Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, May 28, 2015

Pregnancy Diary : First scan and I saw you !

Assalamualaikum & Hello.

Seperti yang semua orang tahu aku pernah mengalami spotting masa awal awal pregnancy dulu. Tak payah cakaplah pasal risau , takut , cemas semua tu kan. Memang perasaan aku masa tu bercampur baur. Yelah , benda dalam badan kita bukan kita nampak ye tak. Hanya doa je yang ada supaya kandungan aku baik baik saja.

26 February 2015

Ini second checkup aku dekat KK Putrajaya. First checkup dulu tak buat scan pun sebab nurse tu kata baby kecik lagi , perut pun tak nampak lagi. So , aku pun pikir maybe second checkup baru scan kot. Tapi , malangnya bila aku masuk jumpa nurse and nurse tu cakap perut tak nampak lagi. Sedih. Takkan tak dapat scan lagi. Sobssss. Padahal boleh je pergi scan dekat klinik swasta kaannnn. Lol.


Tapi


Tapi


Since result hemoglobin (hb) aku rendah from first checkup and aku ada thalassemia treat. Maka dengan itu , nurse tu terus refer aku jumpa doktor haritu juga. Hahahahaha. Even memang hb aku rendah tapi aku rasa macam biasa je takde pun simptom simptom macam nak pitam ke apa ke. Aku siap boleh gelak gelak besar lagi dengan Wan while waiting nombor aku naik.

Bila jumpa doctor tu , mula mula seramlah juga. Buatnya dia suruh aku transfuse darah ke apa ke. Pergh. Tak pernah seumur hidup aku sebagai thalassemia treat ni kena transfuse darah weh. Seram. Tapi , bila dah jumpa doctor. Doctor just advise pasal makanan yang banyak zat besi and check ada thiroid ke idok. Ehek. Punyalah menyeleweng kepala otak sampai ke transfuse darah. Bahahahahaha.


And


And


Yang paling best bila doctor cakap 'Puan baring kejap , saya nak scan'. OMG !! Nervous mak jah. Dahla Wan tak dapat nak masuk sekali , memang hadap sorang sorang jela kan. Sambil baring tu sempat doa lagi minta minta semuanya baik baik jela. Fuhh. Jantung punya dup dap dup dap tayah cakaplah kan. Takut weh nak pandang monitor scan tu. 


Alhamdulillah , Alhamdulillah , Allhamdulillah



Kandungan aku baik baik aje. Syukur alhamdulillah. Doctor siap tunjuk lagi kepala , jantung and kaki dekat mana. Speechless. Bila doctor tanya aku 'Puan nampak tak yang berkelip tu , itu jantung dia'. Allahuakbar. Rasa nak menitis air mata hoi. Mujurlah ahkak memang tak cengeng. Beheh. Padahal aku tahan , cuba kalau Wan ada sebelah - wajib gugur air mata iolls. Ekekekeke.

Aku punya curious nak tahu tu sampaikan boleh tanya doctor tu lagi baby dalam rahim ke tak. Pfftt. Padahal kalau baby luar rahim mana nak nampak dalam scan kan. Nadia oo Nadia. Bila doctor cakap 'Everything is fine'. Lagilah lega sesangat hati ni weh. Mahunya tak lega , aku dengan hb rendah dan juga ada thallasemia trait ni macam macam boleh jadi and aku sendiri notice dengan semua risks yang ada.

Maka dengan itu , aku minta jasa baik korang korang yang membaca entry aku ni dengan lapang dan besar hatinya doakan kesihatan aku dan juga kandungan aku ye. Aku tahu korang pun tak sabar nak jadi aunties kan. Behe. Moga semua urusan pregnancy aku yang pertama ni permudahkan olehNya. Amiinn Ya Rab Bal Alamin. ^_^


Thanks for your time , love ya people.


p.s : maaf , kalau tak suka please jangan baca dan cerca. 


Tuesday, May 12, 2015

Pregnancy Diary : Jenama Breast Pump Di Pasaran

Assalamualaikum & Hello.

Setiap ibu yang mengandung mestilah bercita cita nak menyusukan anaknya sampai 2 tahun kan. Same goes to me. Ehek ! Semestinya nak cuba yang terbaik untuk anak , tak gitu ? So , here we go. Jenama jenama breast pump yang ada di pasaran. Bolehla pilih mana satu jenama idaman hati korang. Ekekeke.


1. Medela

Antara model Medela yang popular ialah Medela Freestyle , Medela Harmony dan Medela Swing


2. Philips Avent

Antara model yang popular ialah Avent Natural For Newborn , Avent Comfort Double Electric , Avent Comfort Single Electric and Avent Comfort Manual.


3. Snow Bear

Dikatakan jenama yang semakin mendapat tempat di pasaran atas faktor harga yang berpatutan.


4. Little Bean

Portable breast pump , so bolehlah usung ke sana ke sini. Ehek ! 


5. Eve Love

Siap pakej dengan powerbank tu ! 


6. Spectra

Antara model Spectra yang lain ialah Spectra C , Spectra 3 , Spectra DEW , Spectra M1 Portable dan Spectra S1.


7. Lacte


Nak tengok lagi 10 jenama breast pump di pasaran , nah klik SINI.

Seriously rambang mata tak tahu nak beli jenama yang mana satu. Nak beli yang elektrik ke nak beli yang manual ? Ehem. Tapi kalau tengok daripada harga dan kemampuan macam dah ada satu yang listed in. Ehehehee. Jenama apa ? Rahsia ! Tunggu masanya tiba. Gitu.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : dah boleh dah korang semua menabung and belanja aku Medela Freestyle tu. Ahahaha. 


Friday, May 8, 2015

Pregnancy Diary : Alahan / Morning Sickness

Assalamualaikum & Hello.

Alhamdulillah sepanjang first trimester ni aku rasa memang aku tak ada alahan langsung. Hahaha. Sikit morning sickness pun tak ada. Pening pening lalat dan sakit kepala tu adalah. Tapi kalau part melepek terbaring je , alhamdulillah tak ada. Semuanya baik baik sahaja. Syukur.

Muntah muntah pun tak ada kecuali time gosok gigi pagi pagi. Rasa macam malas gila nak gosok gigi pagi pagi. Asal gosok gigi je nak termuntah. Kadang kadang rasa nak gosok gigi sikit pastu taknak kumur. Eeeeuuuwww. Gross. Wakakakaka !

Selera makan aku pula memang tak pernah kurang. Hahahahaha. Sama macam sebelum pregnant. Yang berbezanya sekarang ni , cepat betul lapar. Padahal ko baru melantak roti sosej 5 minit tadi. Pfftt ! Tapi syukur alhamdulillah sangat selera makan tak putus. Kalau tak ? Kesian baby iollss. Hehehehe.

Aku rasa first time pregnant ni agak senang untuk aku diawalnya , sangat senang. Takde mabuk mabuk , boleh ke sana ke sini. Just part shopping tu , mak tak larat nok ! Hahahaha. Asal jalan sikit , menggelupur nak duduk. Tak boleh diri too long , mesti cari kerusi. Tak nikmat dah nak shopping weh. Padan muka aku.

Alahan bau Wan ke apa ke takde tapi aku perasan aku kerap cari gado. Wakakakaka ! Kesian laki aku weh. Asyiklah nak cari gado , hal kecik jadi besar. Takde hal tetiba boleh jadi hal. Ko ghase. Semoga bertabah selalulah ye suami. Mihmihmih.


Tapi



Tapi



Tapi


Masuk je second trimester , hancur ! Hahahahaha. Muntah ke mana , pening ke mana , cirit ke mana , aku ke mana. Itu yang sampai blog pun dilantakkan ke tepi , tak larat oiii. Masuk je second trimester - terus seminggu aku pulun MC. Hahahahaha. Memang terbaring jela aku seminggu tu oiii. Nak bangun - pusing. Nak makan - kembang tekak. Rasakan.

Orang lain kena morning sickness masa first trimester , yang aku kena second trimester. Macam macam hal. Nurse pelik kenapa aku punya sickness datang lambat. Flight delay ke apa. Kahkahkah. Tapi biasalah , lain orang lainlah peelnya kan. Mana mungkin sama setiap orang , tak gitu ?

Aku  pergi check up masa first trimester , punya cantik berat badan aku naik 1.1 kg. Hahahaha. Nurse pun garu kepala sebab sepatutnya naik dalam 500 gram je. Wakakakaka. Pergi check up masa second trimester , turun pula 1.6 kg. Ambik !! Muntah punya angkara. Hahahaha. Bila berat dah turun , nurse lagi garu kepala. Mihmihmih.

Now , alhamdulillah dah tak ada dah morning sickness. Finished already. Tapi kepala ting tong tu tetap ada. Kadang kadang berdenyut kepala tu rasa macam nak bergadoh pun ya , tapi syukur dah tak muntah muntah. Hazab oiii. Tapi okay juga , merasa juga aku ni apa morning sickness yang pregnant lady lain rasa tu. Mihmihmih.


TAMAT


Thanks for your time , love ya people.


p.s : peram entry pregnancy sampai masa yang sesuai untuk dipublish.


Thursday, May 7, 2015

Pregnancy Diary : Makanan Sunnah

Assalamualaikum & Hello.

Sejak sejak aku tahu yang diri aku ni berbadan dua , terus berkobar kobar semangat nak cuba makanan makanan sunnah. Dengan izinNya manalah tahu baby dalam perut mak dia ni keluar keluar nanti kulit cantik , putih gebu gebas tak payah makan QuPuteh dan cerdik pandai. Amiinn.


So , marilah kita laki bini ke Mahnaz Food.


Masa aku sampai Mahnaz tu around pukul 6.50 petang , dan dalam internet duk kata Mahnaz tutup pukul 7 malam. Tak kelakar langsung 10 minit je nak usha barang. Hahahaha. Maka , terkontang kantingla laki bini beli barang sebab takut Mahnaz tutup. 

Padahal , aku keluar Mahnaz time tu da 7.30 , relax je tak tutup lagi. Choiii sangat !


Apa yang aku beli ?


Kacang Badam ,  Aprikot Kering , Pati Delima Gulsan


Total damage :  RM 40 
(RM 8 tu Wan punya buah tin)

Kenapa aku beli sikit sikit , sebagai permulaan kata orang. Aku malas nak beli banyak terus , kang tak habis satu hal lagi nak dengar Wan bebel. Eh. Hahahaha. So , kita belilah sikit sikit dulu. 


Kismis , Pil Habatussauda

Alhamdulillah. Murah rezeki baby dalam perut ni. Tak payah aku beli Kismis & Habatussauda. Dah ada yang bagi. Alhamdulillah. Thank you Aunty Hajar & Aunty Una for this. Moga moga baby sihat , cerdas , cergas , bijak , pandai dan bergaya. Eh. Hahahaha.


Kurma

Dalam banyak banyak makanan sunnah , yang ni juga aku tak beli beli lagi. Padahal dekat Mahnaz tu ada je jual , tapi sekali pandang macam lipas - dua kali pandang macam lipas bunting - tiga kali pandang tak jadi beli. Ekekekeke. Aku nak beli kurma brand yang berbisik tu. Lol. Kurma aku prefer kurma kering kering instead of yang basah basah sebab kurang manis. Hehehehe.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : doakan yang baik baik untuk aku dengan baby tau tau tauuuuu. ^_^


Wednesday, May 6, 2015

Pregnancy Diary : My First Buku Pink !

Assalamualaikum & Hello.

26 January 2015 

Gigih aku ambil cuti sehari untuk buka buku pink yang pertama ni tahu. Gigih amek cuti tak bermaksud gigih keluar pagi pergi ambil nombor dekat Klink Kesihatan (KK) Presint 9 tu. Hahahaha. Pukul 8.30 pagi juga baru aku sampai KK. Ramai orang tu tak payah cakaplah , nak daftar nama pun kena tunggu lama.

Masa nombor aku naik untuk register , staff nurse tu minta IC je. Takde pun minta kad nikah ke apa. Semata mata IC sahaja. Lepas dah register tu , terus staff nurse tu kasi buku pink. Isi maklumat dekat cover tu and sign dekat belah dalam tu. Siap dengan sign saksi - which is laki iollss la. Hahahaha.

Dah settle semua , staff nurse tu kasi sekeping kad putih untuk scan each tempat yang korang kena pergi time tu (mungkin hanya applicable dekat KK Presint 9 sahaja , tempat lain aku tak tahu). Dekat kad tu pun staff nurse tu dah tulis step by step tempat yang korang kena pergi. Untuk aku yang nak buka buku pink , stepnya : Urine - Makmal (Ambil Darah) - Pergigian (Check Gigi) - Bilik 15 (Jumpa Pegawai Perubatan) - Farmasi (Ambil Ubat).

Urine

Test urine ni paling sekejap. Hahaha. Bagi buku pink dekat staff nurse - dorang kasi bekas untuk urine - letak urine dalam tray - dorang celup urine tester - amek urine buang dalam toilet - ambil balik buku pink korang. Itu je. Staff nurse tu akan catat bacaan urine korang dalam buku pink.

Makmal 

Tempat yang paling aku tak suka. Sebab kena ambil darah. OMG ! Masa nama kena panggil - nervous. Hahaha. Aku memang dari azali tak suka ambil darah. Gilalah. Masa nampak staff nurse tu , hoi kecut perut aku jah. Tapi mujur staff nurse tu baik - alhamdulillah semuanya selesai dengan cepat. Hehehe. Tak sakit pun. Lol !

Pergigian

Yang ni aku suka , biasalah taiko pakai braces. Tak seram mana la kalau minta jumpa dentist. Hahaha. Yang paling seram pun bila teringat mesin scaling gigi tu je. Wakakakaka ! Mujur masa check gigi ni , semua okay. Takde karang gigi semua , so tak payah buat scaling. Good bye mesin scaling. Kekeke. Bengkak gusi pun takde. Yippie yaiy !!

Bilik 15

Masuk bilik ni , ada dua orang staff nurse. Masa dalam bilik ni agak lama. Sebab nak check blood pressure  , check breast , check berat and tinggi. Tak lupa juga untuk staff nurse ni bagi advise dia. Lepas tu yang paling best untuk tengok sticker warna apa yang korang akan dapat dekat buku pink tu. Aku dengan harapan nak sticker warna putih tapi tak sedar diri ada thalesimia. So , sticker hijau for me !!

Farmasi

Settle jumpa staff nurse dekat Bilik 15 tu , terus ke farmasi. Pergi ambil supplement untuk kandungan aku time tu. Dapatlah aku empat sekawan : Folic Acid , Ascorbic Acid , B Complex dan Iron Tablets. Silalah habiskan kesemuanya. Tapi aku main tipu , aku taknak makan  supplement KK kasi. Sebabnya aku try makan semua balik dari KK tu. Okay terus pening - mual - nak muntah semua ada. Maka dengan itu , aku nekad nak beli set 1st trimester Shaklee. 


Thanks for your time , love ya people.


p.s : lama simpan dalam draft - harini baru boleh publish. hahaha.


Tuesday, May 5, 2015

Pregnancy Diary : First Spotting ! T_T

Assalamualaikum & Hello.

10 January 2015

Baru duk cerita dengan Wan yang taknak buat scan lagi since kandungan terlalu awal lagi. Tapi. Sempat bagi condition juga. Unless perut sakit or ada keluar spotting barulah boleh pergi scan. Dan nak dijadikan cerita. Beberapa hari lepas cakap macam tu dengan Wan.


Hurm.


14 January 2015


Spotting !!


Dahla masa tu Wan kerja malam dan masa tu aku pun stay dekat rumah mama. Aku pula tak notice langsung spotting tu keluar sampailah time aku nak mandi. Gelabah tak payah cakaplah kan. Spotting kot ! Lainlah kalau keputihan tu , OMG ! Rasa nak nangis weh time tu. Phew.

Laju laju snap gambar hantar dekat mama. Mama kata dia tak pernah pula spotting , gelabah lagi. Terus whatsapp Wan. Gila kau. Mana mungkin aku nak handle situation camni sorang sorang. Gila. Sempat lagi aku google sana google sini before pergi mandi tu. Huish.

Buka website BM - habes negative semua respon. Takde yang supportive langsung.
Buka website BI - oh lega sikit hati ni , takdela teruk respon. Semua pun positive je.

Duklah susah hati aku ni semalaman. Sampai rasa taknak tido sebab tak sabar nak pergi klinik esoknya. Nekad nak pergi scan juga. Nak tahu juga macam mana condition dekat dalam perut tu kan. 


Malangnya.


Esoknya bila pergi scan.


Tak nampak apa apa pun !! Huwaaaaaa.


Doctor kata sebab aku dah kencing before scan. So , lesson to be learnt - kalau nak scan tolong penuhkan pundi kencing anda. Kalau tak bukan kantung baby tapi tiny dot pun tak nampak. Sedih. Tapi bila doctor cakap as long as spotting tu tak diiringi dengan sakit perut dan jumlah spotting tu sikit , there is nothing to be worried. Katanya memang normal spotting in early pregnancy. Lega.

Kesudahannya , aku just dapat ubat kuatkan rahim (Gestrenol) sepapan cukup untuk 5 hari. Wajib untuk dihabiskan. Huhu. So , telan je la. Mujur aku ni bukan jenis manusia takut ubat. Hehehehe. 


*gambar ubat takde sebab lupa nak snap*


Thanks for your time , love ya people.


p.s : doakan baby dan aku baik baik aje ye semua. ^_^


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah