Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, February 24, 2016

Wordless Wednesday : Ayah , I Miss You.

Assalamualaikum & Hello.


Ayah ,
You held my hand when I was small
You caught me when I fell
You're the hero of my childhood
And my later years as well

And every time I think of you
My heart still fills with pride
Though I'll always miss you Ayah
I know you're by my side
In laughter and in sorrow
In sunshine and through rain
I know you're watching over me
Until we meet again.

Thanks for your time , love ya people.


Friday, February 12, 2016

Perginya Ayahanda Yang Tercinta , Al-Fatihah

Assalamualaikum & Hello.

p.s : bare in mind that this entry is going to be quite long and emotional.


4 Januari 2016
Kuala Lumpur International Airport

Pagi pagi lagi dah berkumpul dekat rumah makcik aku , since Mama & Ayah pergi umrah sekali dengan makcik & pakcik aku (2 kakak Mama & 2 abang ipar Mama). So , untuk ke KLIA ni pun ktorg planning bergerak secara konvoi. Senang. 

Sampai sampai KLIA , terus pergi daftar dengan travel agency yang incharge. Dah settle pendaftaran ktorg just lepak lepak tunggu time untuk Mama & Ayah masuk balai berlepas. Tangkap tangkap gambar sikit. Ayah pun sempatlah makan buat alas perut. Sebab masa nak pergi umrah ni pun Ayah kurang sihat. Semput and batuk berkahak. Tapi masih larat nak buat umrah katanya. Aku pun sempatlah belikan Ayah neck pillow , takut leher dia tak selesa bila duduk dalam flight lama lama (its my last gift to him actually). :)

Alhamdulillah akhirnya tercapai impian Mama & Ayah untuk pergi ke Mekah walaupun hanya untuk menunaikan umrah dan bukannya melakukan ibadah haji. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Kalaulah aku tahu 4 Januari 2016 tu adalah kali terakhir aku peluk Ayah , aku cium Ayah , aku jumpa Ayah - I promise I will spend more time with him masa dekat airport tu. Kalaulah aku tahu yang Ayah akan tinggalkan aku lepas tu , I promise to make him happy. Kalaulah aku tahu Ayah akan pergi jauh dan tak kembali , I promise I will take a lots of selfies.


6 Januari 2016
Mekah

Ktorg ada group Whatsapp family untuk family yang pergi umrah. Senang nak tau apa apa update dekat sana. Since Mama punya simkad problem so memang mengharapkan update daripada makcik pakcik aku je. Unless bila da balik hotel baru Mama ada WiFi. Huhu.

Nak dijadikan cerita , on this day pakcik aku cakap Ayah hilang. Sebab dorang balik bilik tengok Ayah takde. Tapi , kebetulan ada sorang anak makcik yang ikut rombongan umrah tu bagitau Mama yang dia satu bas dengan Ayah. Oh , rupanya Ayah keluar pergi masjid sorang sorang and tak bagitau siapa siapa (actually ni tanda yang dia nak pergi but takde orang notice).  

Aku yang dekat Malaysia ni ofkos panik. Aku siap call nombor Ayah , haha. Gelabah weh takut Ayah hilang. Siap Whatsapp lagi , macamlah Ayah on data. Choii. Tapi bila Ayah dah balik tu dia replylah , katanya dia dah dengan Mama. Legaaaaaaaaaa.

10 Januari 2016
Mekah

Tiba tiba dapat Whatsapp (tak ingat daripada siapa) cakap Ayah masuk hospital. Allahuakbar. Rupa rupanya semput - batuk Ayah makin teruk. Maybe faktor cuaca. Cuaca dekat sana mana nak sama dengan cuaca dekat Malaysia ni kan. Huhu. Mama , makcik & pakcik aku pun tak berapa sihat. Apatah lagi Ayah yang memang tak sihat tu. Huhu.

Mama kata Ayah masuk ICU. Berderau jantung. Nak menangis semua ada , tapi fikir yang baik baik. Fikir yang ni peluang untuk Ayah dirawat dekat Mekah. Manalah tahu ada peluang Ayah sembuh. Kan ? Bila Mama hantar gambar Ayah boleh main handphone tu rasa lega juga. Nampak yang dia takdelah sakit sangat. Maybe doctor je yang nak monitor. 

Hari hari Mama update ktorg pasal Ayah. Aku pun hampir hari hari hantar video Nadeem , bagi dorang tengok - bagi lepas rindu. Mama kata Ayah senyum senyum tengok video & gambar Nadeem. Hehehe.

Sampailah satu hari tu (around 12 ke 13 Januari) , Mama kata Ayah dah boleh pindah ward biasa. Siap pakej pindah hospital lagi. Hehe. Alhamdulillah syukur. Gembira sangat dengar bila Ayah dah masuk wad biasa. Tambahan lagi bila Mama kata Ayah dah mula ada selera nak makan - nak minum. Kalau sebelum ni , nak suruh makan minum pun macam nak bergaduh. Huhu. 

13 Januari 2016
Mekah

Its the last day dekat Mekah kalau ikut itinerary program rombongan umrah sebab on 14 Januari dorang akan ke Madinah pula. Tapi memandangkan Ayah masih tak discharge lagi , so Ayah bagi keizinan dekat Mama untuk follow group pergi Madinah and left him dekat Mekah. Huhu. Ayah siap pesan dekat Mama belikan kurma dekat Madinah (since favourite Ayah ialah kurma). Ayah siap cakap dekat Mama lagi nanti balik Malaysia sama sama , jumpa dekat Jeddah. So , Mama pun okay jela untuk ke Madinah sebab nampak Ayah pun dah sihat sikit. Its the last time Mama jumpa Ayah sebenarnya. Kalaulah Mama tahukannnn. :)

14 Januari 2016
Mekah

Before Mama pergi Madinah tu Mama sempatlah borak borak dengan ktorg thru Whatsapp. Bagitahu Ayah dah nampak sihat semua. Legaaa hati masing masing. And it takes around 6 jam juga untuk Mama sampai ke Madinah. Dan sampai sampai je Madinah around 15 - 20 minutes , Ustaz (Mutawwif) yang jaga rombongan tu jumpa Mama. 

And

And

And

Directly bagitahu yang Ayah dah takde.

Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar ! 

But Mama tak bagitahu ktorg terus masa dia dapat tahu daripada Ustaz tu , Mama ambil masa sikit untuk cool downkan diri dia. And then baru Mama Whatsapp ktorg. 

14 Januari 2016 around 11 malam plus minus , Nadeem menangis nak susu as usual. Wan yang tersedar dulu , sambil cuba redakan Nadeem nangis dia tengok phone. And time aku bangun nak susukan Nadeem tu , Wan terus peluk aku minta aku sabar banyak banyak and istighfar. Huhu. Dahla dengan baru terjaga tido , memang blur. Sampailah Wan tunjuk Whatsapp Mama , barulah aku dapat tangkap kenapa Wan suruh aku sabar. Hurm.

Masa baca Whatsapp tu aku takdelah menangis teruk macam masa aku dapat tahu Ayah ada kanser dulu. Maybe sebab aku dah prepare sebenarnya. Huhu. Tapi actually few days sebelum Ayah meninggal lagi aku dah dapat rasa yang Mama akan balik sorang , dorang yang pergi berenam tu akan balik berlima. Aku tak tahu kenapa , but aku memang ada rasa macam tu.

Alhamdulillah

Ayah pergi dengan sangat senang - sangat tenang - sangat bersih. Syukur. Walaupun tak dapat tengok Ayah untuk kali terakhir , aku tahu ini yang terbaik untuk Ayah. Ayah dah dapat jadi orang Arab terus bak kata Mama. Hehehe. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan pengebumian Ayah.

Jutaan terima kasih dekat Ustaz yang banyak tolong Mama. Daripada hari pertama Ayah masuk hospital sampailah ke urusan pengebumian , Ustaz terlampau banyak tolong Mama. Tak terbalas budi aku sekeluarga dekat Ustaz , moga Allah SWT membalas jasa baik Ustaz. InshaAllah kalau ada rezeki ke Mekah , aku nak jumpa Ustaz ni. :)

Akhirnya Ayah pergi ,
Pergi meninggalkan sakit yang dah sebati ,
Akhirnya Ayah pergi ,
Pergi meninggalkan kami . 
Akhirnya Ayah pergi , 
Pergi untuk merehatkan diri , 
Tenanglah , damailah Ayah bersemadi. :)


12 Februari 2016
Putrajaya , Malaysia

Hampir sebulan dah Ayah pergi , but kenangan tu sentiasa berlegar dalam kepala ni. Bila ternampak itu - teringat Ayah. Bila ternampak ini - teringat Ayah. Huhu. Aku rindu dengar Ayah membebel. Aku rindu nak gaduh dengan Ayah. Rindu nak melawan cakap Ayah. Rindu nak merungut bila ajar Ayah pakai handphone , rindu nak dengar Ayah paksa Wan makan , rindu nak naik teksi Ayah , rindu semualah sebenarnya. Huhu. Tapi itulah , yang pergi tetap pergi. Kita yang hidup ni masih perlu meneruskan hidup.

Walaupun aku tahu Ayah dah takde , but deep in my heart and mind Ayah will always be there. Aku tetap rasa Ayah ada dengan aku forever. Yes , I am his one and only princess and I'm proud of that. I'm proud to be his daughter and I'm proud because he is the chosen one. Sangat mulia tempat Ayah disisi Allah SWT.

Now , dah tak payah nak tengok Ayah telan ubat bertupperware-tupperware. Dah tak payah tengok Ayah tahan sakit. Dah tak payah tengok Ayah batuk , semput , sakit kaki semua. Dah tak payah tengok Ayah ulang alik ke hospital semua. Tak payah dah , tak payah. :)


Mohd Radzif Bin Mohd Salleh
30 Januari 1961 - 14 Januari 2016



AKAK RINDU AYAH



AKAK SAYANG AYAH



Thanks for your time , love ya people.


p.s : i won't change my blogspot link , since I carried his name forever with me. :)


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah