Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, July 17, 2017

2D1N : A Day In Penang , The Island Of Pearls

Assalamualaikum & Hello.

(Entry ni tak kejam sangat , sikit je gambar makanan)

DAY 1

Setiap tahun , asal balik kampung Wan je mesti dah jadi macam acara wajib tahunan untuk masuk pulau. Hurm. Nak kata ada tempat syiok jalan jalan dalam pulau tu tak ada pula. Tapi. Hurm. Makanan dia tu. Yesssss. Makanan dalam pulau tu. I can't resist ! 

Masuk je pulau , terus pergi check in dekat Copthorne Orchid , Tanjung Bungah. Rest for a while (mencuci berak si Nadeem yang masa ni dah 2 hari tak berak. wkakaka) lepas tu terus sambung jalan jalan. Jyeah !

Chew Jetty , Penang








First time sampai sini , padahal pergi Penang macam dah setiap tahun. Hahaha. Actually dah lama sangat nak pergi Chew Jetty ni tapi asal lalu je - jalan jem. Terus patah hati. Tapi tidak tahun ni. Hahaha. Maybe sebab Nadeem pun behave masa ni , so jom ikut Mommy Daddy jalan jalan tengah panas. Gitchu.

"Jelly Egg"




Jelly Egg ni semua gara gara Gary Runningman. Kuikuikui, Siapa suruh dia upload dekat dalam Instagram dia. Tak memasal aku pun terbabit pergi beli. RM 2/3 biji ! Tapi tak rugi , sebab masa panas panas terik tu syiok wooo makan jelly sejuk sejuk tu. Actually jelly tu agar agar je cuma dia letak dalam kulit telur (macam acuanla kira dia). Perasa pandan. Sedap sedap, Boleh repeat order lagi kalau aunty tu buka kedai lagi dekat jeti.

Armenian Street

First time juga jelajah sini , sebab nak try Ais Kepal yang dorang kata famous nau nau tu kan. Gigih bawa anak bujang main panas. Mula mula nak pusing naik kereta je , tapi cannot la. Jalan jem and susah nak berhenti merata rata. So , kita park kereta and rent a bicycle. Yeyeahhh !!



Nampak tak keterujaan Mommy Daddy dan bukannya Nadeem. Pfft ! Eleh tapi Nadeem tu konon je , lepas basikal tu dah gerak , idaknya dia bagi berhenti pula. Hahahaha. Selamatlah laki ai sado , kayuh bang jangan tak kayuh. Kahkahkah.

Tapi tak lama kemudian , Nadeem tido. Kakakakaka. Tahniah nak tahniah ! Sedap ye kena angin.

"Ais Kepal"




Sama je macam Air Batu Campur cuma beza dia ais ni dikepalkan. Aku makan part yang awal awal je sebab kurang manis. Bila start ais dah cair , kita pass dekat Wan jela untuk habiskan. Hakak tak makan manis manis ni dik. Kihkihkih. Padahal beli Ais Kepal ni pun lebih kepada sebab nak amek gambar konon ikut trend makan Ais Kepal. Lol !

Penang Road Famous Teochew Chendul

Aku bukanlah peminat makanan manis manis ni , so ini Wan yang punya. Aku tunggu dalam kereta je masa dia beli cendol ni. Sebab prince charming menidurkan diri dia. Konon penat kayuh basikal. Hahaha. Tapi cendol ni sedap , aku rasa sikit tapi sedap, Kurang manis , santan dia tu yang sedap. Pakai santan apa tahhhh.

"Teochew Chendul"


Restoran Kapitan , Georgetown

Absolutely mine !! Don't touch. Hahahaha. Yang ni memang menu wajib kalau aku masuk pulau. Ayam Tandoori dia tu , sumpah tak boleh tolak. Even sekarang ni tengah menaip pun aku dah telan air liur. Over. Hahaha. Ehhh memang tak tahulah nak cakap macam mana. Sedapppp baq hang. Rempah dia. Marbelessssssssssss. Setel makan , jari jemari pakej warna merah merah dengan bau lagi. Nyumppsss.

"Kapitan - Nan Cheese & Tandoori"



DAY 2

Transfer Road

Tempat wajib breakfast , dan setiap kali datang tu memang ramai orang. Tak pernah tak ramai. Tambahan pula ktorg datang quite late. Makanyaaa , tunggulah kau dekat situ semata nak dapat seat. Dengan Nadeem buat onar. Tahniah nak tahniah. Hahaha. Naseb baik ada suami yang hensem lagi bergaya nak jaga anak. Akakakaka. Mak dia sibuk nak melantak. Kalau lambat makan nanti Mommy jadi monster. Miahahaha. 

"Roti Canai Transfer Road"



Bangkok Lane

Lepas breakfast dekat Transfer Road , ktorg balik hotel pula nak settle barang nak checkout. Kasi Nadeem tido kejap so that dia tak tantrum (tapi harapan Mommy musnah , hurm). Still mengamuk juga masa Mommy nak melantak , how dare you Nadeem. Hahahaha. And again ada Daddy the superhero. Legaaaa iollsss. Boleh makan dengan tenang (selfish teruk). Kihkihkih. Wallahhhh !! Memang mantappp !! Digandingkan pula dengan hirisan limau nipis tu , meriah uollsss.

"Mee Rebus Extra Sotong"




Penang Ferry Jetty

Memandangkan masa masuk pulau ktorg pilih untuk naik ikut jambatan , nak keluar pulau ktorg pilih untuk naik ferry pula. Masa naik naik ferry tu Nadeem sedap tido , tapi biasalah Mommy Daddy over. Hahaha. Gigih kejutkan budak kecik tu , macamlah dia reti hargai moment-moment naik ferry. Wakakaka. 



So, thats it. Till then !

Thanks for your time , love ya people.


3 comments:

  1. Huwaaaa...bestnyaaa...bila la dapat lepak Penang lagi ni

    ReplyDelete
  2. if kat kapitan wa suka order, chicken milani!!! :)

    ReplyDelete
  3. Tetap jugak ku rasa kejaaam entry ni sebab haritu pergi Penang tak sempat makan dekat Kapitan dan jugak beli cendol tu. Sobssss T_T

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah