Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, July 25, 2016

#AthleaTurns1 , Saengil Chukhahamnida !

Assalamualaikum & Hello.

Saengil Chukhahamnida Athlea !!

Siapa dekat sini yang suka sangat dengan kosmetik ? Especially barangan Korea ? Kalau suka meh sini rapat rapat. Aku nak bagitahu korang yang Althea nak kita ramai ramai celebrate birthday dorang yang pertama. Haaaa. Nampak , birthday dorang tapi korang yang dapat benefit. Chaiyalahhh.

Althea's Birthday Celebration 20th - 31st July, 2016
  • Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit
    For orders placed on 20/7 onwards. While stocks last.

  • Free Goodies for first 1,500 shoppers
    Full size beauty products. While stocks last. 

  • Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE!
    Rebate will be credited into your account. 

  • #AltheaTurns1 Instagram Contest
    - Got your Althea party kit? Wish us a happy birthday with #altheaturns1 and stand a chance to win amazing prizes such as Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea! 
    - Prizes total worth KRW10,000,000 to be won.
    - Contest starts from 20th July - 15th August, 2016.




Apa lagi , kasi penuhkanlah cart korang dengan barang yang korang suka ! Oh dan jangan lupa , guna voucher code yang Althea kasi tu. 



Aku dah ! Korang bilaaaaa lagi ?

Instagram : @altheakorea


Thanks for your time , love ya people.


Wednesday, July 20, 2016

SHRMZB !

Assalamualaikum & Hello.

Hiks. Dah raya ke berapa baru nak munculkan diri (after monthssss menghilangkan diri). Hahaha. Seriously , mood nak blogging dah kelaut dalam dah sekarang ni. Hehehe. Bukan tak ingat dekat blog tercinta ni , tapi mood tu memanjang tak sampai. Asyik karam je. Sorrylah ye (to those yang tanya aku bila nak update blog?'.




Obviously raya tahun ni sangat lain since Ayah dah takde nak beraya dengan ktorg. Daripada awal pagi lagi dah rasa awkward , sebab selama ni pagi raya mesti Ayahlah yang paling bad mood. Mood dia pagi raya tak pernahnya gembira. Hahaha. Sebab asyik mengamuk je kat ktorg yang lambat bersiap ni. Hehehe. Dahla lambat bersiap lepas tu sebok sangat nak selfie bagai bagai. Mihmihmih.

Tapi tahun ni takde dah orang yang bad mood pagi pagi. Takde dah moment ktorg salam raya dengan Ayah , moment Ayah tak reti senyum tak reti freestyle dalam gambar. Semua tu dah takde dah. And selalunya aku adalah orang kedua yang akan bersalam but now ? Aku yang kena mula dulu untuk salam Mama. Serious awkward ! 

Tipulah kalau aku kata ktorg tak sedih. Tipu sangat. Tapi itulah , yang hidup masih perlu meneruskan kehidupan. Yang pergi tetap akan pergi. So , life must go on. Semoga Ayah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. We wish you were here with us Ayah. Al-Fatihah. T_T

Okay stop !


Tahun ni first year beraya dengan si kecik ni , even Mommy Daddy pakai baju yang sedia ada je tapi untuk si kecik ni Mommy Daddy tetap belikan baju baru. Hehehe. Almaklumlah , nak kasi sama tema warna. Kenalah carikan juga baju melayu dia. Mujur je dapat lebih kurang kaler. Berbaloi bersesak dekat Jalan TAR. Ngeeee.

Pagi pagi raya lagi Nadeem mood dah tak cantik , hahaha ! Mengantok nak tido. Tu yang dalam gambar muka dia kemain serious lagi. Muahahaha. Padahal bangun dah paling lambat dah. Kemain sangat anak lelaki Mommy ni kannn. Over. Nak suruh raya pun nak bad mood. Hahaha. Tak tahu ke raya ialah masa untuk kutip duit dan jadi kaya dengan segera. Kahkahkah. :P


Apa pun , sebelum terlambat 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 
untuk semua yang tengah baca entry ni. 


Thanks for your time , love ya people.


Friday, May 20, 2016

Little NS Journey : Lepak TheGarageKL dengan Mommy Daddy !

Assalamualaikum & Hello.

Okay cerita basi lagi ! Ahaks. Tapi tak sebasi cerita holiday Nadeem dekat Cameron Highlands. Hahaha. Kali ni cerita dia , tiga beranak pergi melepak dekat TheGarageKL. Nak juga acah acah hipster tiga beranak ni. Ekekeke. :P



This is how lovely my son is , pfftt ! Kuat buli Mommy la budak ni. Habis dimakannya hidung Mommy , dikoreknya mata Mommy. Ikut suka hati dia je , pastu jerit jerit gembira. Over ya Nadeem ni. 


Tapi bila Mommy cium dia , this is what he gave me in return ! Muka takde masam lagi ke Nadeem Syadeed ? Pandang awek meja sebelah ke apa haaaa. Berani berani ye nak tackle awek meja sebelah padahal awek pertama awak depan mata je. Chooiii. :D


Selepas berpuluh puluh kali cuba snap gambar bertiga , at lasttt ! Ni je yang okayyyy. Yang lain semua teruk. Hahaha. Macam macam bunyi kena buat nak bagi dia pandang camera. Kekekeke. Tak kaki selfie la Nadeem ni. Takpe , nanti Mommy ajar slow slow okay. Hahahaha.



Mula mula pizza sampai tu , rasa macam tak mampu je nak habiskan. Sebab besar weh. Pastu makan dua orang je. Pheww ! Tapi duk layan Nadeem sambil kunyah kunyah. Tahu tahu je dah habis. Kahkahkah. Nadeem tengok jela Mommy Daddy makan sedap sedap. Nadeem makan bubur je diam diam. Ekekeke.

Thanks for your time , love ya people.

Thursday, May 19, 2016

Little NS Journey : Nadeem Jalan Jalan Cameron Highlands !

Assalamualaikum & Hello.

Entry ni dah layak jadi entiti dah sebenarnya. Hahaha. Aku pun terlupa yang aku tak blogkan lagi pasal first vacation Nadeem ni weh. Hahaha. Ampunkan Mommy anak ooii. Sejak sejak bersalinkan Nadeem ni , sifat pelupa tu semakin sebati dengan diri aku ni. Muahaha.

Dan memandangkan aku pun macam berkurun baru nak update blog , so nak taknak korang baca jelah eh apa yang aku tulis dan karutkan. Hehehe. Kasi supportlah sikit Mommy anak satu ni untuk menaip kembali. Okay ?


Cameron Lavender




Daripada gaya nampak macam Mommy Daddy yang over seronok. Kahkahkah ! Masa ni Nadeem baru 3 months kalau tak silap aku. Apalah sangat yang budak ni faham. Ekekeke. Lagipun masa ni rupanya Nadeem tak berapa sedap badan. Huhu. Sorry darling , Mommy time tu tak alert lagi. T_T

Boh Tea Plantation






Keesokan harinya ktorg pergi Boh Tea Plantation , fefeeling nak lepak santai dekat atas tu. Mujur juga dapat meja yang dekat belah luar , feeling Ombak Rindu la kaaannn. Muahaha. Tapi tak lama pun lepak atas , sebab nak kejar balik KL. Hahaha. Tak cukup time , huhu ! Takpe , nanti Nadeem dah besar boleh jalan - kita ajak Daddy repeat lagi ok ! ^_^


Last stop sebelum balik KL - sebelum Nadeem kena heavy flu ! Sobsss. Sampai sampai KL terus pergi klinik weh. Hahahaha. Mujurlah tak demam teruk , dedar je. Esoknya dah tak dedar dah , aktif main macam biasa. Cuma itulah , berhingus je. Hahaha. Sejak itu , Mommy trauma dah nak pergi holiday. Kahkahkah. Tunggu besar naaaa. Muahciked.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : entry ni masa umur Nadeem 3 bulan , now ? Dah nak masuk 9 bulan ! hahahaha, 6 bulan peram entry. kikikiki. :P

Wednesday, May 18, 2016

Apple Toner - Bila Catridge Toner Sampai Terus Depan Rumah !

Assalamualaikum & Hello.

Siapa dekat sini yang ada guna personal printer dekat rumah ? Or ada tak yang dah hampir hampir kehabisan printer toner ? Kalau ada, meh sini aku nak share dengan korang information best ni !!

Kelmarin aku nak print out satu gambar (dah ada anak, nak print gambar anak jela. Hehehe). Jadi macam biasa aku design la dulu cantik cantik, lepas tu tekan la print. Dah pulak dah printout tu keluar banyak garis garis dan warna tak serata. Kau ghaseee ? Erghh ! Panas hati kite tauuuuu. Ni yang tak best ni !

Last time aku beli printer toner, dekat shopping mall. Sakit hati betul nak kena harung jem, nak cari parking dan redah orang ramai semata mata untuk toner cartridge jer. Dah la hujung minggu.OMG ! Malasssss.

Dan disebabkan taknaklah tunggu sampai Isnin untuk guna office equipment, jadi cepat cepatla aku search kat Google, jumpa lak AppleToner. Company local, base dekat Klang je, focus pula kepada jualan peralatan printing macam printer toner, laser printer dan lain-lain. Website dorang pun friendly user. Seronok sikit nak usha ! Tak serabut.

Aku pun carila toner cartridge kat search function dia, masukan nombor series dan jenama. Kejap je dah dapat result. Boleh tahan ! Harga pun competitive. Dah jumpa tu, sebelum beli aku check syarat-syarat dia dulu. Bukan apa , takut kena tipu. Hehehe. Aku tengok website dia semua info penghantarannya lengkap dan senang untuk dibaca.

Mereka menawarkan servis penghantaran pada hari yang sama jika anda berada di Lembah Klang (nasib baik !) dan pesanan dibuat sebelum 12 tengahari. Pastu ada pulak jaminan selama 1 tahun atas semua pembelian. Jadi okay la, aku pun terus order. Harap-harap sampai la besok (hari ni to be exact).

Servis Shopping Cart dan Check Out diorang pun senang nak guna. So takde masalah bagi aku. Everything runs smoothly. Dah settle tu , aku saja-saja cuci mata tengok tengok website AppleToner ni. Mereka memang niche, fokus menjual dan membaiki peralatan pencetakan komersil. Pilihan jenama dan toner cartridge pun banyak.



Office dorang yang dekat Bukit Tinggi ni nampak gaya macam ada layan walk-in customers gak. Sangat bagus dah tu. Lain kali aku punya laser printer rosak, senanglah dah tau nak hantar dekat mana. Tengok la About Us.

Petang semalam sampai pun printer toner aku. Hehehe. Boleh dah print gambar banyak banyak. Yaiy ! Ada juga aku tanya tanya dengan member lain pasal AppleToner. So far, ramai yang okay je. Macam tak ada bad review sangatlah pasal Apple Toner.  So okayla, boleh repeat order lagi nanti. Hehe.

Rupa-rupanya dorang ni ada jugak dapat tender kerajaan dan syarikat syarikat swasta. Boleh tahan jugak dorang ni sebenarnya ! Maka dengan itu, kalau korang korang tengah mencari printer toner ataupun printer ataupun apa apa jela yang berkaitan. Rajin rajinkanlah diri tu klik Apple Toner punya website. Gerenti tak menyesal babe.

Thanks for your time , love ya people.

Wednesday, May 4, 2016

IKEA Personal Shopper - COD Putrajaya

Assalamualaikum & Hello.

Agak lama aku tak update blog , lepas tu tetiba aku muncul dengan status baru daripada Blogger kepada Ikea Personal Shopper. Hahaha. Actually pada asalnya aku takdela serious nak jadi personal shopper , asalnya saje nak tolong beli untuk member office je. Tapi bila officemate pun macam support je kalau aku jadi personal shopper , tu yang terus terjadi personal shopper.

For now , aku hanya buat COD Putrajaya. So , siapa yang nearest Putrajaya or stay Putrajaya bolehlah selit selit order. Hehehe. Jangan risau , aku tak charge mahal mahal. Kasi murah murah saja. Hehehe. Aku ingat nak open juga untuk pos item keluar daripada KL. So that orang luar KL pun bolehlah merasa pakai barangan Ikea. Apa pendapat korang ??


Nadeem pun jadi assistant Mommy. 

Ni aku tengah open batch 2 , Isnin - Jumaat (12 tengahari). Lepas daripada 12 tengahari masuk dalam order next weeknya ye. Hehehe. Sebab senang aku nak sorting. Takdelah kelam kabut (bajet bajet banyak order je kau punnnn). Hahahaha.

Cara nak order :
  1. Browse website Ikea - www.ikea.com.my
  2. Pilih barang dan tekan 'Save To List'
  3. Pilih store IKEA Cheras
  4. Email shopping list korang ke email : nnmradzif@gmail.com (sila attach number telefon sekali)
  5. Tunggu quotation daripada aku thru Whatsapp or email (harga termasuk service charge)
  6. Payment penuh dikehendaki ye (no hutang hutang). Hehe !




Alhamdulillah , batch 1 haritu dah selamat pun deliver dekat customer. ^_^

Instagram : @ikea.cheras.ps_nnmr

Thanks for your time , love ya people.


Wednesday, April 13, 2016

Bonda's Ketupat Pulut & Serunding !!

Assalamualaikum & Hello.

Terasa nak makan ketupat pulut tapi tak tahu nak dapatkan dekat mana ? Nak tunggu hari raya ? Peerrrghhh macam lambat lagi jeeee. Nak buat sendiri ? Rajin ke ? Hahaha. Mesti lebih rela kebulur kan. Ekekeke. Ini dia aku ada satu produk baiikkkk dari ladang untuk korang yang nak makan ketupat pulut tu. ^_^


Tu diaaaaa


Ekspress okay !!!


So, tak payahla korang nak buang masa nak buat ketupat pulut dah. Korang boleh mudahkan kerja korang dan mempercepatkan proses ketupat pulut masuk dalam mulut korang. Gembira kan kan kan ? Hahahaha.



Hoii , tengok gambar pun telan air liur dah kenapaaaa. Hehehe.

Kalau korang nak tahu Bonda's Ketupat Pulut & Serunding Ekspress ni adalah yang pertama di Malaysia tau. Apa kata korang kasi trylah sepeket dua , gerenti sedap oii. Maka dengan itu , korang memang akan repeat order untuk raya pula. Mihmihmih. Senang kerja korang weh !! Tak payah nak bersengkang mata membela eye bag di malam raya. Pagi pagi raya dengan baju raya meletopsss korang tu , korang still boleh rebus ketupat pulut tauuuu.  ^_^


Isi Kandungan Ketupat Pulut & Serunding
  • Beras Pulut
  • Santan Serbuk
  • Seruding Daging

Kalau korang rasa was was nak try Bonda's Ketupat Pulut & Serunding ni , nah korang baca testimoni dekat bawah ni. Hehehe. Gerenti lepas baca korang terus rasa nak cepat cepat order. Miahahaha. Kalau rasa testimoni aku kasi bawah ni tak cukup kukuh lagi , korang boleh cari juga dekat website & Facebook dorang. Nanti link aku kasi okayyyy.


Testimoni







HARGA : RM 17



UNTUK HUBUNGI :

Whatsapp : 016-9350640 (Cik Nad)


Friday, April 8, 2016

Little NS Journey : Solid Foods !!

Assalamualaikum & Hello,

Kalau dulu masa pregnant , tak sabar nak tunggu baby keluar. Bila baby dah keluar , tak sabar pula nak tunggu dia 6 bulan and boleh bagi makan. Hahaha. Itulah dia sindrom mak mak ye kawan kawan. Pfft ! Dan disebabkan sindrom mak mak ni la aku kemain eksaited beli barang barang untuk prepare solid foods Nadeem. Mihmihmih.



Autumnz Baby Food Processor & Mothercare Weaning Set Stage 1

Sebelum beli baby food processor ni , aku baca banyak review untuk tahu sama ada worth it ke tak nak beli baby food processor brand Autumnz ni. Yelah , takut juga kalau indah khabar dari rupa kan. Tapi alhamdulillah , memang worth it. Senang sangat nak guna. Highly recommended untuk mommies yang budget tak banyak macam aku. Kalau mommies ada budget lebih , silalah usha usha brand Beaba. Hehehehe.

Dan untuk utensils pula aku pilih Mothercare Weaning Set Stage 1 , ini pun selepas berbelah bagi sama ada nak beli brand Tommee Tippee

Actually aku dah start bagi Nadeem makan masa 5 bulan setengah lagi , sebab nak biasakan dia dengan makanan. Alhamdulillah Nadeem memang pencinta makanan. Wakakaka. Like mother like son. Lol ! So later Mommy akan ada geng nak melantak. Muahahaha. Kipidap son. Kahkahkah.

First puree yang aku buat untuk Nadeem haritu : Puree Apple. Mula mula dia makan macam gembira je maybe sebab fresh so manis manislah rasa buah apple tu. But then bila aku dah frozen kan apple tu. Uppsss. Dia tak berapa nak enjoy. Kahkahkah. Maybe sebab rasa apple tu dah jadi sedikit masam. Muahahaha. Amboii. Nak manis manis je , over tau Nadeem ni. :D

Next , aku try Puree Avocado pula. Mari kitaaaa lihat cemana perginya. Ekekeke. Ternyata , licin kesemuanya. Hewah hewah hewahhhh. Nak makan buah yang mahal je budak ni. Hahahaha. Tapi kalau tanya aku , aku pun nak buah Avocado compared to Apple. Beheeee. 





Then aku saja try bagi Puree Sweet Potato & Puree Pumpkin. Hurm. Laku weh ! Hahaha. Nampak sangat selera si kenit ni dengan puree yang lemak lemak manis. Yang masam dia reject. Hehehe. Mommy dah dapat dah tune selera awak tu Nadeem oii. 


Ni aku saja buatkan Puree Carrot , tapi itulah bila Nadeem makan carrot. Dia jadi macam susah nak membuang , poo poo dia jadi keras. Kesian oiii. Kemain meneran neran bila nak melepaskan hajat. So , carrot Mommy kiv dulu okay Nadeem. Kita makan pumpkin je dulu since Nadeem sangat suka pumpkin and sangat lawas bila makan pumpkin. Hehehe. :D

Cara Penyediaan Puree
  1. Basuh buah/sayur yang hendak dipuri.
  2. Stim/rebus (tapi preferable stim , kalau kukus khasiatnya hilang).
  3. Blend sampai halus (tekstur blend tu boleh ikut kesesuaian bayi masing-masing).
  4. Letak dalam bekas dan simpan dekat freezer.

Now pun aku dah ajar Nadeem makan bubur , tapi bubur campur pumpkin jela. Hahaha. Soon Mommy try resepi lain pula okay Nadeem. Untuk bubur Nadeem buat masa ni aku pakai beras biasa je , later aku ingat nak try bagi beras perang pula. Try and error. Hehehe.

Cara Penyediaan Beras
  1. Cuci beras (ikutlah nak cuci berapa kali).
  2. Keringkan beras yang dah dicuci.
  3. Sangai beras (jangan guna minyak).
  4. Blend dan simpan dalam bekas kedap udara.



I'm a happy kid ! 

Thanks for your time , love ya people.

Thursday, April 7, 2016

Kambing Perap Frozen , Thorbaekkk !

Assalamualaikum & Hello,

Siapa dekat sini peminat kambing perap ? Aku ada berita baik untuk korang semua. Hehehe, Especially korang korang yang duduk area Ampang ataupun Lembah Klang. 


Ni diaaaaaa


Ni diaaaaaa


Kambing perap frozen terbaik untuk abad ni. Wahhh !!! Gituuu.





RM 36 / 1 kg (6-7 keping)

Sekarang dah tak payah nak makan lamb chop dekat luar dah. Korang just tunggu je delivery kambing perap frozen korang kat rumah. Sesambil tu buatlah potato wedges - coleslaw , sampai je kambing perap tu korang campak terus dalam kuali. Lepas tu santaplah korang anak beranak.

Yang penting , takkan menyesal punya dengan kesedapan perapan kambing tu !! Memang menjilat jari weh , dapat pula daging kambing tu lembutttttt je. Alahaihhhh. Sampai terjeling jeling daging kambing dekat pinggan orang sebelah. Ehek ! :P


Tak percaya ?


Nah tengok sendiri customer feedback mereka !









Nampak ? 


Iollss tak tipu okay ! 


Kalau ada antara korang yang rasa rasa berminat nak order tu bolehlah Whatsapp/Call/SMS ownernya sendiri. Kambing perap ni buat masa ni hanya COD sahaja , takde pos pos. Bak kata owner 'Nanti kambing basi'. Hehehe. 

Kepada penduduk Ampang , tiada sebarang caj penghantaran akan dikenakan. Tapi , untuk luar daripada Ampang ada caj penghantaran. Nak buat camne , minyak pun dah naik harga kaaannnn. Mihmihmih.

Ikhwan : 012-6039695 

Thanks for your time , love ya people.


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah