Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, June 26, 2015

Pregnancy Diary : Perkembangan Janin Setiap Minggu & Bulan

Assalamualaikum & Hello.

(klik untuk tengok besar besar)

And now aku dah dekat bulan ke 7 minggu 29. Hehehe.
Rasa tak sabar nak tunggu baby keluar. 
Nak tengok macam muka siapa.
Muka aku ke , muka Wan ?
Minta minta comellah macam muka aku. Wakakakaka !!

Thanks for your time , love ya people.


p.s : dah buat 3D/4D scan tapi rasa macam nak buat lagi je. hehehe.



Wednesday, June 17, 2015

Pregnancy Diary : First Time Minum Air Gula !!!

Assalamualaikum & Hello.

There you go , benda yang paling aku tak suka dengar since sebelum pregnant lagi which is - Minum Air Gula atau nama lainnya ialah Meal Glucose Tolerance Test (MGTT). Dah nama pun minum air gula , kau ingat rasa dia masin ? Dah tentulah kita boleh bayangkan betapa manissssssnya air gula tu kan. Fuhh.


And sedang elok aku masuk 20 weeks.
Aku dah merasa minum air gula sebab berat badan naik mendadak.


T_T


Sehari sebelum pergi klinik untuk minum air gula kita memang akan dikehendaki untuk berpuasa. As one of the prosedure la nak minum air gula ni. Bak kata nurse , kalau takat nak minum air kosong sikit sikit tu bolehla. Tapi , challenge yourself. Puasa. Esok pagi - menggelupur haus , lapar. Hahahaha.

Sesampai je klinik esoknya , aku terus letak buku pink dekat dalam bakul MGTT and tunggu nurse bagitahu next prosedure. Huhuhu. Masa nak tunggu turn ni pun jantung aku kemain laju oi. Neves. Nurse suruh aku pergi makmal untuk ambil darah dan terus minum air gula. And aku rasa memang mana mana klinik kesihatan pun prosedure dia sama. Huhu.

Masuk dalam makmal tu , selain daripada jarum ambil darah - aku dah nampak dah air gula yang bakal aku minum tu. Haih. Nasib aku baik sebab klinik kesihatan yang aku pergi ni provide air gula yang dah ada perisa - bukan yang kosong tu. Perghhh legaaaaaaa.


Warna - Purple pekat gilaaaaaaa. 
Rasa - Blackcurrant.
Teruk - Tak teruk mana pun ! Sedap je. Hahahaha.
Cawan tinggi mana - Setengah cawan air dekat pasar malam.
Manis - Ehhh ! Tentulah , air gulaaaa kot.


Tips Minum Air Gula :

  • Jangan minum sikit sikit sebab tu la punca loya , so tarik nafas dalam dalam and teguk dalam satu kali teguk je. Don't stop and pandang pandang orang sebelah !! (Aku buat ni).
  • Minum sambil tahan nafas , sebab kalau korang bau. Confirm loya oi. Kuat okay bau !! (Aku buat ni juga).
  • Jangan ambil masa terlalu lama. Buat je macam korang haus air sejuk ! (Aku buat ni juga oi)
  • Minum air gula yang dalam keadaan suam suam sebab gula tak likat sangat time tu. Taklah muak. (Mujur memang suam , hehehe).

And alhamdulillah , aku hadap sesi minum air gula dengan sangat senang. Syukur. Dipermudahkan semua urusan aku. Lepas 2 jam minum air gula , korang kena ambil darah lagi sekali. Nak tau pula bacaan darah selepas minum air gula. Huhuhu. Dah selesai ambil darah kali kedua tu barulah korang boleh buka puasa. Makanlah macam biasa. Gitu. Hehehehe.

Alhamdulillah , badan aku tak buat hal. Dapat hadam air gula dengan baik , takde muntah muntah. Kalau muntah nanti kena repeat balik hoiii. Memanglah air gula blackcurrant tu sedap tapi -- sanggupkah ?? Alhamdulillah sampai ke habis badan aku sangat sangat tolerate. Syukur. Makan pun tak keluar balik , makan makin selera adalah. Ekekekeke. :P

Around 4 pm macam tu , nurse call untuk bagitahu result MGTT.



Alhamdulillah , NORMAL !! 



Normal Range Fasting < 5.6 mmol/L
2HPP < 7.8 mmol/L

Thanks for your time , love ya people.


p.s : balik minum air gula , pergi 2D details scan baby dekat Klinik As Salam Bangi.



Monday, June 15, 2015

Hello everybody , long time no see !

Assalamualaikum & Hello.

Tarikh : 15 Jun 2015
Tempat : Kementerian Wilayah Persekutuan , Putrajaya

Alhamdulillah. Baru berkesempatan nak menaip new entry dekat blog ni. Sebulan lebih juga aku duk publishkan entry yang aku dah draft awal awal sebelum berhenti kerja haritu. Hahahaha. Bukan apa , aku sendiri pun boleh agak yang urusan penempatan aku tu akan mengambil masa sikit. Huhu.
5 Mei 2015 , haritu hari pertama aku melapor diri dekat JPA. Masa tu memang berdoa supaya penempatan aku tu biarlah dalam Putrajaya je. Hahahaha. Yelah , senang nak pergi kerja semua. Mihmihmih. Dan alhamdulillah doa dimakbulkan , maka tercampaklah aku dekat Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Seminggu jugalah aku duduk bertafakur dekat Pengurusan Sumber Manusia sebelum ditempatkan ke department aku yang sekarang ni. Huhu. Naik gila juga oii duduk kat PSM tu. Bukan apa , sebab aku dah biasa sibuk dekat office lama. Jadinya bila aku kena duduk diam diam takde kerja - aku bosan !! Hahahaha. 

Mujurlah seminggu je aku duduk tersadai dekat PSM , naik minggu baru aku dapat dah penempatan aku. Alhamdulillah. Aku ditempatkan dekat Unit Pemantauan dan Projek Khas. Department yang quite busy ! Memang sesuai dengan jiwa raga aku , sebab aku dah biasa busy dan aku tak suka bila aku tak busy. Hahahaha. Nanti aku ngantok. Ehek.

So here you go , pejam celik pejam celik dah sebulan dah dekat department ni. Alhamdulillah colleagues semua okay. Bosses pun okay. Hehehe. So far so good. Syukur. Pasal flow kerja aku , alhamdulillah aku dah dapat dah follow semua. Laju tak , laju tak ? Lulzzz. InshaAllah lepas ni aku akan cuba usahakan untuk update blog macam biasa. ^_^

 

Thanks for your time , love ya people.


p.s : gambar pun tak dan lagi nak letak watermark , hahahaha. 


Monday, June 1, 2015

Pregnancy Diary : Cara Membaca Ultrasound Report

Assalamualaikum & Hello.

For sure setiap kali korang buat routine scan mesti akan dapat sekeping gambar ultrasound ataupun sekeping report ultrasound. Macam aku , masa routine scan 18 minggu tu aku just dapat sekeping ultrasound report. Takde gambar baby pun. Sobsss. Nak baca ultrasound report tapi tak reti , almaklumlah aku bukannya doctor. Ekekeke. Tapi usaha tangga kejayaan kan. Thank you Google !!

Beberapa singkatan yang terdapat pada hasil USG :


  • LMP (Last Menstrual Period) : Hari pertama haid yang terakhir.
  • EDD (Estimated Delivery Date) : Tarikh dijangka bersalin.
  • GA (Gestational Age) :  Umur kehamilan berdasarkan pada ukuran panjang tungkai lengan ataupun diameter kepala.
  • BPD (Biparietal Diameter) : Ukuran tulang pelipis kiri dan kanan. Digunakan untuk mengukur janin di trimester dua atau tiga.
  • HC (Head Circumferencial) : Ukuran lingkaran kepala. Digunakan untuk mengukur usia kehamilan di trimester dua atau tiga.
  • AC (Abdominal Circumferencial) : Ukuran lingkaran perut bayi. Biasanya pengukurannya disatukan dengan pengukuran BPD dan akan menghasilkan kiraan berat bayi. Digunakan untuk mengukur kehamilan di trimester dua atau tiga.
  • FL (Femur Length) : Ukuran panjang tulang peha baby. Digunakan untuk mengukur kehamilan di trimester dua atau tiga.
  • FW (Fetal Weight) : Berat baby.
  • EFW (Estimation Fetal Weight) : Jangkaan berat baby
  • FTA (Fetal Trunk Abdominal) : Merupakan panjang badan.
  • GS (Gestasional Sac) : Merupakan ukuran kantung. Digunakan untuk mengukur kehamilan di trimester pertama.
  • CRL (Crown Rump Length) : Ukuran jarak dari puncak kepala ke ekor baby. Digunakan untuk mengukur usia kehamilan di trimester pertama.
  • F-HR (Fetal Heart Rate) : Frekuensi jantung baby.

*gambar ob report*


Moga moga entry ni dapatlah membantu mom to be dekat luar sana yang mencari maksud maksud singkatan dalam ultrasound report tu. Hehehe. Manalah tahu korang pun sama macam aku , sebok nak tahu apa yang report tu tulis. Wakakaka ! 



Thanks for your time , love ya people


p.s : sejak mengandung , hari hari aku google pasal pregnancy. ekekeke.


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah