Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, October 23, 2015

Little NS Journey : Cerita breastfeed dan breastpump

Assalamualaikum & Hello.

Breastfeeding Mommy ! 

Dari masa doctor tengah sibuk jahit perut aku dalam OT , aku memang dah breastfeedkan Nadeem. Alhamdulillah. Ada rezeki untukmu anak. Huhu. Terima kasih banyak banyak dekat nurse yang letakkan Nadeem dekat aku untuk breastfeed masa tu , jasamu akan kukenang sampai bila bila. Gitu. Hehehe.

Seriously masa pregnant dulu aku expect aku takkan ada susu badan. Sobbsss. Bukan apa , sebab aku baca dekat group ibu mengandung mostly ada yang katanya keluar cecair daripada breast while pregnant lagi. Yang aku , nan hado ! Huhuhu. Siap sempat pesan dekat Wan lagi , kalau takde susu badan memang aku nak seludup susu formula masuk wad. Hahahaha. Tapi alhamdulillah , until now aku masih breastfeedkan Nadeem. 

Dahla tak pernah breastfeed , dengan penakut nak pegang newborn , dengan sakit perut sebab czer , dengan pening kepala sebab bius. Kau bayangkan macam mana aku breastfeedkan Nadeem masa tu. Huhu. Memang sampai tahap Mama kena pegang Nadeem untuk aku. Haaa. Nampak tak semangat juang seorang Mommy untuk berikan yang terbaik untuk anaknya. Huhu. Biarlah bersusah , janji anak Mommy dapat yang terbaik. Woah ! Mesti speechless kalau Nadeem baca ni. Kahkahkah.

Dan disebabkan aku breastfeedkan Nadeem , maka dah jadi satu kewajipan untuk aku ada sebiji breastpump. Huhu. Tak kisahlah single pump or double pump , tak kisahlah manual or electric pump. Janji ada sebiji breastpump. Huhu. Bukan apa , senang aku nak buat stock EBM sebelum masuk kerja nanti. Bukan untuk siapa , untuk Nadeem juga. Hehehe.


Breastpump thingy !

First breastpump aku pakai cousin aku punya tapi dia tak pernah pakai. Brand Snowbear (nama sekarang Malish Lifestyle). Dan disebabkan masa cousin aku bagi tu , tube connecting dia hilang - maka aku dengan gigih pergi order dekat website Malish sendiri. Alhamdulillah , dapatlah merasa pakai breastpump. Tapi jodoh aku dengan breastpump ni tak lama. Bayangkanlah bila kau pam hampir 1 jam tapi nak dapat 2oz pun susah sebab suction breastpump tu macam something wrong somewhere. Memang sakit hatilah kan. Hohoho. Nak menyusukan baby ni mana boleh stress , nanti susu pun taknak keluar. Maka , aku bertahan - positifkan diri - paksa juga pakai breastpump tu sampai habis pantang.

Habis je pantang , esoknya aku terus ajak Wan pergi beli breastpump baru dekat PumpOnTheGo Ayer 8 Putrajaya. Hehehe. Alhamdulillah , ada rezeki aku untuk pakai breastpump baru. Hehehe. Second breastpump aku , Malish Mango. 

Alhamdulillah sepanjang aku guna Malish Mango ni daripada beli haritu , semuanya okay ! Suction okay ! Jumlah susu yang aku berjaya pam pun alhamdulillah , boleh tahan. Hehehe. Maka dengan itu bila Mommy gembira , Nadeem pun untung juga. Hehehe.


Doakan aku berjaya breastfeedkan Nadeem sampai umur 2 tahun tau korang ! Or atleast sampai Nadeem 6 bulan. #SupportBreastfeed !

p.s : siapa siapa yang ada idea untuk milkbooster bolehla share dengan aku. Sharing is caring kaaaann. Hehehe.

Thanks for your time , love ya people.



Thursday, October 22, 2015

Little NS Journey : 1st Injection & 1 Month Checkup

Assalamualaikum & Hello.

9 Oktober 2015
Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9

Alhamdulillah , dah sebulan dah aku lahirkan Nadeem. Rasa macam baru je lagi aku pakai gown operation tu. Ehehehe. Tahu tahu je anak dah besar , dah banyak ragam. Wuhuu ! Dan dah berjaya upgrade mata Mommy jadi mata panda. Lulzzz. 

Since aku berpantang dekat Cheras , so memang early morning dah kena gerak pergi Putrajaya. Tapi takdelah early sangat , terbabas tido aku oi. Haha. So around 8.30 pagi baru sampai KK. Mujur tak ramai orang , kalau tak ? Memang keringlah nak tunggu turn. Sempatlah agaknya Nadeem melalak beberapa round. Hohoho.

Sampai sampai terus ambil nombor giliran and register. Dapat dua kad , satu aku punya satu Nadeem punya. Then aku continue dengan urine test and check HB aku. Settle tu semua tak lama lepas tu nombor aku naik untuk masuk bilik nurse. Perghh. Nervous nak masuk jumpa nurse tu sama macam nervous masa jumpa nurse time checkup mengandung sebelum ni. Muahahaha. Padahal bukan apa , aku just tak rela nak tengok Nadeem kena inject. #MommyTaKuad. Sobbssss. 

Mujurlah Wan boleh masuk sekali , kalau tak memang kalutlah aku. Hehehe. First thing masa masuk bilik nurse. Nurse check blood pressure. Aleh aleh tinggi pula reading. Hahaha. Ni semua gara gara kalut Nadeem mengamuk nak susu. Hahaha. Settle check blood pressure aku , then start dengan checkup Nadeem pula. Mula mula timbang berat , tu diaaa 4kg ! Continue ukur panjang dia pula , tu diaaa 53cm. Lepas tu barulah saat yang dinantikan. Hahaha. Saat Nadeem Syadeed kena injection. Hohoho. Aku masa ni nurse tengah check tempat czer. Huhu. So , Wan la yang pegang Nadeem time injection. Settle je check parut czer tu aku mengintai dekat belakang tirai sebab taknak tengok Nadeem kena inject. Hahaha. Dah settle injection , barulah aku keluar. Hehehe. Habis merah padam muka Nadeem menangis punya pasal. Alahaiii kesiannya hero kecik Mommy ni. Huhuhu.

Alhamdulillah tak lama pun checkup dengan nurse then continue jumpa doctor pula. Huhu. Doctor explain situation ape yang perlu bawa baby pergi klinik , apa yang perlu dirisaukan - apa yang tidak (biasalah first time parents) dan physical checkup. Alhamdulillah semuanya baik baik aje , anak Mommy kan good. Hehehe.

So , next checkup and injection - 4 November. Huhu. Still , aku akan suruh Wan pegang Nadeem. Hahaha. Ai tak rela u nak tengok anak kene inject. Hohoho.


Thanks for your time , love ya people.

Tuesday, October 20, 2015

Little NS Journey : Nadeem Syadeed Bin Syazwan

Assalamualaikum & Hello.


Hai kawan kawan Mommy , nama kita Nadeem Syadeed Bin Syazwan. Maksud nama kita Nadeem : Teman , Syadeed : Yang Berani/Kuat/Tegas. Kita dilahirkan pada 3 September 2015 pada pukul 2.57 petang dengan berat 2.8kg secara caesarean.

Baru sekarang Mommy nak kenalkan kita dekat semua orang sebab Mommy kita dah habis pantang. Hehehe. So , selamat berkenalan kawan kawan Mommy semua. Lepas ni mungkin blog Mommy akan penuh dengan cerita cerita kita. Semoga kawan kawan Mommy tak boring ye. Mihmihmih.

Doakan kita jadi anak yang soleh untuk Mommy Daddy kita tau kawan kawan Mommy. Doakan kita sihat sentiasa supaya Mommy Daddy kita tak susah hati. Hehe. Sebab Mommy tu kan kalut sikit. Ekekeke. Dan doakan kita dapat girlfren comey macam Nora Danish tau. Eh. Tetibaaa. Lol !


Jumpa lagi nanti kawan kawan Mommy , muahciked !

Thanks for your time , love ya people.


Friday, October 9, 2015

Product Review : Malaika Oil

Assalamualaikum & Hello.

Siapa dekat sini yang pernah dengar pasal Malaika Oil ? Actually aku pun baru dengar pasal Malaika Oil ni. Biasalah bila tengah pantang ni , macam macamlah yang aku terjumpa - terbeli - tercuba dan sebagainya. Salah satunya ialah Malaika Oil. 


Apa itu Malaika Oil ?

Malaika Oil ialah sejenis produk berasaskan minyak yang mampu membersihkan kulit muka secara mendalam sekaligus menghilangkan jerawat dan jeragat. Haaa , power tak ? Power kannn ! Selain daripada membersihkan kulit , Malaika Oil juga mampu menanggalkan kotoran di muka yang berpunca daripada penggunaan alat solek dan pendedahan kulit muka terhadap bahan kimia hampir setiap hari. Malaika Oil juga berfungsi sebagai serum untuk menghilangkan parut jerawat hanya dengan menyapu rata Malaika Oil di kawasan yang bermasalah.

Perghh power gilaaa Malaika Oil ni , macam macam kegunaan dia. Tu yang laju je nak try tu. Hahaha.

Kandungan Malaika Oil ?

  • Extra Virgin Olive Oil
  • Lemon Oil
  • Castor Oil
  • Temulawak Powder
  • Herba
  • Bunga Bungaan

Cara penggunaan Malaika Oil

  • Sapukan Malaika Oil ke seluruh muka dan urut beberapa minit kemudian basuh muka dengan menggunakan pencuci muka.

Kelebihan Malaika Oil

  • Menghilangkan Jerawat : Membantu membersihkan pori yang tersumbat dan mengecilkan liang pori sekaligus membunuh bakteria yang menjadi punca jerawat.
  • Menghapuskan Jeragat : Meresap jauh ke dalam liang kulit dan mampu membuang bintik hitam dan bintik putih.
  • Memudarkan Parut : Membuang tisu mati dan menggalakkan pertumbuhan semula tisu yang baru dan menyebabkan parut menjadi semakin pudar.

Adakah Malaika Oil selamat digunakan ?

Semestinya ! Malaika Oil disahkan selamat dengan kelulusan KKM dengan nombor pendaftaran NOT150403152K.

Best ke Malaika Oil ?

Kalau tak best , takkanlah aku nak promote kan. Ekekeke. Mestilah best. Sebab Malaika Oil ni buat kulit muka aku rasa lembap je. Lagi best bila Malaika Oil boleh jadi makeup base dan juga serum. So , takdelah membazir duit nak beli makeup base and serum sebab semuanya korang boleh dapat dengan pakai Malaika Oil. Wuhuu !


Tadaaaaa ! See I told you , kulit bersih jadinyaaa. #nofilter. Hahaha. Tapi mata panda tu memaxng tak boleh nak buat ape. Iollss berjaga malam susukan anak. Ehek ! 

Nak beli Malaika Oil dekat mana ?

Instagram : MalaikaOilOfficial
Whatsapp : 'Malaika' ke 0112-5721213

Testimonial Malaika Oil



Thanks for your time , love ya people.


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah