Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, September 25, 2015

Little NS Journey : Sebelum dan Selepas Jadi Mommy !

Assalamualaikum & Hello.

25 September 2015

Harini hari yang ke 22 aku berpantang , gilalah another 22 days left for confinement. Tssskk ! Tak sabar nak habis pantang tapi tak suka pula bila memikirkan nak kena masuk office balik nanti. Alahai. Boleh tak lepas habis pantang je masa terus bergerak perlahan. Hahaha.

Perasaan aku menjadi seorang Mommy ?

To be exact mestilah happy , apa ke gila pula tak happy jadi Mommy. Lagi menambah kegembiraan aku bila tiap kali pandang cermin mesti ternampak eyebag berkilo kilo. Kahkahkah. Terima kasih anakku untuk hadiah yang terbaik ini. Mihmihmih. Mommy happy sangattt ada eyebag ni , rasa diri ini dihargai sesangat. Wakakaka!

Perbezaan sebelum jadi Mommy and selepas jadi Mommy ?

Banyak ! Banyak gilaaaaa bezanya. 

Kalau dulu sebelum jadi Mommy , aku takut gila nak pegang newborn baby. Huhu. Mana taknya , newborn baby kan lembut , aku takut je kalau aku salah pegang kang ada patah riuk pula baby tu. Hihihi. Tapi bila dah ada anak sendiri , nak taknak aku kena berani juga. Kalau tak , siapa yang nak dukung anak aku kalau tetiba anak aku menangis and Wan takde dekat sebelah nak tolong dukung.

Kalau dulu sebelum jadi Mommy , aku paling yuckssss bab tukar pampers baby especially baby yang poo poo. Geli weh ! Hohoho. Kalau kencing tu takpela lagi , small matter. Tapi sekarang bila dah ada anak sendiri , nak taknak kenalah belajar juga. Kenalah juga hadap poo poo yang yellowish itu. Ekekeke. And now , aku dah master okay tukar pampers - lap poo poo kat montot anak. Kahkahkah.

Kalau dulu sebelum jadi Mommy , tido malam memang lena gila. Even masa tengah sarat pregnant haritu pun aku takde masalah tido. Tapi sekarang ? Dah jadi Mommy ni , anak pula dah jadi macam alarm clock. Every 1 hour bangun nak susu. Kalau nasib aku baik , kadang kadang 2 3 jam sekali dia bangun nak susu. Tapi bila mengenangkan sejam sekali kena bangun , sakit kepala oii. Sampai migrain migrain kepala. Hahaha. Mata lagilah tak payah cakap , nak buka mata pun tak larat. Tssskk. 

Kalau dulu sebelum jadi Mommy , rasanya macam aku tak lepa langsung nak Whatsapp or Message Wan. Tapi sejak ada anak ni , hahaha ! Maafkanlah diri ini wahai suami. Memang asyik terlupa je nak reply Whatsapp or Message Wan , kalau reply pun mesti lambat gila. Hahaha. 

Kalau dulu sebelum jadi Mommy , time makan memang aku gunakan betul betul. Sekarang ? Asal anak berbunyi sikit , panik. Kelam kabut angkut pinggan mangkuk and duduk dekat tepi anak. Hahaha. Konon konon supermak sangat sambil makan sambil tepok anak. Wakakaka ! Tapi mujur aku pantang kat rumah Mama , Mama la yang attend cucu dia kadang kadang while aku mencekik. Huhuhu.

Kalau dulu sebelum jadi Mommy , mandi relax je tapi sekarang asal mandi ternampak parut czer pastu rasa cuak. Takut pedih kena air. Wakakaka ! Padahal masa haritu nak keluar hospital doctor dah spray opsite yang water resistant dekat tempat jahitan czer tu. Lol ! Tapi biasalah , penakutkan. Hahaha. Nak mandi pun rasa tak aman tahu. Beheeee. 


Muka puas hati dapat mengelat pantang di hari ke 21. 
HAHAHAHA

Yang dekat car seat belakang tu , maafkan Mommy sebab kena Oops kan muka awak.
Nanti when the right time comes , Mommy tepek muka awak banyak banyak kat blog ye. 


Thanks for your time , love ya people.




Tuesday, September 8, 2015

1st Anniversary , 29 August 2015

Assalamualaikum & Hello.

29 August 2015

Alhamdulillah , its our 1st Anniversary ! 

Alhamdulillah , we made it for the first year walaupun banyak kekurangan here and there. Many years to come and go. Semoga kita terus kuat demi perkahwinan kita , inshaAllah. And May Allah bless our marriage until Jannah. 

And 

Hey its your birthday too ! 

Happy birthday my beloved husband. Hehehe. Selamat menambah usia dan inshaAllah selamat menjadi Daddy in few more days. Semoga diberikan umur yang panjang - dimurahkan rezeki - diberikan kesihatan yang baik. Me and Little One lovesss you.


And

Memandangkan masa 1st anniversary ni aku sedang sarat mengandung , so our planning on going to short vacation pun terpaksa dibatalkan. Hohoho. Bukan apa , buatnya sedang elok bervacation tetiba contraction datang attack. Hahaha. Apa pun tak boleh. So kita tunda next year okay , kita celebrate with our little one sekali. Ehek !

So ke mana kita masa 1st anniversary ?

Aku pilih untuk dinner date je. Place pun ikut tekak aku juga sebab yela tak lama pastu nak pantang dah kan. Ekekeke. So kenalah makan yang sedap sedap dulu sebelum makan makanan orang pantang. Mihmihmih.

Khrua Thai , One City USJ

Wan pilih untuk have a dinner date dekat rooftop One City USJ , so aku pilih untuk makan dekat Khrua Thai. Hehehe. Orang dinner date selalunya makan makanan western tapi aku pilih asian. Wakakaka.



Tu diaaaa makanan mak buyong dan suaminya. Hahaha. Konon konon nak dinner sekali makanan sampai awal , memang terus bedal. Hahaha. Siapa suruh nampak sedap sangat kannn. Memang laju jela laki bini ni kerjakan. Tapi , memang sedap ! Sotong stim lemon tu powerrrrr. Lulz.


Alhamdulillah , our 1st anniversary celebration went well. Walaupun dalam tengah sedap makan boleh pula kena false contraction. Hahaha. Maafkanlah isterimu ini wahai suami. Tak memasal kena balik awal. Muahahaha.

To husband , 
Now you may redeem your anniversary and birthday present ya !

Thanks for your time , love ya people.


p.s : anniversary dah basi baru aku sempat buat entry. Wakakaka.




Monday, September 7, 2015

Little NS Journey : Pengalaman Bersalin Caesarean , Fuhh !

Assalamualaikum & Hello.

Seperti entry aku yang sebelum ni , hujung hujung pregnancy baru aku tahu yang Little One dalam ni kemain syiok duduk dalam keadaan songsang. Dan nak dijadikan cerita , last checkup aku dekat O&G Hospital Putrajaya pun kedudukan Little One still sama. Huhuhu. Maka dengan itu , doctor terus book date untuk dewan bedah and terus bagi date untuk admit since aku kene buat blood transfusion dulu sebelum proceed dengan Czer !


Angan angan nak beranak normal -- musnah ditengah jalan. Kahkahkah. 


Tapi takpela , janji aku dengan Little One selamat sudahla kan.


1st September 2015 

Aku dah diminta untuk menyerah diri dekat Hospital Putrajaya sebab nak buat blood transfusion keesokan harinya. Pheeww. Maka bermulalah hari hari yang membosankan untuk aku. Zzzzzz. Tapi alhamdulillah sebab dapat bed yang selesa compared dengan first time aku kene admit haritu tu. Hahahaa. So , tido lenalah sikit. Kuikuikui. Rasa macam tengah vacation ok. Lulz. :P


2nd September 2015

Seawal 05.10 pagi aku dah kena kejut dengan staff nurse untuk blood transfusion session. Huhu. First time weh masuk darah , selama ni asyik kena ambil darah je. Wuhuu. Untuk blood transfusion ni doctor arahkan untuk masukkan 2 bag darah since HB aku memang tak pernah cantik daripada awal pregnancy. Ekekeke. Dan memandangkan aku nak kena czer so reading HB kena cantik. So , nak taknak silalah bertahan untuk dimasukkan darah. Huhu. Alhamdulillah , lepas 2 bag darah dimasukkan HB aku pun naik jadi 11.7 instead of 8.5 sebelum ni. Syukur. Walaupun sakit urat aku sebab masuk darah tapi aku survive. :)


Pukul 12 tengah malam aku dah kena start puasa tapi sebelum tu staff nurse sempat bagi aku ubat gastrik and tahan muntah. Yelah sebab nak kena puasa lama kot. Kalau esoknya turn aku kene operate tu petang , memang berkurunlah aku kena puasa. Huhuhu. Tapi demi nak jumpa Little One , Mommy rela. Hikhikhik.


3rd September 2015

Seawal pagi lagi Wan dah datang hospital nak temankan aku but obviously , kalau bukan waktu melawat memang akan kena halaulah kan. So , bertabahlah seorang Nuriesya Nadia menghadapi detik detik untuk ditolak ke dewan bedah seorang diri. Tapi nasib aku agak baik sebab aku tak kena operate lagi sesi pagi tu sebab ada emergency case. So , nama aku queuelah lagi dan yang paling best bila nama aku adalah nama terakhir untuk dibedah haritu. Sobsss. Dalam hati dah tak sabar dah nak tengok anak sendiri. Huhu. Tapi takut nak kena operate pun tak boleh blah juga. Kahkahkah.

Sedang elok aku bergelak ketawa dengan Mama , Wan , MIL and SIL aku tetiba ada sorang staff nurse datang bagi injection. Aku ingatkan lama lagilah kan turn nak masuk dewan bedah. Aleh aleh tak lama tu datang dua orang staff nurse tolak katil. 


Jyeahhh !


Jantung hampir luruh !


Masa ni memang aku tak prepare apa. Hahaha. Bila dah nampak katil barulah menggelabah tu datang. Hoilah. Bila da kena tolak nak turun ke dewan bedah tu lagilahhhh , memang betul betul rasa nak terkeluar jantung. Cuak. Tapi nasib baik juga even aku tengah cuak nak mampos time tu , aku tak lupa dengan zikir nabi yunus. Mulut ni da terkumat kamit duk mengulang sebut zikit nabi yunus tu. Dengan harapan dipermudahkanlah segala urusan aku time tu. Huhuhu.


Masuk je dewan bedah , aku teruja. Hahaha. 

'Kenapa dewan bedah ni tak scary macam dalam TV'.
'Kenapa dorang semua ni cam relek je'.
'Kenapa aku sorang je yang nampak macam tengah menggelabah'.

Boooo Nadia Boooo. Hahaha. Sempat lagi kot untuk aku pikir sampai ke tahap macam tu. Hahaha. Rasa nak lempang diri sendiri je bila ingat balik. Tssskk. 


First thing yang dorang buat dekat aku masa dalam dewan bedah tu semestinya inject bius. Inject bius dekat lapisan tulang belakang. Tak lama lepas dah kena inject tu , daripada pusat sampailah kaki aku semua dah tak rasa apa. Haha. Sampaikan dorang nak masukkan saluran kencing dekat Miss V pun aku tak rasa apa dah. Just rasa ada orang pegang pegang. Hohoho.

Bila saluran kencing semua dah siap pasang. Masa yang dinanti nanti telah pun tiba. Tirai putih dipasang supaya aku tak nampaklah apa yang berlaku dekat perut aku. Tapii , sebenarnya boleh je nampak thru pantulan lampu dekat mesin bedah tu. Hahaha. But being me , yang penakut ni. Semestinya aku bagitahu dekat doctor yang aku boleh nampak bayang bayang dekat pantulan lampu tu. Maka dengan itu , the doctor helps me. Dia tolong adjust baik punya supaya aku tak nampak apa apa. Hehehe.


Dan


Pembedahan pun bermula !!

Daripada aku rasa macam ada orang gosok gosok perut - gonyoh gonyoh perut - sampailah tetiba aku rasa senak sebab dorang tengah nak keluarkan baby dan uri. Automatically , perut pun rasa kosonggggg. Masa tu tak tau pun lagi yang Little One dah selamat keluar.


Dan


Tak sampai beberapa minit , aku dengar Little One menangis. YaAllah syukur. Alhamdulillah. I'm a mother !


Then staff nurse yang ada dalam dewan bedah tu pun bawa Little One untuk dibersihkan. And aku masih lagi dengar suara Little One yang fresh dari oven tu menangis nangis. Sejuk agaknya. Hehehe. Tak lama lepas tu datang sorang staff nurse ni bawa Little One and tunjuk dekat aku. Siap suruh sebut lagi lelaki ke perempuan. Hahaha. Mestilah lelaki sebab daripada masa scan lagi dia dah tunjuk jantina dia. Hehehe.

Selesai sesi memberi first kolostrum dekat Little One , staff nurse tadi pun bawa Little One keluar jumpa Daddy dia. But aku masa ni dalam dewan bedah lagilah. Tengah kena jahit - tengah kena sedut segala darah dan air ketuban semua. Selesai je jahit , aku pun ditolak ke satu tempat untuk pemantauan sebelum ditolak naik ke wad. Fuhh !

Alhamdulillah masa dekat tempat pemantauan tu dorang tengok aku okay (blood pressure okay , suhu pun okay). Walaupun aku sangat sangatlah mamai masa tu. Pening pun ye juga , semuanya kesan daripada bius tu. Bila tengok semua dah okay , aku pun ditolak naik ke wad. 

Dan bila nampak je muka Wan terus rasa sihat walafiat. Hahaha. Boleh gitu ?


5th September 2015

Alhamdulillah , aku dengan Little One pun dibenarkan discharge. Yeay ! Dah boleh balik rumah Mama , tak payah duduk hospital lama lama. Weehuu !


And


Today , 7th September 2015

Now , dah masuk hari ketiga aku berpantang. Lulz. Baru hari ketiga ooi. Berpuluh puluh hari lagi nak kena berpantang. Luka czer pun nampaknya dah semakin baik walaupun takdela completely baik. Hehe. Jalan pun dah tak bongkok bongkok sangat. Hehehe. Minta minta cepatlah baik luka luar dan dalam ni. Huhu. Doakan aku cepat sembuh dan Little One pun takde masalah kesihatan. Aamiin. :) 


Thanks for your time , love ya people.


p.s : eh baru perasan mood blogging datang balik , ekekeke. :P 





Sunday, September 6, 2015

Little NS Journey : Alhamdulillah , its a boy !

Assalamualaikum & Hello.

Untuk cerita satu persatu macam mana pengalaman bersalin tu obviously tak sempat lagi rasanya nak taip. Hehehe. So , pengalaman bersalin kita cerita dalam entry lain okay. 

Alhamdulillah , 3rd September 2015 tepat pukul 2.57 petang aku dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 2.8kg. ^_^


Welcome to the world my son , Mommy & Daddy loves you so much. Muahciked. Ekekeke.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : gambar baby nantilah aku upload ye.

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah