Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, April 8, 2016

Little NS Journey : Solid Foods !!

Assalamualaikum & Hello,

Kalau dulu masa pregnant , tak sabar nak tunggu baby keluar. Bila baby dah keluar , tak sabar pula nak tunggu dia 6 bulan and boleh bagi makan. Hahaha. Itulah dia sindrom mak mak ye kawan kawan. Pfft ! Dan disebabkan sindrom mak mak ni la aku kemain eksaited beli barang barang untuk prepare solid foods Nadeem. Mihmihmih.



Autumnz Baby Food Processor & Mothercare Weaning Set Stage 1

Sebelum beli baby food processor ni , aku baca banyak review untuk tahu sama ada worth it ke tak nak beli baby food processor brand Autumnz ni. Yelah , takut juga kalau indah khabar dari rupa kan. Tapi alhamdulillah , memang worth it. Senang sangat nak guna. Highly recommended untuk mommies yang budget tak banyak macam aku. Kalau mommies ada budget lebih , silalah usha usha brand Beaba. Hehehehe.

Dan untuk utensils pula aku pilih Mothercare Weaning Set Stage 1 , ini pun selepas berbelah bagi sama ada nak beli brand Tommee Tippee

Actually aku dah start bagi Nadeem makan masa 5 bulan setengah lagi , sebab nak biasakan dia dengan makanan. Alhamdulillah Nadeem memang pencinta makanan. Wakakaka. Like mother like son. Lol ! So later Mommy akan ada geng nak melantak. Muahahaha. Kipidap son. Kahkahkah.

First puree yang aku buat untuk Nadeem haritu : Puree Apple. Mula mula dia makan macam gembira je maybe sebab fresh so manis manislah rasa buah apple tu. But then bila aku dah frozen kan apple tu. Uppsss. Dia tak berapa nak enjoy. Kahkahkah. Maybe sebab rasa apple tu dah jadi sedikit masam. Muahahaha. Amboii. Nak manis manis je , over tau Nadeem ni. :D

Next , aku try Puree Avocado pula. Mari kitaaaa lihat cemana perginya. Ekekeke. Ternyata , licin kesemuanya. Hewah hewah hewahhhh. Nak makan buah yang mahal je budak ni. Hahahaha. Tapi kalau tanya aku , aku pun nak buah Avocado compared to Apple. Beheeee. 





Then aku saja try bagi Puree Sweet Potato & Puree Pumpkin. Hurm. Laku weh ! Hahaha. Nampak sangat selera si kenit ni dengan puree yang lemak lemak manis. Yang masam dia reject. Hehehe. Mommy dah dapat dah tune selera awak tu Nadeem oii. 


Ni aku saja buatkan Puree Carrot , tapi itulah bila Nadeem makan carrot. Dia jadi macam susah nak membuang , poo poo dia jadi keras. Kesian oiii. Kemain meneran neran bila nak melepaskan hajat. So , carrot Mommy kiv dulu okay Nadeem. Kita makan pumpkin je dulu since Nadeem sangat suka pumpkin and sangat lawas bila makan pumpkin. Hehehe. :D

Cara Penyediaan Puree
  1. Basuh buah/sayur yang hendak dipuri.
  2. Stim/rebus (tapi preferable stim , kalau kukus khasiatnya hilang).
  3. Blend sampai halus (tekstur blend tu boleh ikut kesesuaian bayi masing-masing).
  4. Letak dalam bekas dan simpan dekat freezer.

Now pun aku dah ajar Nadeem makan bubur , tapi bubur campur pumpkin jela. Hahaha. Soon Mommy try resepi lain pula okay Nadeem. Untuk bubur Nadeem buat masa ni aku pakai beras biasa je , later aku ingat nak try bagi beras perang pula. Try and error. Hehehe.

Cara Penyediaan Beras
  1. Cuci beras (ikutlah nak cuci berapa kali).
  2. Keringkan beras yang dah dicuci.
  3. Sangai beras (jangan guna minyak).
  4. Blend dan simpan dalam bekas kedap udara.



I'm a happy kid ! 

Thanks for your time , love ya people.

4 comments:

  1. yang ni pun ok Nad..tak yah beli yang mahal2 sangat..yang ni pun tahan lama kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kak , baca banyak good review pasal processor yang ni. Tu yang beli tu. Hehe.

      Delete
  2. stim ngn kukus tu bukan ke maksudnya sama je?? huhu..

    awak x tapis eh lepas blend??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa. Salah. Nak kata rebus. Adoi. Hahaha. Tapis ? Tak tapis sebab kita buat halus betul. Hehehe.

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah