Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, November 24, 2015

Little NS Journey : Preparation for Majlis Aqiqah Nadeem Syadeed

Assalamualaikum & Hello.

Actually tak pernah plan pun nak buat aqiqah Nadeem bila. Sebab yela , nak buat aqiqah bukannya makan belanja yang sikitkan. Tapi alhamdulillah , rezeki untuk Nadeem ada. So , bolehlah kita buat majlis aqiqah Nadeem awal. Syukur. Hehehe. Lagipun elok juga buat awal , aku pun belum start kerja lagi. Maka dengan itu , banyaklah masa aku untuk handle preparation. Mihmihmih. Rasa macam tengah buat preparation kahwin pun ada juga. Ekekeke.

Mulanya nak buat on 30th November 2015 , sekali celebrate birthday aku. Lol ! Nak juga tu menumpang majlis anak. Kahkahkah. Tapi apakan daya 30th tu jatuh pada hari Isnin. So , tak boleh tak boleh. Kita awalkan on 28th since 29th kezen aku da cop untuk buat birthday celebration anak dia. Huhuhu. Tak kesahlah mana mana tarikh pun janji dapat setelkan majlis aqiqah Nadeem ni sebelum aku masuk kerja Disember nanti. Huhu.

Dan sudah menjadi lumrah seorang blogger dan juga seorang Mommy yang tengah bercuti macam aku ni dengan menghabiskan masa untuk online. Maka dengan itu daripada pelamin - kambing golek - photographer - baju Nadeem - doorgift semua aku book online. Kahkahkah. Senang kerja aku. Hahaha. And alhamdulillah semua preparation pun sudah hampir siap. Tinggal nak packing goodies untuk team marhaban je. Hehehe.


Minta maaf sangat sangat sebab terpaksa xxxxxxxxx venue majlis aqiqah Nadeem. Sebagai langkah berjaga jaga kata orang. Ehek. But to those yang rajin baca entry aku , yang rajin komen entry aku , yang ada dalam radius KL - Putrajaya , yang takde nombor telefon aku. Bolehlah dropkan email cakap nak datang , nanti aku emailkan kad yang ada venue. Okay ? Hehehe. Bukan apa , takut majlis kena serbu kang tak cukup makanan ada pula jari gatal tu menaip umpatan , cercaan dan hinaan. Gituuuuu. :)

Thanks for your time , love ya people.

p.s : kejap je dah nak habis cuti 3 bulan , hurm.


Friday, November 20, 2015

Little NS Journey : 2nd Months Checkup

Assalamualaikum & Hello.

4 November 2015
Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya

Its Nadeem second checkup and second jab. Huhu. Aku macam biasa , still tak boleh nak tengok. Tapi kali ni terpaksa tengok. Haha. Sebab terpaksa pegang peha drumstik Nadeem tu. Alhamdulillah semuanya baik baik aje. Nadeem melalak pun sekejap je. Masa nurse cucuk tu je , lepas tu menyengih balik. Hahaha. Good boy ni ! Muahciked ! :)

Untuk second checkup alhamdulillah berat and panjang semua okay. Huhu. Just berat naik sikit nau. Naik 550 gram je. Sobsss. Baru 4.55 kg , panjang pula 56 cm. Tapi takpelah janji naik daripada tak naik langsung , ye dok ? Just biasalah KK , kalau bawah dari expectation dorang , wajiblah kena bebel sikit. Muahahaha. Takpe Nadeem nanti Mommy bagi minum bergelen gelen okay. Ekekekeke.

Banyak yang aku baca bila baby kena second jab mostly babies akan demam. Huhu. Aku as usual la , mulalah panic attack. Hahaha. Walhal Nadeem elok je , tapi Mommy dia yang propa. Hahaha. Gila kau , nanti kalau demam -- muka akuuuu juga nak kene bangun malam or tak tido malam langsung kan. Huhu. Maka dengan itu , laju laju suruh Mama beli Koolfever dengan Vicks untuk baby. Haha. End up until now tak pakai pun lagi. Muahaha. Takpe , simpan jela untuk masa akan datang.


Alhamdulillah Nadeem second jab went well. Syukur. Cuma dia cranky sikitlah lepas kena jab tu , maybe tak sedap badan sikit or maybe sakit dekat tempat kena jab tu. Tapi biasalah baby , bukan reti cakap. Yang dia tahu nangis - nangis - nangis. Huhu. Dan disebabkan risau aku yang power tu , aku siap siap lap badan dia dengan towel kecik. Siap siap letak towel kecik dekat dahi. Preparation takut demam. Hehehe. Biasalah Mommy dan langkah berjaga jaga tu. Muahahahaha.

Last but not least !


Muka anak beranak , muahahaha !

Thanks for your time , love ya people.

p.s : siapa tahu harga vaksin for pneumococcal and rotavirus untuk tahun ni ?

Monday, November 16, 2015

Aku Yang Cantik , Kau Yang Susah !

Assalamualaikum & Hello.

Aku yang cantik , kau yang susah ! So , kenapa ? Ada masalah ? Bukan aku saja saja nak jadi cantik , dah memang aku cantik. Nak buat macam mana kan ? Hahaha. Ayat kau macam good good je kan Nadia. Mihmihmih.

Kenapa kau yang susah ?

Sebab aku tak suka feeling feeling cantik sorang sorang , maka dengan itu aku akan susahkan korang untuk jadi sama cantik macam aku. Behe. Tapi jangan risau , nak cantik macam aku ni tak payah susah payah. Semudah ABC je. As simple as that. 

Nak tau macam mana ?

Nak tau ?

Nak tau ?

Jawapannya hanyalah dengan............

.
.
.

 BB Cream by Seqy Beauty !

Kan aku dah cakap semudah ABC je.


Apa bestnya pakai BB Cream by Seqy Beauty kalau dicompare dengan BB Cream jenama lain ? Nak tahu apa yang best ? Nah pergi baca bawah ni. Banyak oii kelebihan , kebest-an BB Cream by Seqy Beauty ni. Ini seriousssss.


Dan testimoni aku sendiri , aku suka pakai BB Cream by Seqy Beauty sebab tak bercapuk capuk. Sangat sangat halus teksturnya , muka pun tak melekit dan sangat cepat absorb. Aku sukaaaa. Hehehe. Tak macam jenama yang aku pakai sebelum ni , baru pakai seminit muka dah dilanda banjir. Hahaha. Berpeluh peluh especially atas bibir. Berlongkang kata kauuu.


BB Cream by Seqy Beauty ni ada 3 tona warna weeyyyhh iaitu Fair , Natural dan Brown ! So , siapa siapa pun boleh pakai ikut kesesuaian warna kulit masing masing. Kurlasss keenn. Mihmihmih. Korang tak payahla nak risau kalau muka warna lain , tangan warna lain. Hahaha.

Cara penggunaan ?

Sama je macam korang pakai BB Cream lain. Picit dekat tapak tangan sikit and sapu rata dekat muka. Lepas tu ikut koranglah nak pakai compact powder ke apa. Kalau aku , aku tak pakai pun compact powder sebab da rasa lawa. Hahaha. Kang tambah compact powder , jadi makin lawa pula. Susah hati Wan nanti. Lol ! Hahaha.

Dan yang terpaling penting ialah keselamatan bila memakai BB Cream by Seqy Beauty. Yelah nowadays kan banyak gila produk produk yang membahayakan kan kan kan. Tapi jangan risau bila pakai BB Cream by Seqy Beauty , keselematan pun terjamin weyh ! Sebab BB Cream by Seqy Beauty ni dah pun mendapat kelulusan daripada KKM uollss. So , jangan risau risau. Boleh pakai dengan tenang okeyh ! Hehehe.


Berapa harga untuk sebotol BB Cream by Seqy Beauty ?


Hanya RM 55 sebotol !

Haaa aku konfem ramai yang berminat nak belikan ? Ada banyak cara korang boleh beli BB Cream by Seqy Beauty. Samada direct dari website Seqy Beauty , dari Instagram HQ Seqy Beauty ataupun dari agent agent Seqy Beauty.

Instagram (HQ) : @seqybeauty
Instagram (Agent) : @agentseqybeauty
Whatsapp : 011-21076726

Untuk korang yang nak maklumat lebih lanjut tentang BB Cream by Seqy Beauty ni korang klik je link link yang aku bagi dekat bawah ni. Kalau korang nak tengok testimoni pengguna pun klik je link bawah ni. Aku bagi korang kerja senang , janji korang cantik sama sama dengan aku. Deal ?



Amacam ? Lawa tak ? Muka bulat macam dulang tu tak usahlah ditegur , memang tak boleh nak buat ape dah. Hahaha. Aku nak suruh korang tengok makeup aku je. Nampak smooth and berseri kan. Gasak. Puji diri sendiri. Hahaha. So , siapa siapa yang nak cantik tu , meh follow aku beli BB Cream by Seqy Beauty.

Nak lagi power ??


Nak lagi power pakailah sekali dengan set skincare Seqy Beauty , hehehe ! Barulah terangkat kecantikan tu. Miahahaha. Tapi pasal skincare nantilah aku review , malas nak taip panjang panjang hoii ! Till then.

Thanks for your time , love ya people.


Friday, November 6, 2015

Program Transformasi Minda Siri 9/2015

Assalamualaikum & Hello.

26 Oktober - 30 Oktober 2015
Flamingo Hotel by the lake , Kuala Lumpur

Cuti bersalin dan kena pergi kursus betul betul buat aku berfikir banyak kali , nak pergi ke tak - nak pergi ke tak. Pfftt ! Yelah tengah syok cuti kot. Huish. Tapi atas nasihat suami tercinta dan mengenangkan kursus ni wajib untuk pengesahan jawatan , maka dengan itu okay aku pergi. Huhu. Dahla 5 hari pula tu. Naseb baiklah dekat Ampang je , so setiap malam Wan akan amek aku balik. Still boleh jumpa Nadeem walaupun tiap malam aku balik tu dia da tido. Sobssss.


Dah lama gila kot tak attend ceramah and aktiviti berkumpulan macam ni. Last dulu pun masa zaman belajar je. Lepas tu takde dah. Aku ni dala paling weak bab bab nak kene present atas pentas nu ha. Hish. Mulalah longgar lutut , lecak ketiak semua. Wakakaka. Apa pun I had fun selama 5 hari tu walaupun hampir setiap jam tanya Mama - 'Nadeem watpe tu ma ?' and hampir setiap jam juga Mama anta gambar Nadeem. Sengsara jiwa. Huhuhu.




Jadual ktorg 5 hari tu sangat sangatlah pack. Huhu. Pagi je ada 2 slot kelas ceramah 2 jam. Then continue after lunch satu slot ceramah lagi , pun 2 jam juga. Lepas tu ada aktiviti riadah dan diakhiri dengan another slot ceramah 2 jam pukul 8.30 malam. Pheww ! Pengsan. Begitulah routine aku selama 5 hari. Gila. Penat oi. Malam berjaga pula jaga Nadeem. Meriah. Hahahaha. Esoknya datang kelas dengan mata panda. Kihkihkih.






Tu diaaa muka masing masing kemain seronok berzumba. Huhu. Ikutkan hati aku nak je join tapi bila mengenangkan yang aku baru je lepas czer. Hurm. Kita jadi pemerhati jela. Hahaha. Pun best juga jadi pemerhati , boleh gelakkan orang. Kahkahkah.


Apa pun alhamdulillah , aku berjaya habiskan kursus 5 hari tu. Hehe. Legaaa dah hati ni sebab tak payah pening nak pikir kursus lagi. Huhu. Unless kalau exam sebelum habis kursus haritu aku fail , maka dengan itu tahun depan kena repeatlah ! Hoho. Doakan aku lulus tau tau tau. Tak kuasa dah aku nak berkursus lagi , tak sanggup nak tinggal anak lama lama. Amboi. Mak mak sangat statement. Muahahahaa.

Thanks for your time , love ya people.

Wednesday, November 4, 2015

Little NS Journey : 2 Months !

Assalamualaikum & Hello


Hai kawan kawan Mommy , semalam kita genap 2 bulan. Rasa macam kejap je kita dah besar. Hehe. I'm growing up kawan kawan Mommy. Soon Mommy pun akan start kerja balik. Sobsss. Kita harap kita dapat behave and tak susahkan Nanny (nenek bukan babysitter) kita nak jaga kita. Huhu. Harini kita nak pergi cucuk untuk 2 bulan. Huhu. Mommy mesti macam biasa , taknak tengok kita kena injection. Lol. Hahaha. Kawan kawan Mommy doakan kita tak meragam - tak demam tau bila kena 2nd injection ni. Kita bukan apa , taknak Mommy kita risau. Mommy kita tu overshadow je lebih. Ekekeke.

Thanks for your time , love ya people.


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah