Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

ABOUT ME

Assalamualaikum & Hello.


Nama yang diberikan oleh ayah dan mama ialah Nuriesya Nadia. Tapi ada banyak sangat nama singkatan antaranya ialah Nurie , Nadia , Nad dan Nadot. Dilahirkan pada 30 November 1989. Mempunyai 3 adik beradik dan sudah berkahwin dengan seorang namja bernama Syazwan pada 29 Ogos 2014.

Seorang yang gila gila , happy go lucky dan senang dibawa berborak tapi bukan dibawa berbincang. Eh. Kahkahkah. Seorang yang senang naik angin tapi senang cool down. Relax la. Kahkahkah. Seorang wanita berbintang Sagittarius (sila buat research ye orang Sagittarius ni macam mana , aku malas tulis). Ehek. 

Blog diberi nama Nadia Radzif disebabkan aku ni ayah's only one princess. Hahaha. I will carry my ayah's name everywhere. Maka dengan itu , aku berbangga untuk letak nama blog aku dengan combination nama ayah. Daddy's little girl katanya. Mihmihmih.

Dah menulis blog agak lama , tahun bila pun aku tak ingat. Tapi seingat ingat aku masa aku first time create blogspot ni masa aku tengah bosan gila dekat rumah sewa (zaman UiTM). Tapi masa tu blog hanyalah tempat untuk melampiaskan perasaan marah , bosan , menggelabah , emo tak memasal , gaduh dengan boifren. Lol ! Hahahaha. Tapi jangan risau seingat ingat aku entry tu semua aku dah delete. 

Now , kekal menulis blog dengan pelbagai maklumat (penting dan tak penting , lol) - reviews - advertorial - guide and ideas untuk bakal bakal pengantin. Yelah sekarang semuanya dekat hujung jari je kan. Oh ya , satu lagi. Maafkanlah atas pengunaan bahasa 'aku' di dalam setiap entry. Aku rasa lebih dekat dengan pembaca kalau gunakan 'aku' berbanding nama aku. Hehehe. Ke aku sorang je rasa macam tu ? Naseb. :P

Terima kasih daun keladi kepada yang sudi singgah ke blog picisan aku ini. Diharapkan segala perkongsian aku ini ada baiknya untuk korang korang semua. Thank you ! Arigato ! Kamsahamnida ! Mucho Gracias ! ^_^


2 comments:

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah