • Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  • Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  • Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  • Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an) 




AYAT 1000 DINAR


Kelebihan Ayat 1000 Dinar



Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali , InshaAllah akan beroleh seribu faedah.

  • Sesiapa yang beramal ayat ini Allah Ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan , Allah Ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya , dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah , terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  • Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum , InshaAllah si pesakit akan sembuh.
  • Jika mengalami masalah berat , seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak , huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu , mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  • Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar , tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT. 
  • Baca ayat ini sesudah solat lima waktu , ketika hendak tidur tiga kali , ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.


Thanks for your time , love ya people.


p.s :  semoga kita sama sama dapat amalkan bacaan ayat kursi & ayat 1000 dinar ni.


Thursday, March 19, 2015

Beli Saffron dekat Mahnaz Food

Assalamualaikum & Hello.

Disebabkan terlampau banyak khasiat Saffron , maka dengan itu semalam balik kerja terus cakap dekat Wan nak singgah Mahnaz Food Alamanda. Kononnya nak tengok tengok je ada jual Saffron ke tak. Sebab Mahnaz Alamanda ni takdelah sebesar Mahnaz Shah Alam tu kan. So taknaklah letak harapan setinggi gunung.

Tapi alhamdulillah , ada rezeki aku.



RM 15 , 0.5 Gram 

Disebabkan aku baru nak mencuba , so kita beli yang small size dulu. Takdelah rasa membazir kalau cannot go kan. Ada banyak size yang dijual dekat Mahnaz. Aku tengok ada yang dalam botol bagai , tapi harga pun extra sikitlah sebab kuantiti dia pun banyak.


Harini baru nak start minum air bancuhan Saffron ni. Tak tahulah lagi hasilnya macam mana. Minta minta kuranglah sikit masalah Thalasemia , Anemia aku ni since aku baca Saffron ni bagus untuk masalah darah macam yang aku ada ni. Huhuhu. Kita usaha dan ikhtiarlah dulu , yang lain kita serah semuanya dekat DIA. ^_^.

Cara penggunaan boleh refer entry aku yang sebelum ni : KLIK


Thanks for your time , love ya people.


p.s : usaha tangga kejayaan , gitu.


Wednesday, March 18, 2015

Khasiat Saffron a.k.a Za'faran

Assalamualaikum & Hello.


Saffron adalah sejenis pokok herba dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Saffron mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Saffron kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Saffron tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Saffron mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.

Filamen Saffron , sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Saffron merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Saffron boleh mencecah dari RM 1,700.00 hingga RM 23,000.00 sekilo.

Khasiat utama Saffron ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.

Saffron adalah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan terkenal kegunaannya dalam bidang perubatan. Malah ianya sebagai bahan campuran semula jadi dalam pelbagai jenis makanan dan minumam serta di bidang kosmetik.

Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan Saffron ini.

Bagi mendapatkan 10 grams stigma (filament) Saffron , ianya memerlukan 1000 kuntum bunga Saffron. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia.

Saffron merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai 'King Of Spices'. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Saffron sangat baik untuk kecerdasan minda.

Khasiat Saffron

  • Membantu menyembuhkan demam kuning bayi yang baru dilahirkan.
  • Mencerdaskan minda , penyakit radang paru-paru , sakit tekak dan tonsil
  • Sebarang masalah kulit , menghindarkan batuk dan selsema
  • Sakit kepala atau migrane dan asma. 
  • Muntah-muntah , penyakit buah pinggang
  • Gila babi atau sawan , sukar tidur malam (insomnia)
  • Demam. 
  • Masalah limpa , pembuka selera makan , penyakit kanser , lumpuh
  • Bengkak hati atau hipatitis A dan B
  • Memudahkan penghadaman , menghilangkan bau mulut
  • Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
  • Menambahkan tenaga zahir dan batin
  • Masalah mati pucuk , sembelit
  • Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
  • Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
  • Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
  • Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
  • Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
  • Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
  • Menyembuhkan sakit perut , pening , sakit gigi , sakit mata dan pelbagai penyakit lain

Keistimewaan Saffron

Saffron adalah salah satu bahan rempah yang termahal didunia. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Timur Tengah seperti India yang menggunakannya sebagai bahan asli untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna dan dianggap bahan terbaik untuk kesihatan.

Dari Segi Perubatan

Dios Cerides - seorang doktor bangsa Greek dari UK menganggap Saffron mempunyai nilai perubatan seperti Hippocrates , Teofaoto , Galeno dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai bahan pembuka selera , membantu mengurangkan masalah ketidak hadaman makanan dan memberi manfaat kepada bayi & kanak-kanak.

Malah pada masa kini di India , ianya digunakan sebagai penyembuh masalah pencernaan. Hasil kajian telah mendapati bahawa Saffron kaya dengan vitamin B2 dan Riboflavin. Kajian oleh Allan Conney (New Jersey) pula bahawa Saffron dapat mengelakkan sistem pencernaan daripada kanser (Le Fiigaro Magazine 23/12/1994).

Di Eropah , Saffron bayak digunakan di farmasi dan homeopathy sebagai bahan penenang kepada masalah jiwa yang tertekan. Kini Saffron digunakan dalam membuat minuman pencernaan dimana warnanya yang keemasan itu di manfaatkan.

Di Mesir , Saffron telah dikenali semenjak 1500 tahun sebelum masihi (1500 BC) sebagai tumbuhan yang berguna untuk kesihatan seperti Hippocrates , Teofaoto , Galeno dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai:

  • Membantu pencernaan makanan
  • Menghindarkan batuk dan radang paru-paru
  • Mengurangkan masalah tidak boleh tidur malam
  • Memberi ketenangan kepada kanak-kanak waktu tumbuh gigi
  • Membantu mengeluarkan angin yang terkumpul di sistem pencernaan perut
  • Air anti spashodic

Saffron telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu oleh therapist dan pengusaha-pengusaha perubatan herba sebagai ramuan ubat seperti:

  • Melancarkan haid yang tidak menentu
  • Awet muda dan menambah tenaga zahir dan batin
  • Baik untuk sakit kepala bila ditampal di kepala
  • Membantu menenangkan jiwa yang tertekan

Di negara-negara Asia larutan Saffron digunakan untuk membuat alat solek yang paling mahal serta kemampuannya merawat jerawat atau penyakit kulit yang lain dengan berkesan.

Pada zaman silam ianya hanya terhad kepada wanita golongan di raja kalangn bangsawan dan saudagar

Saffron bukan sahaja melicinkan kulit malah boleh membuatkan kulit cerah , sebab itulah di India terutamanya , wanita yang mengandung biasanya membubuh dua tiga urat 'filamen' daripada Saffrontersebut ke dalam susu dan di minum.

Cara Menggunakan Saffron

Mengamalkan minum susu kambing dicampur dengan sedikit Saffron 2 cawan sehari , pagi semasa sarapan , malam sebelum tidur (untuk mengelakkan bayi kena demam kuning).

atau

Campur 6 stigma (filament) Saffron untuk 500ml air suam. Boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung. Sekiranya anak-anak masih lagi minum susu botol , campurkan sedikit air rendaman Saffron dalam bancuhan susu botol anak.

atau

Ambil 3 filamen Saffron dimakan bersama satu sudu kecil madu asli 2 kali sehari. 1 sudu waktu pagi dan 1 sudu waktu malam.


sumber : Zafaran4u


Thanks for your time , love ya people.


p.s : nak pergi Mahnaz la , nak tengok ada jual tak Saffron ni.


Tuesday, March 17, 2015

Food Review : Kulacakes & Lilawadi Kuantan - Mango Cheesecake

Assalamualaikum & Hello.

Kalau dah kerap sangat dengar cerita orang tentang kesedapan Mango Cheesecake dekat Kulacakes Kuantan ni. Mana mungkin aku tak pergi singgah bila aku ada dekat Kuantan kan. Dapat rasa sikit pun dah cukuplah orang kata. Janji dapat juga rasa kesedapan yang mereka mereka perkatakan tu. Mihmihmih.

Dan memandangkan weekend yang lepas aku balik Kuantan. Maka dengan itu , aku komen dekat Instagram Kulacakes siap siap. Tanya kedai dorang buka ke tak hari Sabtu , bolehla singgah nak beli mango cheesecake kan. Tapi. Malangnya tutup pula , nampaknya takde rezeki aku la tu kot. Huhu. 

Aku sampai minta tolong sepupu aku belikan hari Jumaat tu so that hari Sabtu tu bolehlah aku makan. Hahahahaa. Tapi kau ghase sepupu aku tu nak layan ? Kirim salam !


Takpe 


Takpe


Ada ubi ada batas , ada hari boleh balas. Ekekekeke.


Tapi sepupu aku ni memang baik , comel , gorgeous nak mati. Lol ! Mana mungkin dia nak kecewakan dan lukakan hati aku  yang suci murni ni. Hahahaha. Dia pun bagitahu aku second option nak dapatkan Mango Cheesecake yang sedap tu. Katanya ;

 'Ya , kau pergi Lila Wadi Telok Sisek. Situ ada jual kek. Malam nanti kita pergi eh'.

Tak payah nak tunggu malam ! Lepas setel kenduri kahwin tu , aku lepak lepak kejap. Petang tu juga aku ajak Wan pergi cari Lila Wadi Telok Sisek tu dekat mana. Hahahaha. Ghopenya dekat tepi jalan je (bersebelahan Annexe Taman Gelora). Memang cepat cepat singgah la kan. Siap doa lagi minta minta stock mango cheesecake tu ada. Hahahahahaha. Over jah.


Mango Cheesecake : RM 7 per slice

Alhamdulillah. Ada rezeki aku nak merasa Mango Cheesecake ni. Hehehehe. Balik hotel terus rasa , tak sabar. Padahal perut kenyang lagi tapi tak sabar punya pasal. Kenyang tu kita tolak tepi. Ekekekeke. Dan memang perghhhh !! Sedap habaq hang. Tak tipu oi. Untuk orang yang suka cheesecake bolehlah try. Kalau tak suka cheesecake tu tayahlah gatal. Miahahahaha.

Lila Wadi Telok Sisek
A637 Lorong Selamat 21 Jalan Teluk Sisek 25000 Kuantan Pahang

Kulacakes
A96, Jalan Besar , 25000 Kuantan Pahang


Thanks for your time , love ya people.


p.s : dah kenapa bila petang baru rasa nak update blog !


Monday, March 16, 2015

Not In My Mood

Assalamualaikum & Hello.


Nantilah aku cakap cakap eh.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : malas.



Friday, March 6, 2015

Take Responsibility For Your Actions !

Assalamualaikum & Hello.


Harini rasa nak bercakap sikit pasal tanggungjawab , manalah tahu ada yang terlepas pandang tentang tanggungjawab masing masing. Tak gitu ? Ekekekeke. Maaflah kalau harini iollss feeling feeling pakar psikologi segera. Muahahaha. 

Responsibility :

1. The state or fact of having a duty to deal with something or of having control over someone.   
     Example : "Women bear children and take responsibility for childcare"


2. The state or fact of being accountable or to blame for something.
     Example : "The group has claimed responsibility for a string of murders"

Tanggungjawab :

1. Kewajipan yang dipikul oleh seseorang , segala yang wajib ditanggung.
Contoh : "Oleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat tanggungjawabnya".

2. Mempunyai tanggungjawab terhadap , memikul tanggungjawab berkewajipan.
Contoh : "Siapa yang bertanggungjawab atas kekalahan kita ?"

Kadang kadang manusia ni ada satu sikap , iaitu sangat suka mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya digalas. Contohnya : Macam aku , aku bertanggungjawab untuk update blog aku sebab aku owner blog ni. Takkan pula aku nak suruh Wan pula yang update. Sedangkan blog ini blog aku. Tak gitu ? Apa pula yang dia nak update kalau aku suruh dia update kan.

Why must others take responsibility for your actions ?

Kau tahu itu tanggungjawab kau. Kau tahu yang choices have been made by you tapi kenapa orang lain pula yang nak kena bertanggungjawab dengan apa yang kau dah pilih. In case kau pilih untuk hisap dadah , takkan mak bapa kau pula yang nak bertanggungjawab kalau kau ada HIV AIDS kan ? Sendiri cari pasal , sendirilah yang selesaikan. Betul ?

I just don't understand how they can let others take their responsibilities !

Kau tak rasa diri kau tu macam manusia yang paling tak guna ke bila tanggungjawab yang sepatutnya kau galas tu digalas oleh orang lain ? Kau tak rasa bersalah ke bila tengok orang lain pula yang kena bertanggungjawab dengan apa yang kau buat and apa yang kau pilih sedangkan kau tahu orang lain pun ada tanggungjawab masing masing ? Takde perasaan ? Oh , lepaskan tekak sendiri.

Be comfortable once there is others take your responsibilities ?

Kau boleh rasa sangat selesa macam takde apa yang berlaku bila kau tahu ada orang lain yang sudi galas tanggungjawab kau ? Kau boleh rasa nak shopping itu ini , kau boleh rasa nak Whatsapp around the world macam kau takde tanggungjawab nak digalas , kau boleh rasa tak malu and bila kau rasa kau memerlukan bantuan orang lain untuk galas tanggungjawab kau - kau boleh minta je ? Shame on you !

If they ask you to carry their responsibilities , say NO !

Sekali dua orang tolong kau galas tanggungjawab kau tu , bolehlah dimaafkan. Tapi kalau everyday , every week , every single moment kau harap orang akan galas tanggungjawab tu untuk kau. Lemaklah. Cubalah rasa bertanggungjawab sikit ! Tak banyak pun , mungkin sikit. Mungkin kau tahu yang tanggungjawab kau tu memerlukan diri kau untuk beri komitmen. Then give !

* jangan disebabkan sibuk menggalas tanggungjawab orang lain , tanggungjawab sendiri diabaikan *


Thanks for your time , love ya people.


p.s : abaikanlah grammar aku yang salah tu , hahahaha !


Thursday, March 5, 2015

Cerita SPM 9 tahun lepas !

Assalamualaikum & Hello.

Tadi pagi masa on the way pergi office sempat juga dengar Johara punya topik harini. Which is result SPM atau exam yang dibanding bandingkan. Siapa pernah merasa bila result exam korang dibanding bandingkan dengan sepupu sepapat korang. Aku pernah ! Hahahahaha.

Stress okay !

Tapi masa dapat result tu jela yang stress , lepas kau sogok dua tiga suap nasi ayam teruslah lenyap stress tu. Ekekeke. Kalau bolehkan masa tu memang aku taknak receive call daripada sesiapa pun. Rasa macam okay nak tutup telefon. Bye. Hahahaha. Tapi mujur line telefon dekat sekolah aku tu memang takde. Hahahahaha. So , takdelah rasa derhaka sangat. Miahahaha.

Rasa macam sakit jiwa okay bila dapat call and dorang terus tanya ;

 'Result macam mana ?' 

OMG !!

Tumbuk perut nak ? Ekekekeke.

Aku masa tu masuk pintu pagar sekolah pun belum lagi orang dah sibuk sibuk tanya pasal result. Hahahahaha. Lek leklah kan , bagilah chance aku jumpa kawan kawan yang kononnya macam lama sangat tak jumpa. Yelah , sekolah dah habiskan. Time ambil result jela nak reunion. Mihmihmih.

Dan nak dijadikan cerita - hari ambil result SPM tu , masa masuk je pagar sekolah boleh pula aku selisih dengan cikgu perpustakaan aku yang konon gawang , padahal satu kepala. Hahahaha. Boleh pula cikgu tu bocorkan rahsia iollss. Terus rasa nak berlari lari anak keluar pagar sekolah. Tamo amek result , tamo !

'Ha Nuriesya. Saya dah tengok result awak. Okaylah. Semua nombor ada'

WHAT !!!!

Tak kelakar langsung cikgu , serious tak kelakar. Macam nak terkeluar balik Milo Ais yang saya telan dekat ABC Maideen sebelum sampai sekolah tadi cikgu. Huhuhu.

Tapi dalam hati time tu sempat lagi berbisik ;

'Oh semua nombor ada , mestilah nombor 1A ada kan '

Aku tak sempat pikir pula pasal possibility ada 9G dalam result tu. Wakakakakaka ! 9G tak penting , yang penting A kena ada sebelum A habes. Lol ! Orang jarang tengok yang fail tu berapa banyak , tapi yang A tu kena banyak. Baru nampak cerdik. Pfffttt !

Disebabkan cikgu dah bagi hint macam tu , takdelah aku cuak bebenor nak ambil result. Almaklum dah konfiden memang ada A kata kooooo. Miahahahaha. Rasa macam nak call mama laju laju je time tu nak bagitau kita ada A. Soalnya berapa biji A tu kita tolak tepi. Wakakakaka.

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Masa amek je slip result SPM tu , pergh pergh pergh. Memang 9G tu yang aku cari dulu. Wakakakaka. Mujur takde sangkut waima sebiji pun 9G. Legaaaaaa habaq hang. Paling paling teruk dan buruk dalam slip SPM tu pun seketul 5C je. Heh. Ce teka subject apa ?

Bahasa Inggeris !!!

Sebab tu blog aku semuanya dalam Bahasa Melayu. Sorry I don't speak English. Bahahahaha.

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Dengan result SPM aku yang tak seberapa tu dapatlah juga aku menjejakkan kaki ke UiTM Seri Iskandar. 
UiTM Usaha Taqwa Muliaaaaaaa. Ha getu ! Mihmihmih.

Dengan result SPM aku yang tak seberapa tu memang wajiblah untuk aku masuk ke course Accountancy. I hate Accounts by the way. I tak rela jah belajar Accounts ! Ekekeke.

Dengan result SPM aku yang tak seberapa tu jugalah yang membuatkan aku belajar tentang hidup , belajar tentang erti persahabatan dan berfikir menggunakan otak (sometimes). Hahahahahaha.


So , don't be upset bila korang rasa result korang teruk. Jangan rasa down bila result SPM tu kita dibanding bandingkan. Anggap je tu satu persaingan yang sihat. Okeh. Tak bermaksud result SPM korang hancur , korang dah takde masa depan. Result SPM korang tak menjanjikan apa apa pun , its just a beginning of an adventurous life ! Maka dengan itu , lepak lepak chill. Jangan nak melalak sampai bengkak mata and menyesal tak belajar betul betul dulu. Tumbuk karang.

And

Dalam pada aku cerita pasal result SPM ni , aku nak minta korang sedekahkan Al-Fatihah untuk Cikgu Bahasa Melayu aku yang tersayang. Yang dah pun kembali ke rahmatullah pada CNY yang lepas. Semoga roh Puan Ramlah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amiinn. ^_^


Entry ni ditulis sebenarnya , sebab aku teringatkan arwah.

Seorang cikgu yang sangat sangat aku kagum. Dalam kelembutan dia pun ada ketegasan dia. And ya , everyone in the class memang respect her very much. Memang semua student sayangkan dia. Memang semua student takkan mungkin lupakan semua nasihat nasihat dia. She's just like a mom to me masa sekolah dulu.

We do share a lots of thing dengan Puan Ramlah. Sampaikan cerita sakit bersalin pun masuk dalam carta. Sampaikan setiap kali ada spotcheck cikgu ni yang akan hulurkan bantuan nak sorokkan handphone dekat drawer dia. YaAllah. I just missed her much. Semoga cikgu tenang di sana. Kami di sini semua sayangkan cikgu sampai bila bila. Jasamu sentiasa dikenang. Al-Fatihah.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : sorrylah meleret leret pula panjangnya entry harini. 


Wednesday, March 4, 2015

Wordless Wednesday : Take Time !

Assalamualaikum & Hello.


If you can wait for the correct time to come , just wait.
Whether its a good news or its a bad news , just wait.
Because some thing take time , just wait !


Thanks for your time , love ya people.


p.s : some people just don't respect our privacy.


Tuesday, March 3, 2015

Khasiat Memakan Telur Rebus

Assalamualaikum & Hello.

Kalau pergi kenduri orang kahwin and dapat bunga telur , memang takde muka lain yang akan bantai telur rebus tu kalau bukan aku. Ekekeke. Sampai boleh berebut jugalah dengan mama pasal telur rebus. Padahal boleh je kot rebus telur kat dapur tu. Lol. Tapi konon je telur orang kahwin rasa lain. Behe.

Siapa dekat sini suka makan telur rebus ?


Buat korang yang rasa makan telur ni tak elok untuk kesihatan la - makan telur punca gemuk la. Nah ni aku tampal sikit apa yang aku baca dari Wom.My.

1. Menjaga Kesihatan Mata
Salah satu manfaat dari telur rebus iaitu baik bagi kesihatan mata. Dengan pengambilan telur rebus secara rutin,ia akan memberikan anda banyak ‘karotenoid’ seperti ‘lutein’ dan ‘zeaxanthin’.
‘Karotenoid’ ini memainkan peranan penting dalam melindungi mata dari pada pelbagai masalah kesihatan mata seperti penurunan kemampuan penglihatan yang umumnya terjadi pada orang dewasa.
2.  Kuku Sihat & Kuat
Telur rebus juga mengandung sulfur yang tinggi yang merupakan sumber ideal vitamin D. Mineral, antioksidan dan vitamin D yang terdapat di dalamnya mampu membantu menjaga kesihatan dan kekuatan kuku agar tidak mudah patah. 
3. Meningkatkan Kesihatan Otak
Pengambilan telur secara rutin juga dapat membantu meningkatkan kesihatan otak. Ini adalah kerana telur rebus adalah sumber ‘choline’ yang baik, iaitu zat yang diperlukan untuk menjaga fungsi otak. Dengan pengambilan ‘choline’ yang terdapat di dalam telur juga dapat membantu menurunkan risiko penyakit otak seperti Alzheimer.
4. Turunkan Berat Badan
Masih ramai yang tidak tahu bahawa telur rebus dianggap efektif dalam membantu menurunkan berat badan. Selain itu, telur rebus juga mengandungi 80 kalori dan kaya akan protein yang sangat sesuai diambil bagi anda yang sedang diet. Dengan pengambilan telur, anda pun tidak perlu bimbang kehilangan nutrisi dari makanan.
5. Baik Untuk Tulang
Telur rebus mengandungi vitamin D yang tinggi yang dapat membantu penyerapan kalsium dan mengawal peningkatan kalsium dalam darah.Ambillah telur rebus secara rutin kerana dipercayai dapat membantu tulang menjadi semakin kuat dan terhindar dari penyakit osteoporosis.
6. Elok Untuk Darah
Ada di antara pakar penyelidik mengatakan bahawa telur rebus elok dimakan kerana mampu mencegah pembekuan darah. Pengambilan telur secara rutin juga dipercayai dapat membantu kesihatan jantung. Selain mencegah terjadinya pembekuan darah, secara tak langsung pengambilan telur rebus ini juga dapat mencegah risiko saluran pembuluh darah tersebut serta risiko diserang strok.
7. Cegah Risiko Kanser Payudara
Telur rebus juga boleh menjadi sahabat yang baik buat para gadis atau wanita dalam soal menjaga kesihatan payudara. Ini adalah kerana telur rebus dianggap mampu membantu menurunkan risiko penyakit payudara terutama kanser payudara.
Selain daripada itu , telur rebus juga elok untuk dimakan oleh ibu hamil. Ibu hamil tidak boleh memakan telur separuh masak mahupun telur mentah ya !! Ini adalah demi mengelakkan bakteria salmonella yang boleh mengakibatkan cirit birit , sakit perut , sakit kepala dan suhu badan tinggi. (source : babycenter)
1. Baik untuk perkembangan janin

Telur merupakan sumber kolin , nutrisi penting untuk perkembangan janin dan bayi. Ibu hamil yang mendapatkan cukup kolin dalam menu makanannya boleh membantu mengurangi risiko kecacatan pada bayi , dan memainkan peranan dalam perkembangan otak dan juga memori.

2. Mengandungi vitamin dan mineral

Sebutir telur memiliki 13 jenis vitamin dan mineral penting dalam jumlah yang bervariasi. Sebutir telur juga hanya mengandungi 70 kalori. Jadi selagi tidak makan dengan berlebihan , telur rebus adalah selamat untuk dimakan.

Sebiji telur juga mengandungi :
  • 7 mg zink
  • 1.2 mg besi
  • 5.5 mg magnesium
  • 16 mg inositol
  • 27 mg kalsium
  • 76 mg potassium
  • 253 mg choline
  • 100 mg fosforus
  • 590 unit vitamin A


Tada ! Telur rebus versi aku. Hahahahaha. Kononnya nak buat sandwhich telur , sekali roti nan hado. So , kita ratah macam gitu jela. Dahla semudah ABC je , pastu sedap mak oii. Ekekeke. Nak resepi juga ke ? Behe !

Bahan - Bahan
  • 2 Biji Telur Ayam Direbus
  • Sedikit Black Pepper
  • Sedikit Mayonis

Cara - Cara
  1. Hancurkan telur tersebut.
  2. Campurkan dengan black pepper & mayonis.
  3. Gaul hingga sebati.
  4. Ready to ngap !

Thanks for your time , love ya people.


p.s : esok makan telur lagi , ingatkan aku beli roti eh. ekekeke.


Monday, March 2, 2015

Food Review : Cendol Durian Borhan , Kuala Selangor

Assalamualaikum & Hello.

Sambung lagi entry Chinese New Year haritu , hahahaha ! Maaflah keretapi lambat pula weh. Wakakaka. Padahal mood nak update entry tu memang jarang betul nak sampai lately ni. Bertabahlah nak. Aku pun tak sempat lagi share dekat mana lokasi ktorg buat family day dekat Sekinchan kan. Laterlah ye. 

Cendol Durian Borhan. Masa on the way nak ke Sekinchan dah nampak dah tapi tak sempat nak singgah sebab traffic teruk and kena cross side. So , nanti masa on the way nak balik KL la baru ktorg pakat nak singgah. Sebab orang kata famous and sedap nau cendolnya.




Mama , Ayah , Adik , Aunties , Uncles , Cousins , Nieces , Nephews semua pun pakat makan cendol. Aku yang asalnya tak order cendol , akhirnya terjebak. Lulz. Aku bukan reti makan cendol pun sebenarnya. Hahaha. Kurang berminat , kalau aku order pun mesti nak santan lebih. Ekekekeke. Gula kasi kurang. 


Cendol Biasa 

Aku tak order yang extravaganza , back to basic. Just nak rasa je pun. Satu lagi peel aku bila makan cendol. Aku tak suka kacau , hahahaha ! Sebab tu dia putih melepak je. Mihmihmih. Nanti bila kacau dia jadi manis , I don't like it. Gitu. 


Laksa

Aku tengok orang yang makan cendol kat situ mostly makan laksa , mestilah laksa dia pun power kan ? So , aku pun order satu. Eh. Memang sodap ! Tak tipu weh , kuah pekat , banyak ikan. Nice ! Licin semangkuk ni aku bedal.

Selain daripada cendol , laksa ada juga pelbagai lagi makanan yang dijual dekat Cendol Durian Borhan ni. Antaranya Keropok Lekor , Mee Kari , Chicken Chop , Waffle dan lain lain. So , takdelah semata mata cendol je.


Cendol Durian Borhan
Batu 2 Jalan Tanjong Karang 45000 Kuala Selangor. 
016-6401075


Thanks for your time , love ya people.


p.s : cukuplah panjang ni ye entry aku harini. ekekeke.


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah