Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, May 20, 2016

Little NS Journey : Lepak TheGarageKL dengan Mommy Daddy !

Assalamualaikum & Hello.

Okay cerita basi lagi ! Ahaks. Tapi tak sebasi cerita holiday Nadeem dekat Cameron Highlands. Hahaha. Kali ni cerita dia , tiga beranak pergi melepak dekat TheGarageKL. Nak juga acah acah hipster tiga beranak ni. Ekekeke. :P



This is how lovely my son is , pfftt ! Kuat buli Mommy la budak ni. Habis dimakannya hidung Mommy , dikoreknya mata Mommy. Ikut suka hati dia je , pastu jerit jerit gembira. Over ya Nadeem ni. 


Tapi bila Mommy cium dia , this is what he gave me in return ! Muka takde masam lagi ke Nadeem Syadeed ? Pandang awek meja sebelah ke apa haaaa. Berani berani ye nak tackle awek meja sebelah padahal awek pertama awak depan mata je. Chooiii. :D


Selepas berpuluh puluh kali cuba snap gambar bertiga , at lasttt ! Ni je yang okayyyy. Yang lain semua teruk. Hahaha. Macam macam bunyi kena buat nak bagi dia pandang camera. Kekekeke. Tak kaki selfie la Nadeem ni. Takpe , nanti Mommy ajar slow slow okay. Hahahaha.



Mula mula pizza sampai tu , rasa macam tak mampu je nak habiskan. Sebab besar weh. Pastu makan dua orang je. Pheww ! Tapi duk layan Nadeem sambil kunyah kunyah. Tahu tahu je dah habis. Kahkahkah. Nadeem tengok jela Mommy Daddy makan sedap sedap. Nadeem makan bubur je diam diam. Ekekeke.

Thanks for your time , love ya people.

Thursday, May 19, 2016

Little NS Journey : Nadeem Jalan Jalan Cameron Highlands !

Assalamualaikum & Hello.

Entry ni dah layak jadi entiti dah sebenarnya. Hahaha. Aku pun terlupa yang aku tak blogkan lagi pasal first vacation Nadeem ni weh. Hahaha. Ampunkan Mommy anak ooii. Sejak sejak bersalinkan Nadeem ni , sifat pelupa tu semakin sebati dengan diri aku ni. Muahaha.

Dan memandangkan aku pun macam berkurun baru nak update blog , so nak taknak korang baca jelah eh apa yang aku tulis dan karutkan. Hehehe. Kasi supportlah sikit Mommy anak satu ni untuk menaip kembali. Okay ?


Cameron Lavender




Daripada gaya nampak macam Mommy Daddy yang over seronok. Kahkahkah ! Masa ni Nadeem baru 3 months kalau tak silap aku. Apalah sangat yang budak ni faham. Ekekeke. Lagipun masa ni rupanya Nadeem tak berapa sedap badan. Huhu. Sorry darling , Mommy time tu tak alert lagi. T_T

Boh Tea Plantation






Keesokan harinya ktorg pergi Boh Tea Plantation , fefeeling nak lepak santai dekat atas tu. Mujur juga dapat meja yang dekat belah luar , feeling Ombak Rindu la kaaannn. Muahaha. Tapi tak lama pun lepak atas , sebab nak kejar balik KL. Hahaha. Tak cukup time , huhu ! Takpe , nanti Nadeem dah besar boleh jalan - kita ajak Daddy repeat lagi ok ! ^_^


Last stop sebelum balik KL - sebelum Nadeem kena heavy flu ! Sobsss. Sampai sampai KL terus pergi klinik weh. Hahahaha. Mujurlah tak demam teruk , dedar je. Esoknya dah tak dedar dah , aktif main macam biasa. Cuma itulah , berhingus je. Hahaha. Sejak itu , Mommy trauma dah nak pergi holiday. Kahkahkah. Tunggu besar naaaa. Muahciked.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : entry ni masa umur Nadeem 3 bulan , now ? Dah nak masuk 9 bulan ! hahahaha, 6 bulan peram entry. kikikiki. :P

Wednesday, May 18, 2016

Apple Toner - Bila Catridge Toner Sampai Terus Depan Rumah !

Assalamualaikum & Hello.

Siapa dekat sini yang ada guna personal printer dekat rumah ? Or ada tak yang dah hampir hampir kehabisan printer toner ? Kalau ada, meh sini aku nak share dengan korang information best ni !!

Kelmarin aku nak print out satu gambar (dah ada anak, nak print gambar anak jela. Hehehe). Jadi macam biasa aku design la dulu cantik cantik, lepas tu tekan la print. Dah pulak dah printout tu keluar banyak garis garis dan warna tak serata. Kau ghaseee ? Erghh ! Panas hati kite tauuuuu. Ni yang tak best ni !

Last time aku beli printer toner, dekat shopping mall. Sakit hati betul nak kena harung jem, nak cari parking dan redah orang ramai semata mata untuk toner cartridge jer. Dah la hujung minggu.OMG ! Malasssss.

Dan disebabkan taknaklah tunggu sampai Isnin untuk guna office equipment, jadi cepat cepatla aku search kat Google, jumpa lak AppleToner. Company local, base dekat Klang je, focus pula kepada jualan peralatan printing macam printer toner, laser printer dan lain-lain. Website dorang pun friendly user. Seronok sikit nak usha ! Tak serabut.

Aku pun carila toner cartridge kat search function dia, masukan nombor series dan jenama. Kejap je dah dapat result. Boleh tahan ! Harga pun competitive. Dah jumpa tu, sebelum beli aku check syarat-syarat dia dulu. Bukan apa , takut kena tipu. Hehehe. Aku tengok website dia semua info penghantarannya lengkap dan senang untuk dibaca.

Mereka menawarkan servis penghantaran pada hari yang sama jika anda berada di Lembah Klang (nasib baik !) dan pesanan dibuat sebelum 12 tengahari. Pastu ada pulak jaminan selama 1 tahun atas semua pembelian. Jadi okay la, aku pun terus order. Harap-harap sampai la besok (hari ni to be exact).

Servis Shopping Cart dan Check Out diorang pun senang nak guna. So takde masalah bagi aku. Everything runs smoothly. Dah settle tu , aku saja-saja cuci mata tengok tengok website AppleToner ni. Mereka memang niche, fokus menjual dan membaiki peralatan pencetakan komersil. Pilihan jenama dan toner cartridge pun banyak.



Office dorang yang dekat Bukit Tinggi ni nampak gaya macam ada layan walk-in customers gak. Sangat bagus dah tu. Lain kali aku punya laser printer rosak, senanglah dah tau nak hantar dekat mana. Tengok la About Us.

Petang semalam sampai pun printer toner aku. Hehehe. Boleh dah print gambar banyak banyak. Yaiy ! Ada juga aku tanya tanya dengan member lain pasal AppleToner. So far, ramai yang okay je. Macam tak ada bad review sangatlah pasal Apple Toner.  So okayla, boleh repeat order lagi nanti. Hehe.

Rupa-rupanya dorang ni ada jugak dapat tender kerajaan dan syarikat syarikat swasta. Boleh tahan jugak dorang ni sebenarnya ! Maka dengan itu, kalau korang korang tengah mencari printer toner ataupun printer ataupun apa apa jela yang berkaitan. Rajin rajinkanlah diri tu klik Apple Toner punya website. Gerenti tak menyesal babe.

Thanks for your time , love ya people.

Wednesday, May 4, 2016

IKEA Personal Shopper - COD Putrajaya

Assalamualaikum & Hello.

Agak lama aku tak update blog , lepas tu tetiba aku muncul dengan status baru daripada Blogger kepada Ikea Personal Shopper. Hahaha. Actually pada asalnya aku takdela serious nak jadi personal shopper , asalnya saje nak tolong beli untuk member office je. Tapi bila officemate pun macam support je kalau aku jadi personal shopper , tu yang terus terjadi personal shopper.

For now , aku hanya buat COD Putrajaya. So , siapa yang nearest Putrajaya or stay Putrajaya bolehlah selit selit order. Hehehe. Jangan risau , aku tak charge mahal mahal. Kasi murah murah saja. Hehehe. Aku ingat nak open juga untuk pos item keluar daripada KL. So that orang luar KL pun bolehlah merasa pakai barangan Ikea. Apa pendapat korang ??


Nadeem pun jadi assistant Mommy. 

Ni aku tengah open batch 2 , Isnin - Jumaat (12 tengahari). Lepas daripada 12 tengahari masuk dalam order next weeknya ye. Hehehe. Sebab senang aku nak sorting. Takdelah kelam kabut (bajet bajet banyak order je kau punnnn). Hahahaha.

Cara nak order :
  1. Browse website Ikea - www.ikea.com.my
  2. Pilih barang dan tekan 'Save To List'
  3. Pilih store IKEA Cheras
  4. Email shopping list korang ke email : nnmradzif@gmail.com (sila attach number telefon sekali)
  5. Tunggu quotation daripada aku thru Whatsapp or email (harga termasuk service charge)
  6. Payment penuh dikehendaki ye (no hutang hutang). Hehe !




Alhamdulillah , batch 1 haritu dah selamat pun deliver dekat customer. ^_^

Instagram : @ikea.cheras.ps_nnmr

Thanks for your time , love ya people.


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah