Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, January 8, 2019

Day 1 - Bali Trip 2018

Assalamualaikum & Hello.

Macam yang aku cakap dalam entry sebelum ni. Aku akan cuba sehabis baik untuk tulis entry pasal 4D3N aku dekat Bali so that adalah sedikit kenangan. Dan. Mungkin boleh jadi sumber rujukan di masa akan datang. Gitchuuu. Tapi macam biasa. Tak tahulah sampai bila je semangat aku ni ada. Hahaha. Jangan kejap lagi dia hilang dahlah. Tergantung kisahnya. Kuikuikui.

Okay okay aku teruskan.

Day 1


Sesampainya ktorg sekeluarga , ktorg disambut oleh pak supir daripada travel agency Bali Shandi Tour  yang menjadi pilihan aku di atas recommendation daripada kawan aku yang kaki travel. Heh. Dan aku memang suggestlah dekat korang untuk guna supir dari Bali Shandi Tour ni. Service tip top. 

Nama : Ekow (Boss Bali Shandi Tour)
Instagram : @ekow_bali
Phone Number : +62 82333 466666
Website : www.balishanditour.com

Price : IDR350,000 include car , driver , petrol , parking fee , toll fee , mineral water and insurance.

Selain daripada disambut oleh pak supir , ktorg juga disambut dengan hujan gerimis. Huhuhu. Dalam flight dah siap berdoa 'Ya Allah janganlah hujan' sebab aku dah susun itinerary. Kalau tak confirm lari itinerary aku. Tapi itulah , kerja Allah bukan kerja kita. Dah nak hujan. Hujanlah juga. Huhuhu.

Makanya takde langsung aktiviti ktorg hari pertama dekat Bali. Mana dengan hujan - dengan macet (jem) lagi. So. Yang kita boleh buat. Hanyalah --- MAKANN!!


Pak supir aku bawa ke Restoran Malioboro. Orang Malaysia yang pernah ke Bali. Aku rasa memang akan tahu restoran ni. Kira macam recommended la. Sebab yela nak cari makanan halal agak susah. Kang termakan babi guling kang haaaa satu hal lagi. So kita sapu jela apa yang depan mata sambil membelakangkan harga. Hahahaha. 

Apa yang aku order ?

Ayam Cabe Merah 1/2 - IDR94,000
Bebek Goreng 1/2 - IDR104,000
1 Cah Tauge Ikan Asin - IDR43,000
1 Sayur Asam - IDR29,000
7 Nasi Putih - IDR105,000
1 Air Mineral - IDR19,000
1 Jus Mangga - IDR40,000
1 Teh Manis - IDR14,000
3 Jus Alpukat - IDR123,000

Total damage Restoran Malioboro - IDR656,650 include 10% tax & 5% service charge.

Lepas dah kenyang , marilah kita sambung layan macet. Hahaha. Sebab perjalanan ke hotel yang aku book untuk malam pertama dekat Bali ni agak jauh daripada town (dalam 3 jam juga perjalanan). Heh. Konon nak privacy. Aleh aleh amek kauuu. Petak bontot weolls sekeluarga duduk dalam kereta lama lama. Adik aku siap tido - bangun - tido - bangun. Tak sampai sampai juga lagi. Hahahahaha.

On the way ke hotel tu sempat juga singgah kedai serbaneka. Beli makanan untuk dinner dan breakfast pagi esok. Sebab hotel aku ni jauh daripada kedai. So , kita pakai ramai ramai beli Pop Mie (sedap oii) , roti , air , jajan dan sebagainya. Hahaha. Demi mengelakkan tragedi kebuluran berlaku. Lol !!

Onje Villa & Resort , Ubud

Family Suite Garden View
RM420.91 per room per night








And macam biasa , kalau aku ke mana mana memang aku akan book hotel guna Agoda. Dan kebetulan hotel ni under Agoda Preffered. So lagi lajulah aku book. Hahahaha. 

Bila sampai je hotel ni , aku terus fall in love weh. YaAllah. Dengan receptionist yang lemah lembut , siap ada welcome drink lagi k. Dengan environment yang sunyi. Rasa privacy dan sangatlah tenang ye. Memang tak salahlah pemilihan hotel aku. Cheh. 

Maka hari pertama di Bali pun tamat dengan sesi bermalas malasan sambil menikmati Pop Mie Pedas Gledekkkk. Memang bergledekk gledekk sakit perut lepas tu. Kahkahkah. Dan ditambah pula dengan cuaca sejuk (atas bukit) + hujan. Memang bersesuaianlah untuk aku tarik selimut lebih awal sebelum memulakan hari kedua , esok.

Till then.





4 comments:

  1. waaaaa best nya hotel. Jom pi bercuti bertiga dengan sarah plz! hahaha

    ReplyDelete
  2. Semoga ini bukan post yg terakhir. Kahkahkah!
    Welcome back dik!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah