Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, July 20, 2016

SHRMZB !

Assalamualaikum & Hello.

Hiks. Dah raya ke berapa baru nak munculkan diri (after monthssss menghilangkan diri). Hahaha. Seriously , mood nak blogging dah kelaut dalam dah sekarang ni. Hehehe. Bukan tak ingat dekat blog tercinta ni , tapi mood tu memanjang tak sampai. Asyik karam je. Sorrylah ye (to those yang tanya aku bila nak update blog?'.




Obviously raya tahun ni sangat lain since Ayah dah takde nak beraya dengan ktorg. Daripada awal pagi lagi dah rasa awkward , sebab selama ni pagi raya mesti Ayahlah yang paling bad mood. Mood dia pagi raya tak pernahnya gembira. Hahaha. Sebab asyik mengamuk je kat ktorg yang lambat bersiap ni. Hehehe. Dahla lambat bersiap lepas tu sebok sangat nak selfie bagai bagai. Mihmihmih.

Tapi tahun ni takde dah orang yang bad mood pagi pagi. Takde dah moment ktorg salam raya dengan Ayah , moment Ayah tak reti senyum tak reti freestyle dalam gambar. Semua tu dah takde dah. And selalunya aku adalah orang kedua yang akan bersalam but now ? Aku yang kena mula dulu untuk salam Mama. Serious awkward ! 

Tipulah kalau aku kata ktorg tak sedih. Tipu sangat. Tapi itulah , yang hidup masih perlu meneruskan kehidupan. Yang pergi tetap akan pergi. So , life must go on. Semoga Ayah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. We wish you were here with us Ayah. Al-Fatihah. T_T

Okay stop !


Tahun ni first year beraya dengan si kecik ni , even Mommy Daddy pakai baju yang sedia ada je tapi untuk si kecik ni Mommy Daddy tetap belikan baju baru. Hehehe. Almaklumlah , nak kasi sama tema warna. Kenalah carikan juga baju melayu dia. Mujur je dapat lebih kurang kaler. Berbaloi bersesak dekat Jalan TAR. Ngeeee.

Pagi pagi raya lagi Nadeem mood dah tak cantik , hahaha ! Mengantok nak tido. Tu yang dalam gambar muka dia kemain serious lagi. Muahahaha. Padahal bangun dah paling lambat dah. Kemain sangat anak lelaki Mommy ni kannn. Over. Nak suruh raya pun nak bad mood. Hahaha. Tak tahu ke raya ialah masa untuk kutip duit dan jadi kaya dengan segera. Kahkahkah. :P


Apa pun , sebelum terlambat 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 
untuk semua yang tengah baca entry ni. 


Thanks for your time , love ya people.


5 comments:

  1. Finally hahaha. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kak Nurie :) Comel lah family kecik koranggg. Rasa macam baru je gi wedding hihi. How time flies.

    ReplyDelete
  2. serius baju cantikkk. beli ktneee? :(

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya la kakak cantik oiii! hahahaha...tak pernah sekali pun jmpe Nadeem lg :(

    ReplyDelete
  4. Meriah plus gambar pun cantik. :D

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah