Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, July 29, 2015

Pregnancy Diary : Checklist Newborn Baby & Mommy !

Assalamualaikum & Hello.


As a first time mother semestinya kita takde pengalaman on buying baby's stuff kan. Semestinya asal nampak mesti nak borong kan ? Biasalah perasaan teruja yang melampau lampau tu. Ekekeke. I understand. Sama macam aku , asal nampak baju baby je dah meroyan. Asal nampak booties & mittens je rasa nak borong 10 pasang terus. Wakakaka !


Tapi

Bukan tu je ye sebenarnya barang keperluan baby and mommy ni. Seriously bila kau baca dekat mana mana blog and website -  memang panjang berjela list things to buy. Sampai mulalah rasa macam nak pengsan - bangun - pengsan balik. Yelah , sebab tak tahu from where to start. Huwaaaa. Plus , due to GST - heh !

Dan sebab itulah perlunya checklist for baby and mommy ni. Senang. Apa yang kau dah beli , kau boleh jot down. Apa yang kau belum beli pun kau boleh nampak dalam list. Maka dengan itu , takkan adalah barang yang kau akan terlepas pandang dan terlupa nak beli. Daebak ! Actually konsep dia sama je macam checklist yang korang buat untuk wedding preparation haritu tu. Ngeee.


Checklist aku , aku copy paste dari (sebab masa ni buta Slideshare , tak tahu nak save camne) : Rabiasensei


Thanks for your time , love ya people.


p.s : moga moga checklist ni bermanfaat untuk kita semua mommy to be ! ^_^


Tuesday, July 28, 2015

Pregnancy Diary : 2D Details Scan di Klinik As-Salam Bangi Seksyen 7

Assalamualaikum & Hello.

Aku tahu pasal Klinik As-Salam Bangi Seksyen 7 ni biasalah through Google. Hahaha. Daripada hasil pembacaan aku dekat blog blog. Dan alhamdulillah , berkesempatan juga untuk merasa service 2D Details Scan dekat As-Salam masa kandungan aku 20 weeks plus haritu. 

Since dekat Klinik Kesihatan yang aku pergi tu tak boleh nak bawa husband masuk setiap kali checkup. Tu yang ktorg consider untuk pergi juga As-Salam ni. Yelah , takkan Wan nak tengok daripada sekeping gambar kan ? Takkan sampai sudah Wan tak dapat nak dengar heartbeat yang melting tu kan. Hehehehe.
29 April 2015

So , aku minta Wan call klinik untuk buat appointment since klinik ni memang macam goreng pisang panas. Laju je oi dah penuh schedule , nak taknak kau kena pilih hari yang available. Example macam aku , sebenarnya nak buat hari lain tapi penuh penuh dan penuh. Maka dengan itu aku pilih 29 April 2015 untuk buat scan.

Sampai sampai klinik , register semua. Tunggu turn. Since sekali buat scan ambil masa around 20-30 minutes , maka dengan itu silalah tabah menunggu. By the way jangan risau , As-Salam ni sangat sangat bersih , selesa dan wangi. Sukaaaaa. Tak bau klinik ! Hehehehe.

Antara pakej yang ada dekat As-Salam. Disebabkan masa aku pergi ni kandungan aku baru 20 weeks , rasa macam rugi pula kalau buat 3D/4D Scan kan. Belum form banyak lagi bak kata orang , so we choose untuk buat 2D Details Scan Package.

Masa sampai turn aku , masuk je bilik rawatan terus nampak screen scan yang besar gila. Okay. To be exact dia guna tv buat screen. Tv flat screen besar gilaaaaa. Memang lobang hidung anak kau boleh nampak clear. Hahahahaha. Ada kerusi untuk suami duduk , bolehla usha berjemaah anak dalam perut tu buat apa bersama sama. Gitu. Mihmihmih.

Doctor yang buat scan pun doctor perempuan (Doctor Rosma). Baik sesangat orangnya , lembut je. Dia explain semua benda dengan sangat sangat details. Aku sangat sangat suka , yela kita bukan tahu nak baca scan macam mana kan , so doctor ni sangat sangat membantu. And alhamdulillah , baby aku dalam keadaan yang baik baik sahaja. Syukur.

Nah belanja sikit. Hahahaha ! 


No 69, Jalan 7/7 C Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor
Tel : 03-8912 9969 / Hp : 019 - 3370969
Email : klinik.assalam24jam@gmail.com

Untuk korang korang yang tengah cari klinik nak buat scan baby area Bangi , Kajang dan Putrajaya tu bolehlah masukkan Klinik As-Salam Bandar Baru Bangi ni dalam list korang. Best. Serious berbaloi servis dorang dengan apa yang aku bayar. Aku puas hati. Alhamdulillah. Nanti da 30 weeks onwards memang aku akan repeat datang As-Salam lagi untuk 3D/4D Scan. Hehehehe ! ^_^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : tengok kaki pun dah rasa comel , cemana ? hahahaha


Wednesday, July 22, 2015

SHRAMZB !

Assalamualaikum & Hello.

Sepanjang raya baru baru ni alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Hehehe. Almaklumlah , bila raya dalam keadaan sarat sarat ni memang semua benda pun kena prepare. Itu yang nak balik kampung pun sampai angkut beg baby sekali. Hahaha. Campak dalam bonet siap siap - manalah tahu nak terberanak ke ape kaaannn. Hehehe.

Tapi.

Alhamdulillah. Little One behave sangat , memang kasi chance Mommy & Daddy dia makan makan and jalan jalan raya dulu puas puas. Almaklumlah , tahun ni pun tahun pertama aku dengan Wan beraya bersama as husband and wife. Tahun lepas tak beraya sakan sangat sebab sibuk dengan wedding preparation. Kehkehkeh.

Pagi raya tahun ni lain sikit dengan tahun lepas. Hehehe. Tahun ni ada suami yang aku nak kena siapkan. Kalau tahun tahun sebelum ni asyik siapkan diri sendiri je kan. Tahun ni , nak kena tolong pakaikan sampin la. Nak betulkan itulah inilah , nak roller bulu bulu kucing atas songkok Wan la. Hahaha.

Salam raya.

Kalau tahun tahun sebelum ni , memang Mama yang akan start salam Ayah dan diikuti oleh aku dan adik adik aku. Tapi tahun ni lain sikit sebab ada Wan , hahahaha. Dah jadi awkward moment pula bila aku kena salam Wan depan Mama Ayah and Adik Adik aku. Hahahaha. Langsung gagap gagap tak tahu nak minta maaf macam mane weh. Lulz.

Pengalaman beraya sebagai isteri orang ?

Nothing much kot , sebab muatan berat kaannn sampaikan baju melayu Wan pun dia yang gosok sendiri hoi. Hahaha. Mak buyong tak rela nak berdiri lelama dekat iron board tu , kang ada iron board tu aku terlangkupkan. Sorrylah ye suami , tahun depan ai janji ai gosokkan baju pakej dengan baju anak sekali inshaAllah. Ehek. Ehek !

Raya mana ?

Raya pertama aku tahun ni tetap dekat KL dulu. Hehehe. Settlekan rumah sedara mara aku yang dah masuk dalam itinerary untuk lawatan. Lepas tu malam raya pertama , terus gerak balik kampung Wan. Hohoho. Gigih. Naseb baik juga gerak malam raya pertama , kalau gerak raya kedua. Alamatnyaaaaa ada bernanah bontot aku - jalan jem. Balik malam raya pertama tu aku ----- tido dengan senang hati ! Wakakakaka.

 Balik kampung !

Kalau sebelum sebelum ni aku selalu kene bahan sebab takde kampung , asyik asyik Kg Pandan. Wakakaka. Bak kata kawan kawan aku 'Tak sempat satu lagu raya nak habes , dah sampai kampung kau'. Lol ! Tapi , sekarang tidak lagi !! Tahun ni aku ada tambahan kampung okay. Jauh lagi - kat sempadan Perak - Penang tau. Hahahaha.


Tahun depan kami akan beraya bertiga pula , inshaAllah.
Tahun depan juga ingat nak challenge Che Ta punya preparation raya. Bahahahahaha !


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN 


Thanks for your time , love ya people.


p.s : sorry sesangat sebab lamaaaaa tak blogwalk korang. T_T

Friday, July 10, 2015

Pregnancy Diary : Its A ......... !!

Assalamualaikum & Hello.

13 April 2015

Dalam buku pink aku nurse and doctor dah pernah tulis untuk buat routine scan masa 18 - 22 weeks. Dan yes , kali ni pergi memang baby pun dah 18 weeks plus. Maka dengan itu , agak tinggilah chances untuk aku buat routine scan. Yeehaaa ! Tak sabar nak tahu gender dia sebenarnya , senang mommy nak beli baju awak oi. Ekekeke.

Mula mula sampai KK tu macam biasalah kena jumpa nurse dulu , lepas tu baru jumpa doctor. Masa dengan nurse tu dapatlah dengar heartbeat guna doppler. Kejap tinggi  - kejap rendah - kejap tinggi - kejap rendah. Tapi nurse cakap dekat aku heartbeat baby 155 bpm and heartbeat baby normal. Normal heartbeat from 110 - 160 bpm. Alhamdulillah.


Dah settle jumpa nurse , tunggu turn untuk jumpa doctor pula. 


Mujur takdelah lama sangat tunggu turn , naik je nombor aku - terus laju laju pergi masuk bilik doctor. Tak sabar nak scan punya pasal. Padahal lupa pula yang aku wajib akan kena bebel gara gara berat yang naik mendadak. Wakakaka ! Kau mampu ke 2 minggu naik 1.8 kg. Lol ! 

Dengar doctor bagi arahan suruh minum air gula lagi 2 minggu terus mood dah kelaut. Hohoho. Yelah , semua orang pun tahu 'Air gula sucksss'. Lagi lagi untuk orang yang obviously tak suka makan makanan and minum minuman manis macam aku ni. Huwaaaa. Satu penyeksaan okay ! T_T


Tapi


Bila doctor kata 'Awak pergi baring sekejap , saya nak scan'.


Perghhh !! Naik balik mood aku ke level tertinggi. Ekekeke !!


Doctor pun start scan , tunjuk kepala baby - tunjuk kaki baby - tunjuk perut baby. Fuh ! Eksaited jah oi. Alhamdulillah doctor kata semuanya okay. Lega hati mommy kau nak oiii. Hehehe. Since ramai orang kata 18 weeks da boleh nampak gender. Ehek ! 


Aku pun tanyalah doctor 'Boy ke Girl doctor ?'. 


Tapi , baby boleh menyorok pula mula mula tu ! Amboii. Kau ingat kelakar ke main nyorok nyorok anak oi. Hahahaha. Jangan nak ikut sangat perangai daddy kau yang suka nau surprise suprise. Ekekekeke. Tapi disebabkan doctor tu kacau kacau baby. Akhirnyaaaaa , baby tunjuk juga siapa dia sebenarnya. Mihmihmih.


Dan 



jawapannya ialah 


-


-


-

tunggu next entry ! kbai. ^_^v


Thanks for your time , love ya people.


p.s :  jangan marah marah , nanti darah tinggi. wakakakaka.


Tuesday, July 7, 2015

Pregnancy Diary : First time kena admit hospital hoiii !

Assalamualaikum & Hello.

30 Jun 2015
Klinik Obstetrik & Ginekologi , Hospital Putrajaya

Tujuan asal aku datang ke O&G pun sebab ada appointment nak jumpa doctor je , sebab KK yang refer. Huhu. Aku ni kalau bab pergi hospital - memang menggelabah. Sobsss. Kebetulan pula pagi tu aku cirit birit. Ko ghaseee ? Makin menjadi jadilah kan sakit perut aku sementara menunggu turn nombor aku kena panggil. Huhuhu.

Selesai urusan aku dekat kaunter pendaftaran - aku terus ke kaunter yang disediakan untuk check blood pressure and timbang berat. Masa ni okay lagi , tapi part tunggu nurse panggil untuk jumpa doctor tu yang tak okay. Hahahaha. Lama satu hal la , sakit perut menjadi jadi pulaaaa. Nanges.


Ngam ngam nombor aku kena panggil.


Dup dap dup dap !


Nak berterabur jantung aku keluar daripada badan ni hoi. Tak suka hospital - tak sukaaaaa ! Masuk jumpa doctor , macam biasalah as first timer yang datang O&G - banyaklah juga yang doctor tanya. Huhu. Yelah untuk rekod dekat hospital pula kan. Aku pun jawab jela apa yang dia tanya , sampailah ;

'HB awak rendah , kita masuk darah eh dekat Hospital Bersalin Risiko Rendah Presint 8 ?'


Jeng jeng jeng !!!


Selama aku hidup dengan Talasemia aku ni , tak pernah sekali aku admitted semata nak tambah darah or masukkan ubat ke apa apa jela since Talasemia aku bukan teruk (tak pernah pitam pun). Huwaaaa. Masa ni dah pandang muka Wan dah , alahaiii. Taknak masuk darah - taknak kena admit. Sobsss.


Sekaliiiiiiii


Doctor pakar pula masuk campur dalam kes aku , hahahaha ! Katanya tak payah tambah darah tapi masukkan ubat dekat day care je. Fuhh. Memang seronoklah kan , tak payah admit - tak payah masuk darah. Hehehehe.


Tapiiiiiii


Panas yang ku sangka sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Hahahaha. Doctor pakar tu refer dengan sesama pakar - langsung masuk wad ! Tahniah tahniah. Hahahaha. Elok tujuan datang nak checkup je , terus kena admit untuk monitoring. Lol ! T_T


 Day 1 

First time kena cucuk lubang untuk masukkan darah - masukkan ubat tu. Huish. Sakit weh , sampai harini pun lebam lagi. Sedih. Huhuhu. Dahla siap jadi drama swasta pula tu masa nak masukkan jarum tu. Hahahaha. Boleh pula doctor lupa suruh aku cabut jam - tu dia darah melimpah ruah tumpah ke bumi. Fuhh. Aku ? Pitam ! Kbai. Hahahaha.

Dahla wad ni full house ko tahu , tak memasal aku kena duduk dekat bilik TV. Hurh. Wan pun tak boleh teman , ko ghase ? Tak menitik nitik pula air mata bila malam menjelma. Ekekekee. Nak balik rumaaahhhh ! Rasanya Wan pun muak dengar aku cakap nak balik rumah. Hahahaha.

 

 Day 2

Disebabkan duduk hospital , so - tak boleh puasa. Marilah kita makan ! Hahahaha. Selama aku pergi melawat orang dekat hospital , asyik muka aku jela yang tukang rasa dan habiskan makanan hospital. Tapi. Bila diri sendiri yang masuk hospital - nak makan pun tak lalu habaq hang. Baru kau tahu rasanya duduk hospital kan Nadia kannnnnn.

Hari kedua ni busy sikitlah rutin aku , kena pergi scan liver bagai. Tapi. Alhamdulillah result scan liver pun cantik je. Takde bengkak takde ape. Fuhh. Darah pula sampai 4 kali kena ambil untuk macam macam test but ya , result belum keluar lagi. Huhu. Sebulan daripada sekarang baru dapat tahu result. Doakan baik baiklah semuanya ye kawan kawan. ^_^

Malam hari kedua dekat hospital masih juga sama , masih lagi menitis air mata mengenangkan suami. Ehek. Orang dalam bilik TV tu pun bertukar tukar , aku je yang masih dekat situ. Hahahaha. Melayan suara suara baby newborn menangis. Huhuhu. Melayan kerenah nurse datang pagi pagi buta untuk check blood pressure and heartbeat baby.


Day 3

Dah masuk hari ketiga tapi still no news samada aku boleh discharge ke tak. Makin menggila dah aku dekat dalam ward tu. Hahahaha. Daripada tak sakit rasa macam sakit pula duduk dalam hospital ni hoi. Wan pun hilang sabar dah tengok aku admitted lama lama. Langsung dia yang chase doctor pakar from Medical - O&G and tanya bila aku boleh discharge. Hahahaha.

Maunya tak , Medical tolak O&G - O&G tolak Medical. Yang aku kat tengah tengah ni dah pening. Bila boleh keluarnya tah. Akhirnyaaaaa , selepas Wan kehulur kehilir dengan issue discharge - alhamdulillah petang tu juga aku keluar. Yeyeah !! Tapi keluar bukan keluar kosong ye , aku keluar dengan banyak date appointment dalam buku hospital. Kahkahkah. Tak lawak langsung !


Alhamdulillah !! Tiada drama air mata untuk malam ketiga. Ehek. Sebab malam ketiga dah tido bawah ketiak suami. Lol ! :P

Doakan aku dan baby yang baik baik aje ye , doakan semuanya dipermudahkan untuk aku tau tau tau. Cuak ni hoii. Alhamdulillah now dah 30 weeks plus , 9 weeks plus left untuk deliver baby ! Chaiyok chaiyok Nadia. U can do it girl !! ^_^


Thanks for your time , love ya people.


p.s : esok ada checkup dekat KK , minta mintalah takde apa. amiinn.


Product Review : Babeskin 365 !

Assalamualaikum & Hello.

Ingat tak dulu aku pernah review pasal kesedapan dan betapa bestnya satu produk yang dipanggil Beautyoat ? Haaaa , sekarang ni dorang ada keluarkan satu lagi produk baru iaitu Babeskin 365. Babeskin 365 ialah satu produk kecantikan yang terdiri daripada 1 sabun pencuci muka dan 2 serum muka.


Babeskin Whitening Soap
  • Mencerahkan kulit dan diperkaya dengan Vitamin A,C dan E yang dapat melembutkan wajah dan menyekatakan tona kulit wajah
  • Membuang kotoran dan minyak berlebihan
  • Mengurangkan jerawat pada muka dan badan


Serum 1 : Repairing Booster
  • Mengurangkan minyak pada kulit
  • Mengurangkan jerawat dan jeragat
  • Menyekatakan tona kulit wajah
 
Serum 2 : Ultimate Mega Lift
  • Mengurangkan kedutan
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Melembapkan kulit
  • Mengekalkan ketahanan kulit

 

Review aku tentang produk ni semestinya best gilaaaaa ! Sebab serious korang akan rasa muka korang lembap gitu selepas apply satu set produk Babeskin 365 ni. Bukan takat lembap je , putih berseri lagi okay. Hehehe. ^_^



Tak percaya ?



Nah tengok muka tuan tanah kedaung ni , meh !




Kan ai dah bagitahu , muka ai berseri seri. Bukan sebab mengandung je okay berseri seri. Inilah trick ahkak selama ni. Bahahahaha. Selamat mencuba uollsss.

By the way , nah aku bagi korang nombor KKM sekali untuk check : NOT150405315K



Berminat nak order ?




Nak tengok testimonial lain ?




Klik bawah ni :

Instagram : babeskin365official


Thanks for your time , love ya people.


p.s : lama tak blogwalking blog korang kan , sorry. T_T


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah